BERSUA MUKA DENGAN BINSON PALIS SELEPAS TERIMA SMS
MENJEJAKI RUMAH BINSON . SEPANJANG LORONG DI RUMAH BELIAU ADA SEDIKIT TANAMAN (PISANG, UBI KAYU DAN POKOK PINANG). SIKAP MAHU BERUSAHA HARUS DIHARGAI. HANYA MUNGKIN FAKTOR KEADAAN YANG MENYEBABKAN KELUARGANYA MISKIN


MESRA PEMIMPIN.....BENTENG HARUS DIROBOHKAN. SEMANGAT KEMANUSIAAN HARUS DITEGUHKAN DEMI MENGABADIKAN KENANGAN BUAT SELAMA-LAMANYA.


ULU KUKUT (KOTA BELUD ) : ADUN Tempasuk,Datuk Musbah Hj.Jamli yang menghadiri Majlis perkahwinan di Kampung Taun Gusi Peninting pada hari Ahad,4 September 2009 mendapat SMS daripada seseorang yang menyatakan ada seorang keluarga miskin di situ memerlukan bantuan makanan.
Beliau,seterusnya menghubungi Ketua Cawangan Umno Ulu Kukut, En.George Silang dan Pengerusi JKKK, Maikal Elang bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu. Selepas berbincang dengan kedua-dua pemimpin masyarakat di kampung tersebut, Adun Tempasuk terus bergegas ke lokasi yang dimaksudkan.
Sebaik tiba di lokasi keluarga yang dimaksudkan, Datuk Musbah telah sempat beramah mesra dengan keluarga berkenaan di samping menghulurkan sedikit bantuan kepada keluarga tersebut. Beliau juga telah sempat melawat rumah PPRT yang masih dalam proses pembinaan yang dijangka siap tidak berapa lama lagi untuk membolehkan Binson tinggal selesa bersama keluarga sebaik berpindah ke rumah baru itu.
Selain itu, Datuk Musbah juga turut memaklumkan bahawa selaku wakil rakyat,beliau telah menyokong agar keluarga tersebut mendapat bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat.
"Saya berharap bantuan tersebut dapat diluluskan bagi membantu keluarga hidup sejahtera di samping dijadikan perbelanjaan anak-anak untuk meneruskan pembelajaran mereka",katanya
Bagi sesiapa yang ingin membuat aduan dan laporan tentang permasalahan sesuatu program dan masalah kemiskinan kepada Adun Tempasuk di samping berkongsi pendapat serta maklumat bolehlah menghantarnya melalui e-mel : aduntempasuk@gmail.com
Bagi sesiapa yang ingin membuat aduan dan laporan tentang permasalahan sesuatu program dan masalah kemiskinan kepada Adun Tempasuk di samping berkongsi pendapat serta maklumat bolehlah menghantarnya melalui e-mel : aduntempasuk@gmail.com