Tuesday, October 06, 2009

DINO AKHIRI ZAMAN BUJANG

HARI BAHAGIA...DINO DAN LINDA DI HARI PERSANDINGAN. SELEPAS INI AKAN MELAKARKAN HARI ESOK BERNAMA KEHIDUPAN BUAT MEREKA HINGGA KE ANAK CUCU.

ADUN TEMPASUK(KANAN) SEDANG MENYAKSIKAN PERSANDINGAN DUA MEMPELAI.TAPI SEMPAT MENDENGAR PERMASALAHAN RAKYAT DI PERINGKAT AKAR UMBI.TURUT KELIHATAN HJ SALAM GIBANG
DI TENGAH-TENGAH GELANGGANG MASYARAKAT KETIKA MENYAKSIKAN PERSANDINGAN KEDUA MEMPELAI. ACARA SEUMPAMA INI DAPAT MEMPERTEMUKAN PEMIMPIN DENGAN MASYARAKAT DI PERINGKAT AKAR UMBI BAGI MENYAMPAIKAN MAKLUMAT TERKINI TENTANG DASAR KERAJAAN BN


PEMIMPIN BELIA....TURUT HADIR MUSTAFFA SAKMUD@YUNUS ,MENYAKSIKAN PERSANDINGAN DINO.PELUANG YANG TERBAIK UNTUK BERTEMU DENGAN SANAK SAUDARA YANG JAUH DAN DEKAT. KESIBUKAN BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK MELUANGKAN MASA BERTEMU DENGAN SANAK SAUDARA


SANAK SAUDARA YANG BERADA JAUH DAN DEKAT SEMASA MENGIRINGI PENGNTIN LELAKI. SEMOGA MEREKA DAPAT MELIHAT GAMBAR YANG DIPAPARKAN DALAM BLOG INI SEBAGAI KENANGAN DAN TATAPAN CUCU CICIT PADA MASA AKAN DATANG




BERTEMU DENGAN KAWAN LAMA DI KAMPUNG JAWI-JAWI (RUMAH DINO).PEMIKIRAN PERLU DISATUKAN BAGI MENJAYAKAN SESUATU PERANCANGAN DAN TINDAKAN.KOMBINASI KEMAHIRAN AMAT PENTING BAGI MEREALISASIKAN SESUATU VISI KEMAJUAN KHUSUSNYA DALAM MEMBANGUNKAN MINDA MASYARAKAT


KOTA BELUD: Mantan vokalis kumpulan Manara,Rafdin Mensing ,40, atau lebih dikenali sebagai Dino telah mengakhiri zaman bujangnya baru-baru ini. Beliau telah diijabkabulkan dengan Linda Hj.Abdul Rahim pada jumaat lalu dan majlis persandingan beliau telah berlangsung pada sabtu lalu di Kampung Taun Gusi.

Penyanyi ini yang telah menyertai kumpulan Menara di awal tahun 90-an terkenal dengan lagu 'Sayang' yang kerap kali berkumandang di corong-corong radio ketika itu. Turut hadir menyaksikan persandingan Dino dan Linda ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah,merangkap ADUN Tempasuk,Datuk Musbah Hj.Jamli.

2 comments:

Unknown October 7, 2009 at 1:23 AM  

SELAMAT PENGANTIN BARU. Tahniah setinggi Kinabalu kepada sahabat saya Dino dan tahniah kpd pemimpin rakyat Dato Musbah kerana dokumentasikan perkahwinan itu utk tatapan kita yg tak dapat hadir di majlis bahagia pasangan Dino dan Linda.

Saya doakan Dino bahagia dan menghargai lagu SAYANG dan sayang dalam ertikata sebenarnya setelah menikmati pahit manis hidup berumah tangga..

kelapa mawar October 7, 2009 at 6:09 AM  

Salam ziarah datuk..

Tahniah dgn paparan ini..satu info bagi saya..

Saya amat meminati Kumpulan Menara..lagu "Sayang" pernah menjadi siulan anak-anak muda sezaman saya..

Semoga Dino dan Linda bahagia hingga ke akhir hayat. Amin

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP