Thursday, April 01, 2010

PERJUMPAAN Y.B. DATUK SERI NOH OMAR DENGAN UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD

Kota Belud 27/3/2010 Jam 8.00 malam

Y.B. Datuk Seri Noh Omar selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia telah mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan empat peringkat Umno bahagian P169 Kota Belud di Dewan Tun Said. Beliau merupakan bapa angkat kepada Umno Bahagian Kota Belud yang telah dilantik oleh ahli majlis tertinggi umno malaysia.


Gambar di bawah bersama AJK UMNO Bahagian Kota Belud

Gambar di bawah bersama Pergerakan Wanita dan Puteri Umno Bahagian Kota Belud

4 comments:

ROJOKOBOG April 2, 2010 at 12:58 PM  

Salam Datuk,
" Dari Taun Gusi hendak ke Lentigi,
Singgah di Pekan membeli Ragi,
Kalau tidak silap strategi,
Datuk masih Ketua Bhg lagi."
Adakah betul pantun empat kerat diatas yang saya ilhamkan Datuk? segala gerak kerja 85% Datuk telah rencanakan utk UMNO Kota Belud ketika Datuk Ketua Bahagian UMNO, ramai penyokong Datuk terkejut dengan keputusan pemilihan Ketua Bhg pada malam tersebut memihak kpd Datuk Salleh Said, memang tidak syak lagi pengaruh Datuk berada di puncak ketika dan sebelum pemilihan, tapi strategi Datuk dan orang-orang disekeliling Datuk tidak dapat menembusi strategi pihak yang satu lagi, kalau ada pun dapat mereka patah kan semula..kalau kita lihat gambar-gambar Datuk bersama Dato' Noh Omar seolah-olah Datuk masih Ketua Bhg UMNO Kota Belud, tapi sayang seribu kali sayang rupanya hanya khayalan kami saja gambar tersebut, tapi Alhamdullilah Datuk dapat menghadiri majlis anjuran UMNO Bhg, keterbukaan begini lah yang kita idam-idamkan, semangat kekeluargaan dalam UMNO akan menjadi tauladan yang terbaik untuk akar umbi khususnya di Kota Belud, harap Datuk dapat teruskan semangat juang ini dan ini juga merupakan satu strategi untuk memenangi hati rakyat tanpa kita sedari, penglibatan pemimpin dalam segi apa pun demi untuk mendampingi masyarakat akan membuatkan rakyat berfikir bahawa pemimpin sebegini lah yang mereka inginkan, ruang dan peluang ini hanya datang sekali saja kalau kita perhalusi dan sedari...Masyarakat Kota Belud masih memerlukan kepimpinan Datuk hingga ke titisan darah yang terakhir kata mereka, tanamkan lah sifaf-sifat keperhatinan disanubari Datuk dan pemimpin Kota Belud khasnya, matlamat Datuk untuk melihat agar anak cucu kita di Kota Belud dimasa akan datang hidup dalam suasana yang harmoni dan amat disegani oleh org lain akan termakbul jika pemantapan ekenomi, sosial dan budaya kita pupuk dari sekarang, segala kepakaran dan kebolehan kita curahkan demi masa depan mereka, kita kena ubahsuai mentaliti generasi sekarang ini daripada MENGHARAP SESUATU TANPA BERUSAHA kepada BERDIRI DIATAS KAKI SENDIRI, DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG...Dengan doa dan usaha ini InsyAllah kita akan berjaya..
Saya harap Datuk dapat siarkan artikel ini, pendapat dan idea ini adalah ikhlas dari saya.

ADUN TEMPASUK April 2, 2010 at 6:41 PM  

Salam Rojokobog....ketika saya membaca komen sdr saya tidak sedar air mata saya jatuh berlinangan, bukan kerana mengenangkan nasib diri saya tapi mengenangkan nasib orang yang benar-benar ikhlas berjuang demi kepentingan Agama, Bangasa dan Negaranya. Mereka tidak mampu bertahan kerana mereka serba kekurangan, saya bangkit membila namun saya juga senasib dengan mereka.

Ingatlah bahawa kita ini dilahir dari lembah kemiskinan,dan kerana kemiskinan itulah kita mudah di perkotak katikkan. Itulah sebab kenapa saya berjuang habis-habisan untuk menyatu paduhkan rakyat dan membawah projek yang boleh meningkatkan ekonomi rakyat termasuklah projek membesmi kemiskinan, dengan harapan agar program ini dapat membila nasib rakyat dan memanafaatkannya untuk kepentingan masa depan mereka.

Saya tidak ada strategi untuk mengekalkan kuasa saya sampai bila-bila, saya hanya melaksanakan amanah yang diberikan kepada saya dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

Dalam sejarah Politik saya...saya pernah kalah Timbalan Ketua Umno Bahagian dalam pertandingan pada tahun 1995, menang balik dalam tahun berikutnaya 1998, saya pernah digugurkan sebagai calon dalam pilihanraya angkara fitnah dan penganiayaan, namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus berjuang.

Andaikata suatu masa nanti, saya tidak lagi menjadi pemimpin, saya mengharapkan penganti saya akan dapat meneruskan perjuangan murni ini.

Terima Kasih Sdr Rojokobog, walaupun saya tidak menganali sdr..namun komen sdr benar-benar menyentuh perasaan saya.

ADUN TEMPASUK April 4, 2010 at 5:23 AM  

Sdr Mrakunman....Saya difahamkan ketika ini, beliau berada diluar negara.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP