Friday, May 28, 2010

SAMBUTAN PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DUN N6 TEMPASUK

Hari ini 23hb. May 2010, saya merasmikan sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat DUN N6 Tempasuk. Lebih kurang 2,000 orang hadir dari pelbagai suku kaum khususnya dari kawasan Tempasuk turut meraikan sambutan Pesta Kaamatan pada kali ini.

Lazimnya setiap tahun kami mengadakan sambutan ini disetiap Daerah Mengundi secara bergilir-gilir. Tahun lalu kami adakan di Daerah Mengundi Timbang, tahun ini pula di Daerah Mengundi Tempasuk ia itu di dewan Kg Tempasuk 1, tahun depan giliran Daerah Mengundi Dudar.

Pada sambutan pesta kaamatan kali ini, saya mengingatkan para hadirin mengenai lagenda, nilai dan semangat “huminodun”, puteri lagenda yang dikatakan telah mengorbankan jiwa raganya semata-mata menghasilkan benih padi untuk kesejahteraan manusia sejagat. Inilah yang menjadi intipati pesta kaamatan ini.

Kepada seluruh rakyat di kawasan ini, semangat legenda ini perlu menjadi iktibar yang baik untuk diterapkan kepada pemikiran anak bangsa kita supaya mereka menjadi warganegara yang berkualiti dan mampu menyumbang ke arah peningkatan dan pembangunan sosio ekonomi negeri ini amnya dan daerah ini khasnya. Kalau HUMINODUN telah mengorbankan seluruh jiwa raga dan nyawanya untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat dan terhindar dari kebuluran, kita semua perlu tanya diri kita sebagai Rakyat khasnya di daerah ini, apakan pengorbanan kita untuk generasi kita, daerah kita, negeri kita dan negara kita.

Kekayaan dan warna-warni budaya negeri ini merupakan sumber dan khazanah yang amat bernilai. Oleh yang demikian, hendaklah kita semua memelihara dan melindunginya supaya tidak dicemari oleh unsur-unsur yang negatif agar ianya menjadi warisan para belia dan generasi akan datang. Malah hendaklah kita perguna dengan bijaksana sebagai landasan yang jitu bagi perpaduan kaum. Manakala Perpaduan kaum merupakan tunggak kestabilan politik ke arah menentukan kesinambungan pembangunan negara.

Oleh yang demikian, melalui perayaan Pesta Kaamatan ini, marilah kita semua berganding bahu untuk terus memperkukuhkan perpaduan yang sedia terjalin demi kemajuan dan keamanan negeri ini dan rantau ini.

Sambutan Pesta Kaamataan pada kali ini di Pengerusikan oleh sdr. Muji NC Ampau Presiden Tobilung Negeri sabah merangkap Ketua Bahagian Upko kawasan Tempasuk. Hadir sama DSP Mohan Ketua Polis Daerah dan Isteri, OKK Hj Masrin Asin, Awadnir Matanggal Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Idris Nanti Pegawai Perhubungan Parlimen P169 Kota Belud, Siang Sibin CDO Kawasan Tempasuk dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat dari kawasan Tempasuk.

Gambar di bawah persembahan kebudayan dari Tiga Suku Kaum
Gambar di bawah Ratu Cantik Kaamatan Tempasuk tahun 2009

Read more...

Monday, May 03, 2010

SEJARAH PERANG PANDASAN PERLU DIKETENGAHKAN UNTUK TETAPAN GENERASI MASA DEPAN

Kota Belud 1/5/2010 Jumaat: Hari ini saya dan Pengarah Arkib Negeri Sabah Datu Tiga Belas Datu Bidin, Timbalan Pengarah Arkib dan beberapa orang pegawainya telah melawat kg Pandasan yang dikatakan mempunyai nilai sejarahnya sendiri. Menurut Pengarah Arkib Negeri Sabah Datu Tiga Belas Datu Bidin, Kg. Pandasan pernah menjadi pusat pentadbiran Negeri Tempasuk sewaktu penjajahan British. Sejarah Perang Pandasan juga berlaku di sini, dimana Makam Emboh Ali dan pengikutnaya yang terdiri daripada tiga suku kaum di daerah ini, iaitu Suku Kaum Bajau, Dusun dan Iranun yang telah terkorban ketika perang menentang penjajah British ada di kampung ini.

Saya sendiri menyaksikan Makam para pejuang yang telah terkorban dan bekas peluru meriam dibeberapa pohon pokok yang di tunjukkan oleh penduduk Kampung Pandasan kepada rombongan kami.

Memandangkan Sejarah ini amat penting sebagai warisan negara, maka saya telah memohon kepada pihak Arkib Negeri Sabah supaya mencari jalan untuk membangunkan tempat bersejarah ini untuk tetapan generasi masa depan selain dijadikan sebagai salah satu produk pelancungan di daerah Kota Belud.






Read more...

PROGRAM BAKTISISWA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) 2010 DI KOTA BELUD SABAH

Baru-baru ini saya teah merasmikan Program Penyerahan Anak Angkat yang terdiri daripada Siswa-Siswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Dewan saya di Kg. Taun Gusi. Seramai 50 orang Siswa dan Siswi terlibat dalam programe ini, manakala 3 buah kampung telah terpilih sebagai keluarga angkat iaitu kg. Taun Gusi Peninting, Kg. Taun Gusi Padang dan Kg. Jawi-Jawi.

Mereka berkampung di sini selama 5 hari, tinggal di rumah keluarga angkat disamping membuat pelbagai aktiviti dengan masyarakat kampung.

Tujuan Program ini diadakan ialah untuk memasyarakatkan kampus, selain daripada mendedahkan para mahasiswa dan mahasiswi dengan masyarakat akar umbi, dengan harapan bilamana mereka sudah menjadi garaduan nanti sudah tentu pengalaman ini memudahkan mereka mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat dimasa depan.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP