Sunday, April 04, 2010

TAKLIMAT TENTANG KAJIAN MULTIPURPOSE DAM KOTA BELUD

Baru-baru ini saya hadir di majlis taklimat berhubung dengan FEASIBILITY STUDY AND PRELIMINARY ENVIRONMENAL IMPACT ASSESSMENT FOR A MULTIPURPOSE DAM ON SG. KADAMAIAN AND/OR ITS TRIBUTARIES IN KOTA BELUD, SABAH. Taklimat ini diadakan di Pejabat Daerah Kota Belud, oleh Konsultan Kumpulan (MT) sdn Bhd yang dilantik oleh MOA.

Tujuan kajian cadangan pembinaan multipurpose dam di daerah kota belud ini ialah, untuk bekalan air jangka masa panjang untuk keperluan penduduk daerah kota belud dan industri, Mengurangkan kesan banjir, menjana kuasa, keperluan Jelapang Padi Kota Belud sebagaimana dalam cadangan KB Agriculture Master Plan yang melibatkan tiga kawasan Dun, sebagai tarikan Pelancongan dan memberi peluang Pekerajaan dan Perniagaan kepada penduduk tempatan. Dalam masa yang sama kajian teknikal, kajian alam sekitar dan sentiman penduduk kampung yang terlibat juga diambil kira untuk pihak kerajaan membuat seberang keputusan.

Memandangkan kami difahamkan bahawa ada bantahan dari penduduk kg. Tambatuan berhubung dengan kajian cadangan ini, maka saya dan YB Datuk Herbert Timbun Lagadan mengambil keputusan untuk turun ke padang melawat sendiri kawasan tersebut bersama Pegawai Daerah, Pegawai Polis Daerah, Jurutera JPS Kota Belud dan pihak Konsultan.



Gambar di bawah: Inilah kedudukan Kg. Tambatuan


Gambar di bawah: Berjumpa dengan Sahabat lama saya En. Maikal Rongod Ketua Cawangan Umno Kg. Tambatuan

Gambar di bawah: Melihat sendiri dari atas Jalan Raya kedudukan kg. Tambatuan dan tempat cadangan Dam tersebut.



1 comments:

ROJOKOBOG April 6, 2010 at 9:18 PM  

Salam Datuk,
Ini adalah merupakan tindakan Afir-mafir iaitu bermakna meningkatkan taraf kehidupan rakyat yang di bawah populasi, dan apa yang paling mustahak dalam kajian ini ia hendaklah lebih mesra alam juga tidak berasaskan merit dan ini adalah keperluan untuk keseluruhan masyarakat Kota Belud khususnya, Multipurpose Dam ini seharusnya telah lama dibuat kajian di Kota Belud memandangkan masalah gangguan air paip yang telah melanda disetiap pelusuk kampung dalam Daerah ini,bencana banjir yang menyayat hati penduduk Kota Belud baru-baru ini adalah merupakan pengajaran yang amat berguna utk kita mencari jalan penyelesaian yang mutakhir, jika masalah ini dapat diatasi walaupun tidak 100%, maka ini adalah merupakan Advantage kepada kerajaan sekarang utk menangkis dakwaan pembangkang berhubung dgn masalah air dan fenomena bencana alam iaitu banjir yg selama ini menjadi isu semasa pembangkang, semuanya akan dapat limpahan keuntungan dan rahmat, rakyat dan pemimpin setempat juga kerajaan..usaha murni Datuk selaku Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Makanan Sabah dan ADUN Kadamian Datuk Herbert T Lagadan, MP Kota Belud Dato' Rahman Dahlan dan pemimpin tempatan yang terlibat dalam menjayakan dan seterusnya memainkan peranan amat penting untuk mengkaji dan menjadikan kenyataan bahawa Empangan ini benar-benar berfungsi dan dapat mengatasi masalah penduduk sekitarnya dan masyarakat Kota Belud. Siapa pun kontraktor yang bakal akan dapat melaksanakan projek tersebut nanti jangan lah dipertikaikan, apa yang paling penting ianya dapat disiapkan mengikut jadual dan pemantauan oleh pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran juga Jabatan-Jabatan Kerajaan yang berkaitan amat diperlukan. Sebagai rakyat biasa kami senantiasa menadah tangan ke hadrat Ilahai semoga peranan Datuk dalam merealesasikan agenda pembangunan di Daerah Kota Belud ini tercapai dgn jayanya dan bakal dikenang oleh generasi yang akan datang..soal bantahan daripada penduduk berdekatan Empangan ini biarlah diperhalusi seperti menarik rambut dari tepung, tepung tidak berselerak, rambut tidak putus.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP