Monday, March 22, 2010

RAKYAT TERMISKIN TERUS MENDAPAT PERHATIAN SERTA BANTUAN.

Hari ini 22/3/2010 jam 10.45 pagi saya berada di satu majlis penyerahan elaun saraan kepada peserta projek tanaman cili fertigasi dan cendawan Kota Belud di bawah program pembasmian kemaskinan yang disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Panglima Yahya Hussin ,Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Seramai 100 orang peserta daripada 37 buah kampung di Daerah Kota Belud telah dipilih untuk menyertai program ini. Seramai 81 orang peserta dipilih menyertai penanaman lada fertigisi dan 19 peserta penenaman Cendawan Kelabu. Kos keseluruhan projek ini, lebih kurang 1.3 juta.

Adalah diharapkan usaha murni ini dapat membantu menjayakan matalamat kerajaan membasmi kemiskinan. Dengan adanya komitmen serta usaha bersungguh-sungguh dari peserta, Program ini mampu dilaksanakan dengan lancar dan berkesan serta mencapai matlamat yang dikehendaki. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah sentiasa bersedia memberi panduan dan khidmat nasihat bagi melicinkan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan khusnya dikalangan masyarakat Petani, Penternak dan nelayan di Negeri Sabah ini.

Kita berharap agar program pembasmian kemiskinan di negeri ini terus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berterusan demi kepentingan rakyat dan negeri tercinta ini.



Gambar di bawah tengah berbual dengan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Dato' Hajah Mariam Mas Bt. Yaccob, Kami sama-sama duduk dalam badan AJK Perhubungan Pertanian Sabah dan Sarawak.




Selepas program selesai, saya dan Y.B Datuk Herbert Timbun Lagadan (Adun Kedamaian), Pengarah Pertanian Negeri Sabah En.Ismail Salam, Pegawai Daerah Kota Belud En.Najib Muntok dan Pegawai Kanan Pertanian Kota Belud En.Steven, melawat projek Penanaman Kelapa Mawar di Kg Gaur seluas 125 ekar. Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh kementerian Pertanian melelui Jabatan Pertanian bagi tujuan meningkatkan ekonomi para peserta.



Read more...

TURUN PADANG 21/3/2010

Hadir di Majlis Perkahwinan Anak Jumil Kg. Menunggui



Menziarahi Rumah Puan Norsih Hj Atam Kg. Taun Gusi Peninting yang telah kembali ke rahmatullah subuh tadi.








Hadir di Majlis Perkahwinan di Kg Pintasan




Hadir di Majlis Perkahwinan Anak Jenar Hj Kusin Kg Batu Empat. Bersama saya YB Datuk Japlin Akim Adun Usukan dan Jeniar Subeh



Hadir di Majlis Perkahwinan Kg. Taun Gusi Peninting




Gambar di bawah: makan di Restoran KB Transit bersama YB Datuk Japlin Akim, Masree Hj Sudah, Awadnir Matanggal, DSP Mohan (OCPD KB) dan Jeniar Subeh

Read more...

TURUN PADANG MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB

Hadir di Majlis Perkahwinan Anak Serakal Jergan Kg. Taun Gusi
Hadir di Majlis Perkahwinan Anak Jamari Salih Kg. Jawi-Jawi
Pada jam 2.30 petang saya menerima kunjungan daripada penduduk kg. Kelibungan di ketuai oleh Dangkulap Sadah (Ketua Cawangan Umno) duduk disebelah kanan di Pejabat Perhubungan saya di Kg. Taun Gusi.
Gambar di bawah kunjungan daripada empat orang Ketua Cawangan Umno daripada Tempasuk dan Kedamaian membincangkan isu-isu semasa.
Posted by Picasa

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP