Thursday, April 01, 2010

PERJUMPAAN Y.B. DATUK SERI NOH OMAR DENGAN UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD

Kota Belud 27/3/2010 Jam 8.00 malam

Y.B. Datuk Seri Noh Omar selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia telah mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan empat peringkat Umno bahagian P169 Kota Belud di Dewan Tun Said. Beliau merupakan bapa angkat kepada Umno Bahagian Kota Belud yang telah dilantik oleh ahli majlis tertinggi umno malaysia.


Gambar di bawah bersama AJK UMNO Bahagian Kota Belud

Gambar di bawah bersama Pergerakan Wanita dan Puteri Umno Bahagian Kota Belud

Read more...

LAWATAN Y.B DATUK SERI NOH OMAR KE TAPAK PROJEK FASA PERTAMA JELAPANG PADI KOTA BELUD

KOTA BELUD 27/3/2010

Hari ini, Y.B Datuk Seri Noh Omar telah melawat ke Daerah kota Belud, untuk melihat sendiri perkembangan Pojek Jelapan Padi Kota Belud yang bermula di kg. Kegurahaan dan melibatkan kawasan kg. Kawang-Kawang, Kisapang dan Kimo-Kimo.

Beliau telah di beri taklimat oleh Pengarah Jabatan Pengairaan dan Saliran Sabah dan juga konsultan Projek tersebut. Beliau dimaklumkan bahawa setekat ini kerja-kerja fizikal telah siap sebanyak 35 peratus dan projek fasa pertama ini dijangka siap sepenuhnya pada januari 2011.

Selepas Takilmat kami melawat kawasan projek, sehingga ke kawasan bukit kisapang. Jalan Raya Ladang dan Saliran sedang dalam pembinaan dan Jambatan serta tapak rumah pam.

Jam 6.30 petang kami beredar dari kawasan tapak projek menuju kampung Pandasan melawat rumah keluarga OKU. Y.B Datuk Seri Noh Omar menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga OKU di kampung tersebut. Beginilah keprihatinan Pemimpin BN, dalam kesibukan merancang memajukan negara dan rakyat tidak lupa kepada orang yang kurang upaya.

Hadir sama dalam lawatan ini, Ahli Parlimen Kota Belud Y.B. Dato' Rahman Dahlan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia Dato’ Mohd. Mokhtar Bin Ismail dan Timbalannya Dato' Hasim, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah En M.C Ismail Salam, Pengarah JPS Sabah En. Ng Chee Hing, dan Pegawai Daerah Kota Belud.



Gambar di bawah berkunjung ke rumah keluarga OKU di Kg. Pandasan



Read more...

MINI MAHA 2010 PERINGKAT NEGERI SABAH

Kota Kinabalu 27/3/2010 Jam 11.00 Pagi

Hari ini saya hadir di majlis Perasmian MINI MAHA PERINGKAT NEGERI SABAH di Padang Merdeka Kota Kinabalu di rasmikan oleh Y.A.B DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ AMAN KETUA MENTERI SABAH. Programe ini telah diadakan bermula pada 26 – 28hb. mac 2010 merupakan julung-julung kali di adakan di Negeri Sabah, tujuannya ialah untuk memperomosikan produk-produk pertanian yang terbaru keluaran tempatan.

Hadir sama Y.B Datuk Seri Noh Hj Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani Malaysia, Y.B Datuk Seri Panglima Yahya Husin Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP