Monday, July 05, 2010

KAMPUNG DUDAR TIDAK KETINGGALAN DARI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA

Hari ini saya berada di kampung Dudar Laut, di majlis penyerahan bibit getah klon latex balak dan merasmikan Tanaman Getah secara berkelompok di dua buah kampung ia itu Kg. Dudar Ulu dan Kg. Dudar Laut.

Berdasarkan statistik semasa, tanaman getah boleh menghasilkan pendapatan Rm 500.00 sebulan setiap seekar, ini bererti kalau kita ada tiga ekar kawasan tanah kita boleh meraih pendapatan Rm 1,500.00 setiap bulan dan ini boleh mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan.

Sebanyak 5,000 pokok getah saya agihkan kepada penduduk kampung melelui peruntukan saya, manakal LIGS di bawah kementerian saya membangunkan 300 ekar kawasan tanah ditanam dengan getah secara berkelompok didua buah kampung ia itu Dudar Ulu dan Dudar Laut. Sasaran kita untuk daerah Kota Belud ialah seluas 20,000 ekar yang melibatkan ketiga-tiga kawasan DUN ia itu Tempasuk, Kedamaian dan Usukan.

Saya juga telah berbincang dengan Pegawai Daerah Kota Belud, untuk membawah Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) berasaskan tanaman getah ke kawasan ini, memandangkan di sini terdapat ramai rakyat miskin tegar dan miskin. Program ini amat sesuai dilaksanakan di kawasan ini bagi membantu mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan.

Dalam kesempatan ini, saya meninjau beberapa buah rumah yang amat daif. Saya menaiki rumah Pak Cik Pilang yang hanya mampu berkata " Tolong saya Datuk" hati mana yang tidak terasa hiba, apabila mendengar rintihan seorang tua yang tidak berupayah tinggal disebuah rumah yang cukup usang. Saya telah berjanji kepada Pak Cik Pilang untuk berusaha mendapatkannya sebuah rumah yang lebih baik, semoga tohan melindungi kamu.




Jalan Raya yang sedang dinaik taraf menuju ke kampung Dudar


Di majlis Penyerahan Bibit Getah klon latex balak


Meninjau kawasan tempat tanaman getah secara berkelompok oleh LIGS



Meninjau kawasan perkampungan.


Beginilah keadaan rumah Pak Cik Pilang yang sempat saya lihat sendiri

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP