Wednesday, October 14, 2009

SEHARI SUNTUK: MENJELASKAN FAKTA YANG TIDAK JELAS

MENYAMBUT KETIBAAN KETUA MENTERI YANG PRIHATIN DENGAN TUGAS-TUGAS NEGERI.GAMBAR DIRAKAM SEMASA HARI TERBUKA PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN.




PEGAWAI DAERAH KOTA BELUD,MOHD NAJIB MUNTOK SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN

ORANG KAMPUNG YANG HADIR...SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT PROJEK AGROPOLITAN



EN.DURAHIM SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG KALIBUNGAN ROSOK


WALAUPUN DARI LUAR.....BUKANLAH PENGHALANG RAKYAT UNTUK MENDENGAR MAKLUMAT SEBENAR TENTANG PROJEK AGROPOLITAN



DIKERUMUNI MASYARAKAT KAMPUNG UNTUK MENDENGAR PERSOALAN MEREKA.DIALOG INI PENTING UNTUK MENJELASKAN KEKELIRUAN




PENGERUSI JKKK SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN.KEKELIRUAN RAKYAT HARUS DIPERBETULKAN



DI DEWAN KALIBUNGAN ROSOK MENDENGAR TAKLIMAT....MASYARAKAT KAMPUNG KOMITED MENDENGAR TAKLIMAT DAN FAKTA SEBENAR




SEMASA MENGHADIRI MAJLIS HARI RAYA BERNAS DI PASIFIC SUTERA BALLROOM



BERSAMA DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSEIN ( TENGAH )


BERSAMA KETUA MENTERI SEMASA MELAWAT PAMERAN DI PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN DI TUARAN



BERSAMA TETAMU KEHORMAT YANG LAIN. SEDANG MENDENGAR UCAPAN DAN AMANAT KETUA MENTERI SABAH



SEMASA MENUNGGU KETIBAAN Y.A.B KETUA MENTERI SABAH.




Pagi ini (8hb. Okt.2009) jam 8.00 pagi saya berada di Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran, Sempena Hari Terbuka Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran yang di rasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman Ketua Menteri Sabah. Dalam majlis yang sama YAB juga melancarkan Varitei Padi baru TR 8 (SERI AMAN) yang dikategori bermutu tinggi dari segi kualiti makanan dan mempunyai potensi hasil tinggi, berdasarkan kajian di pusat ini dan kajian kesesuaian dibeberapa daerah utama penanaman padi di Negeri Sabah, variety TR 8 (Seri Aman) memiliki daya tahan terhadap penyakit-penyakit utama serta mempunyai sifat-sifat dan kualiti yang baik. Berdasarkan fakta-fakta ini maka variety ini sesuai disyorkan untuk diperkenalkan kepada petani agar ianya dapat menyumbang dalam program peningkatan pengeluaran padi di Negeri Sabah.

Selesai majlis ini, saya dan YB Datuk Seri Pangelima Yahya Husin (Menteri Pertanian & Industri Makanan Negeri Sabah) beredar ke Majlis Hari Raya terbuka anjuran Bernas di Hotel Pan Pasifik , sampai di situ jam pukul 11.40 pagi kami di sambut oleh Pengurus Besar Bernas Wilayah Sabah En Amiruddin Ahmad Tajuddin dan kakitangannya.

Pada jam 2.30 petang hari yang sama, saya ke Kg. Kalibungan Rosok hadir di majlis penerangan dan dialog, bersama pemimpin-pemimpin masyarakat dari daerah mengundi rosok serta penduduk kg Kalibungan. Majlis ini dianjurkan oleh jabatan penerangan daerah kota Belud berhubung dengan perlaksanaan PROJEK AGROPOLITAN di kawasan tersebut. Hadir sama Mohd Najib Muntuk (Pegawai Daerah Kota Belud), Pegawai Penarangan Daerah Kota Belud( Encik Durahim ), OKK Hj Masrin Asin (Ketua Daerah Kota Belud) dan Ketua-Ketua Jabatan.
En Dangkulap Sadah (Pengerusi JKKK Kg Kelibungan) memulakan ucapan, antara kekeliruan penduduk kampung yang dikatakan oleh Pengerusi JKKK, “ konon ada orang kata bahawa tanah mereka akan diambil oleh kompeni, kedua perumahan yang akan di bina di kawasan itu di isi oleh orang Filipin”. Sewaktu mendengar ucapan Dangkulap Sadah saya rasa amat sedih, “sudahlah orang kampung susah disogokkan lagi dengan maklumat yang salah sehingga menyebabkan orang kampug marah dengan pemimpin dan kerajaan yang membela nasib mereka”.

Dalam ucapan Pegawai Daerah menerangkan bahawa tidak timbul soal penempatan orang dari Filipin dan tanah di ambil oleh kompeni, projek Agropolitan ini adalah projek kerajaan bertujuan untuk membasmi kemiskinan di daerah Kota Belud, peserta dipilih daripada penduduk tempatan daripada kg. berdekatan yang di kategorikan sebagai rakyaat miskin tegar. Perumahan dibina akan diberi percuma kepada peserta. Soal status tanah tidak akan diberi geran oleh kerajaan kepada peserta, Kawasan tapak projek hanya diwartakan sebagai kawasan untuk membasmi kemiskinan sehingga sampai masanya kerajaan berpuas hati dengan kejayaan projek tersebut. Kerajaan berbuat begitu kerana khuatir sekiranya tanah diberi milik takut ianya akan ditukar milik (dijual) kepada orang yang tidak layak, kalau ini terjadi sudah tentu program ini tidak akan mencapai matlamatnya. Katanya lagi kerajaan memberi jaminan bahawa para peserta akan mendapat pendapatan diantara Rm 1,000 – 1,500.00 sebulan daripada pelbagai projek ekonomi yang dilaksanakan untuk membolehkan mereka terkeluar daripada garis kemiskinan, sesungguhnya usaha murni kerajaan dan pemimpin yang membawah Projek Agropolitan dibawah dasar membasmi kemiskinan ini ke daerah kota Belud patut diberi sokongan oleh rakyat katanya disambut dengan tepukan gemuruh oleh yang hadir.

Dalam ucapan saya, pertamanya saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Penerangan dan Pengerusi JKKK serta jawatankuasanya kerana telah menganjurkan majlis ini. Dengan adanya majlis ini kita dapat menerangkan dasar-dasar kerajaan sekali gus membekalkan rakyat dengan maklumat yang betul. PROJEK AGROPOLITAN DAN JELAPANG PADI KOTA BELUD adalah projek yang mempunyai impak yang tinggi dari segi peningkatan ekonomi rakyat, selain daripada memberikan sumber pendapatan kepada peserta Agropolitan dan petani, Projek ini akan membuka peluang pekerajaan dan peluang perniagaan yang baru kepada generasi muda yang terdiri daripada anak-anak kita, kerana adalah dianggarkan lebih kurang 200 juta wang akan berlegar di daerah Kota Belud pada setiap tahun hasil daripada kedua-dua projak ini yang akan menjadi sumber pendapatan rakyat di daerah ini, Pada saya tidak ada ertinya kita mempunyai bangunan-bangunan kerajaan yang cantik, jalanraya yang baik, pemimpin berjawataan tinggi dalam kerajaan kalau sekiranya rakyaat terus hidup melarat.

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu rakyat kita yang masih hidup dalam belenggu kemiskinan, mereka juga insan biasa yang ingin menikmati kehidupan yang lebih selesa, mereka juga mempunyai anak-anak yang mampu mencurahkan khidmat bakti kepada negara sekiranya nasib mereka terbela. Jangan sama sekali halang projek untuk mereka kerana ini sahajalah satu-satunya harapan bagi mereka untuk menekmati kehidupan yang lebih selesa. Selaku wakil rakyat di kawasan ini saya akan terus berjuang untuk membela nasib rakyaat, selaras dengan amanah yang diberikan kepada saya, berilah saya masa, berilah saya peluang, untuk membuktikan bahawa walaupun kita dilahirkan dalam kemiskinan berkat keikhlasan kita dalam perjuangan kita mampu merobah zaman, sesungguhnya perjuangan kita masih belum selesai.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan negeri di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku perdana Menteri Malaysia dan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman selaku Ketua Menteri Sabah, kerana telah meluluskan peruntukan yang besar kepada kawasan Tempasuk, yang kita perjuangkan untuk kepentingan rakyat, Selain daripada Projek Agropolitan dan Projek Jelapang Padi fasa pertama, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan MENAIK TARAF JALANRAYA LUAR BANDAR ke kg. Rosok, Jalan raya daripada Kg.Timbang menuju Kg. Sarang dan Kg. Dudar, Jalan raya Kg Sangkir, MEMBINA SEKOLAH BARU SMK Taun Gusi 2, SK Rosok, SK Tamau, SK Jawi-Jawi, Menaik taraf Kompleks sukan kg. Botong, membina beberapa buah jalan raya gravel ke kawasan Sawah padi dan menyelanggara sistem pengairan dan saliran, membina Pum House di kawasan pertanian, Pembukaan kawasan tanah sawah padi terbiar, Projek pemerataan tanah kawasan sawah, Penanaman getah secara berkelompok, Bekalan air bersih, bekalan air gravity, Membekal Tukun Tiruan di kawasan perairan Rampayan Ulu, Membina dan memperbaiki Jambatan , Membina rumah PPRT untuk rakyaat miskin, membina dan menyelangara Jalan-Jalan Kampung dan kemudahan-kemudahan asas yang lain di bawah peruntukan Khas Pia / Pias. Projek-projek ini ada yang sedang dalam perlaksanaan dan ada yang akan dilaksanakan pada bila-bila masa kerana masih dalam proses tender. Peruntukan keseluruhan projek ini adalah lebih kurang RM 300 juta dan Ini adalah merupahkan rekod peruntukan terbesar yang pernah kita perolehi di kawasan Tempasuk setekat ini.

Saya akhiri ucapan saya dengan meminta rakyat terus bersatu, bekerjasama, baik sesama kaum mahupun antara kaum, kerana dengan perpaduan yang erat antara kita sahaja akan dapat menjamin kesejahteraan hidup kita bersama.

Selesai majlis dialog saya dapat perhatikan sinaran cahaya dari muka penduduk yang hadir, mereka tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Semua mereka melahirkan rasa puas hati dengan penjelasan yang di berikan baik melalui ucapan dan juga sewaktu majlis dialog diadakan.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP