Wednesday, October 07, 2009

BERSUA MUKA DENGAN BINSON PALIS SELEPAS TERIMA SMS

MENJEJAKI RUMAH BINSON . SEPANJANG LORONG DI RUMAH BELIAU ADA SEDIKIT TANAMAN (PISANG, UBI KAYU DAN POKOK PINANG). SIKAP MAHU BERUSAHA HARUS DIHARGAI. HANYA MUNGKIN FAKTOR KEADAAN YANG MENYEBABKAN KELUARGANYA MISKIN



TEKAD PEMIMPIN....MANUSIA SEMUANYA SAMA SAHAJA.YANG SUSAH PERLU DIBERI PERTOLONGAN.JANGAN ADA TEMBOK DI ANTARA KITA.TURUT KELIHATAN KETUA UMNO CAWANGAN ULU KUKUT EN.GEORGE SILANG (KIRI) DAN PENGERUSI JKKK,MAIKAL ELANG (KANAN)




MESRA PEMIMPIN.....BENTENG HARUS DIROBOHKAN. SEMANGAT KEMANUSIAAN HARUS DITEGUHKAN DEMI MENGABADIKAN KENANGAN BUAT SELAMA-LAMANYA.


HANYA SUMBANGAN KECIL.....TAPI CUKUPLAH UNTUK MENGUKUHKAN PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN DENGAN RASA IKHLAS TANPA DIBUAT-BUAT. SEMOGA KELUARGA INI TERUS BERSEMANGAT MENYAMBUNG PENGHIDUPAN HARI ESOK YANG LEBIH CERAH.




MASIH DALAM PROSES PEMBINAAN......SEMOGA KELUARGA DAPAT HIDUP BAHAGIA SETELAH TINGGAL DI RUMAH BARU (PPRT) YANG BAKAL SIAP TIDAK LAMA LAGI. SELAIN ITU ADUN TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA PENGERUSI JKKK BAHAWA BELIAU MENYOKONG AGAR EN.BINSON MENDAPAT BANTUAN DARIPADA PIHAK KEBAJIKAN


ULU KUKUT (KOTA BELUD ) : ADUN Tempasuk,Datuk Musbah Hj.Jamli yang menghadiri Majlis perkahwinan di Kampung Taun Gusi Peninting pada hari Ahad,4 September 2009 mendapat SMS daripada seseorang yang menyatakan ada seorang keluarga miskin di situ memerlukan bantuan makanan.

Beliau,seterusnya menghubungi Ketua Cawangan Umno Ulu Kukut, En.George Silang dan Pengerusi JKKK, Maikal Elang bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu. Selepas berbincang dengan kedua-dua pemimpin masyarakat di kampung tersebut, Adun Tempasuk terus bergegas ke lokasi yang dimaksudkan.

Sebaik tiba di lokasi keluarga yang dimaksudkan, Datuk Musbah telah sempat beramah mesra dengan keluarga berkenaan di samping menghulurkan sedikit bantuan kepada keluarga tersebut. Beliau juga telah sempat melawat rumah PPRT yang masih dalam proses pembinaan yang dijangka siap tidak berapa lama lagi untuk membolehkan Binson tinggal selesa bersama keluarga sebaik berpindah ke rumah baru itu.

Selain itu, Datuk Musbah juga turut memaklumkan bahawa selaku wakil rakyat,beliau telah menyokong agar keluarga tersebut mendapat bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya berharap bantuan tersebut dapat diluluskan bagi membantu keluarga hidup sejahtera di samping dijadikan perbelanjaan anak-anak untuk meneruskan pembelajaran mereka",katanya

Bagi sesiapa yang ingin membuat aduan dan laporan tentang permasalahan sesuatu program dan masalah kemiskinan kepada Adun Tempasuk di samping berkongsi pendapat serta maklumat bolehlah menghantarnya melalui e-mel : aduntempasuk@gmail.com

9 comments:

Semut Merah October 8, 2009 at 7:39 AM  

Salam Datukku,

Satu lagi posting yang baik untuk dipertuntunkan kepada masyarakat Kota Belud. Kalau DSSK dan TSP mana sampai dapat lakukan aktiviti seumpama ini.

Maklumlah nak jaga badan jangan sampai kena gigit nyamuk ades. Teruskan selungkar permasalahan rakyat Tempasuk dan hulurkan bantuan semampu yang boleh.

Tahniah YB Datuk!

Unknown October 8, 2009 at 3:41 PM  

salam Dato, inilah yg dimaksudkan konsep RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Apa yg penting sekarang mencari cara supaya golongan seperti ini bukan sahaja dibantu keluar dari lingkaran ganas kemiskinan tetapi dapat bertahan agar tidak kembali miskin selepas bantuan kerajaan. mereka mesti dididik untuk menjana pendapatan sendiri dengan menggunakan sumber yg tersedia seperti tanah dan kemahiran bercucuk tanam. perkenalkan tanaman "cash crop" seperti jagung pulut atau jagung manis, ubi keledek dll supaya mereka dapat menjual hasil ditepi-tepi jalan sebagai contoh. Atau beri bantuan dari pasaran dengan membeli borong melalui agensi seperti FAMA.

Seliu Liu October 8, 2009 at 4:56 PM  

Perjuangan murni Datuk membantu rakyat miskin tanpa mengira kaum membuktikan datuk berjiwa rakyat. Semangat dan nilai murni seumpama ini harus ada pada pemimpin lain untuk membasmi kemiskinan.

Unknown October 9, 2009 at 3:13 PM  

Tahniah Datuk diatas tindakan pantas menangani isu sebuah jambatan Kg Tawadakan....

azrone October 9, 2009 at 7:11 PM  

Salam. Demi kebenaran... ingin saya maklumkan penama "Seliu-liu" dalam komen di bawa bukan saya (MOHD AZRONE SARABATIN) yang sebelum ini menggunakan laman blog http://seliu-liu.blogspot.com. Ini komen palsu yang menggunakan blog saya yang sekarang `dirosakkan' pihak tertentu. harap maklum.

azrone October 10, 2009 at 8:44 AM  

Salam. Demi kebenaran saya meminta saudara yang menggunakan nama Seliu-liu dalam komen ini supaya mendedahkan identiti sebenar kerana ia adalah URL blog lama saya yang `dimusnahkan' oleh pihak tertentu. Demi ummah, kita tidak perlu menyembunyikan identiti apatah lagi jika tulisan menyakiti orang lain kerana bukan berlandaskan kejujuran.

Tudung Duang October 10, 2009 at 4:53 PM  

Tahniah YB. Datuk...

Itulah yang sebaiknya yang dilakukan oleh seorang Wakil Rakyat..

Syabas juga kepada sdra George Silang (Ketua Cwgn) dan Maikal Elang (Pegrusi JKKK) yang prihatin membawa masalah ini ke perhatian datuk..

Pemimpin di peringkat cawangan harus mengikuti contoh seperti ini...Jangan "pilih bulu"!!

Salam dari TudungDuang.

Bukutibamoahanv. Vlogspot. Com October 11, 2009 at 12:49 PM  

Salam. Dato.
Salam 1Malaysia.....
Salam dari Bukit Ibam Pahang DM.

Tahniah..moga segala usaha ikhlas serta keperihatinan..kita dapat membantu mereka yang memerlukan....

jafli maton October 12, 2009 at 12:34 AM  

Tahniah kerana masih meneruskan tradisi turun padang itu...sesuatu amalan yg telah datuk lakukan sejak era kilang papan lagi...sy bangga dengan istiqomah datuk dlm usaha yg murni itu..JANGAN JADI mcm pemimpin lain,lawat kawasan pun malas nak salam,bertanya khabar jauh sekali!..cakap tak serupa bikin!

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP