Friday, February 26, 2010

SAMBUTAN MAULIDULRRASUL S.A.W PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 1431H / 2010M

KOTA BELUD 26-02-2010: Hari ini saya berada di Kota Belud merasmikan sambutan MAULIDURRASUL S.A.W Peringkat Daerah Kota Belud. Perarakan diadakan dari padang pekan melelui pekan dan berhimpun di Dewan Masyarakat Kota Belud. Hadir sama di majlis ini ialah En Najib Muntuk Pegawai Daerah Kota Belud, Ketua Polis Daerah, En Hamdan Hj Sahrudin Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Ketua Daerah OKK Datuk Golkhan Hasbolah, Ketua-Ketua Jabatan, En Awadnir Matanggal Timbalan Ketua Umno Bahagian serta Pemimpin-Pemimpin masyarakat.



Posted by Picasa

Read more...

Tuesday, February 09, 2010

LAWATAN KERJA KE KAMPUNG TABURAN

Hari ini saya melawat kampung Taburan hadir dimajlis Dialog dan perjumpaan bersama rakyat. Majlis ini dianjurkan oleh badan JKKK kg. Taburan. Majlis seperti ini amat baik kerana meleluinya kita mendapat maklum balas secara langsung daripada penduduk kampung dan dapat penjelasan daripada pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam usaha kita melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan ini selaras dengan konsep satu malaysia rakyat didahulukan pencapaian di utamakan.

Sewaktu majlis dialog berjalan, antara isu utama dikemukakan oleh masyarakat kampung adalah soal status terkini projek menaik taraf Jalan Raya daripada Kg.Timbang, Sarang, Dudar hingga Taburan yang telah lama di tunggu-tunggu oleh penduduk kampung.

Jawapan saya, tentunya saya berusaha keras untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan bagi menaik taraf jalan raya tersebut memandangkan jalan raya yang ada sekarang ini amat teruk. Berita baik yang saya ingin sampaikan pada hari ini ialah bahawa kerajaan telah meluluskan projek tersebut iaitu sejauh 15 kilometer sehingga ke kampung dudar dengan kos 37 juta dan akan dilaksanakan pada tahun ini, manakala selebihnya iaitu daripada kg. Dudar ke Kg. Taburan sejauh 5 kilometer telah dimasukkan dalam rancangan malaysia ke 10 iaitu bermula pada tahun depan. Pengumuman ini disambut dengan tepukan serta sorakan daripada orang ramai yang hadir, menadakan mereka amat mengharapkan jalan ini dinaik taraf.

Antara pertanyaan lain yang dikemukakan ialah berhubung dengan permohonan tanah yang sudah lama dipohon oleh penduduk kampung tetapi sampai sekarang belum dapat diproses oleh pejabat tanah daerah. Wakil daripada pejabat tanah iaitu Sdr Juli Umbang meminta supaya penduduk yang terlibat berjumpa beliau di pejabat dan membawah resit permohonan bersama mereka.

Dalam soal permohonan tanah ini juga saya mengshorkan agar ketua kampung dan pengerusi JKKK menyenaraikan nama-nama penduduk kampung yang terlibat dengan resit permohonan mereka sekali untuk dikemukakan kepada pejabat tanah dan disalinkan kepada saya selaku wakil rakyat untuk tujuan pemantauan terhadap tindakan selanjutnya.

Masalah kemudahan asas yang dikemukakan kebanyakannya telah diambil tindakan dan kini sedang menunggu kelulusan daripada Pejabat Daerah Kota Belud dan juga lain-lain jambatan yang berkaitan.

Majlis Dialog pada pagi ini berjalan dengan lancar dan teratur, penduduk kampung merasa gembira dan puas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat. Hadir sama dalam majlis ini ialah, En. Hamdan Hj Sarudin Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, En. Julih Umbang wakil Pejabat Tanah, En. Ahmad wakil Pejabat Kesihatan, En. Madlan Hj Salem wakil Jabatan Pelajaran, Eh Muneh Sikin wakil Pejabat Pertanian, En Awadnir Matanggal Timbalan Ketua Umno Bahagian, En Baghdad Terugan PKR Kawasan Tempasuk, Siang Sibin CDO Kawasan Tempasuk dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain.



Gambar di bawah bersama Puan Sunah bekas Ketua Cawangan Usno Kg Taburan












Read more...

Saturday, February 06, 2010

PRODUK MAKANAN LAUT DARI KOTA BELUD TELAH DI TERIMA MASUK KE PASARAN NEGARA-NEGARA KESATUAN EROPAH (EU)

Warisan Hikmat Sdn Bhd adalah merupakan satu-satunya pengusaha produk makanan laut di Sabah yang mendapat pengiktirafan Kesatuan Eropah dan dibenarkan untuk mengeksport udang putih serta udang harimau ke negara-negara angotanya.

Syarikat ini adalah merupakan syarikat tempatan yang beroperasi di Kota Belud di kampung Dudar dalam kawasan DUN Tempasuk. Menurut Pengarah Urusan Syarikat ini, Ladang seluas 150 ekar ini mampu mengeluarkan production angaran 200 hingga 250 metrik tan sebulan dengan jumlah pekerja seramai 125 orang dan 95 peratus dari jumlah itu adalah rakyat tempatan.

Permohonan untuk mendapatkan sijil EU dilakukan pada 18 mac 2008, setelah melelui proses pengauditan dan memenuhi amalan-amalan standard yang ditetapkan oleh kesatuan Eropah (EU) maka syarikat ini telah mendapat kelulusan pada 13 mac 2009 yang lalu.



Read more...

KOTA BELUD PERLU PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI MEMPERBAIKI PRASARANA YANG ROSAK TERUK AKIBAT BANJIR BARU-BARU INI

Hasil lawatan saya ke beberapa buah kampung baru-baru ini selepas banjir melanda Kota Belud, saya dapati beberapa kerosakan berlaku khusnya dari segi kemudahan awam, pertanian, dan hakisan sungai. Setakat ini saya belum dapat laporan penuh berhubung dengan nilai sebenar kerosakan yang dialami, bagaimanpun saya dimaklumkan, Pegawai Daerah Kota Belud dan Ketua-Ketua Jabatan kini sedang memerinci nilai kerosakan sebenar berdasarkan laporan daripada Pengerusi-Pengerusi JKKK yang kampung mereka terlibat dilanda banjir baru-baru ini.

Ada juga kerosakan didapati telah menjejaskan petani contohnya taliair yang terputus di kampung Linau ke kawasan Taun Gusi Peninting yang disiarkan oleh akbar tempatan baru-baru ini. Namun atas tindakan pantas JPS Kota Belud kini ianya telah siap diperbaiki dan sudah boleh digunakan.

Dalam kesempatan pada kali ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada semua yang terlibat bagi membantu mangsa-mangsa banjir baru-baru ini. Terutama sekali kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Ahli Parlimen Kota Belud, Wakil-Wakil Rakyat, Pegawai Daerah Kota Belud, Ketau-Ketua Jabatan, Pasukan Rela Kota Belud, Pemimpin-Pemimpin Masyarakat, Ngo, Media, Orang-orang perseorangan yang telah terlibat baik secara langsung dan tidak langsung. Semoga di atas keperhatinan dan pengorbanan yang anda telah sumbangkan, rakyat kita akan terus hidup dalam keadaan aman dan tenteram.

Gambar di bawah ialah lawatan saya ke Kampung Gunding dan Linau bersama Jurutera Kanan JPS Kota Belud dan Unit PKR Kawasan Tempasuk.



Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP