Sunday, December 27, 2009

TURUN PADANG: MERASMIKAN PERTANDINGAN LAGU-LAGU SAMA.

KOTA BELUD: Hari ini 25hb.Dis.2009 jam 8.00 malam saya berada di Kampung Linau merasmikan pertandingan lagu-lagu sama terbuka Kota Belud yang dianjurkan oleh Pencinta Karya dan Budaya Sama Kg. Linau.

Pengerusi penganjur En Ismail Majun berkata tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan anak-anak sama disamping memertabatkan seni budaya sama. Hadir sama En Abdullah Hj Sibil (Presiden Sama Sabah), En.Naumul Hj Mulud (Ajk Umno bahagian Kota Belud), Tuan Hj Salam Dibang (Bekas Calon PBS Kawasan Tempasuk), En.Baghdad Terugan (Pemimpin Kemajuan Rakyaat N6 Tempasuk) dan Ketua-Ketua Cawangan Umno.


Kelihatan di atas pentas Tuan Hj Majad membaca
Puisi dan menyanyikan Lagu sama bertajuk Emboh Ali









Read more...

MERASMIKAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN UNTUK NELAYAN DAN PROGRAME PEMIMPIN BERSAMA AHLI RELA KAWASAN DUN N6 TEMPASUK

KOTA BELUD: Pada 22hb.Dis.2009 jam 8.30 pagi yang lalu, saya merasmikan penyerahan bantuan peralatan perikanan bagi daerah Kota Belud oleh Jabatan Perikanan Sabah di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Seramai 19 keluarga telah menerima pakej bantuan di bawah skim pembangunan kesejahteraan rakyat (SPKR), jenis peralatan ialah 1 buah bot fibreglass, 1 unit enjin sangkut 9.8 kuasa kuda, 10 utas pukat tangsi, 1 unit kotak ikan berinsulasi 100 liter isipadu, 1 unit GPS dan lain-lain peralatan. Seramai 11 keluarga lagi menerima bantuan di bawah program sokongan peningkatan pendapatan nelayan (PSPPN) jenis peralatan ialah Enjin Sangkut dan Kotak berinsulasi. Seramai 10 keluarga lagi menerima bantuan peralatan pemprosesan di bawah program mempelbagai dan menambah pendapatan petani penternak dan nelayan. Jumlah keseluruhan penerima bantuan pada hari ini adalah seramai 50 keluarga. Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah perikanan Negeri Sabah En Rayner Datuk Stuel Gelid, Penolong Pengarah En. Saili Hj Lebih, Pegawai Penguasa Perikanan daerah Kota Belud En Lamjah Jukah, Pegawai Kemajuan Rakyat N8 Usukan dan pegawai-pegawai jabatan perikanan daripada ibu pejabat dan daerah.







Pada hari yang sama jam 10.30 pagi saya ke Kampung Pandasan Merasmikan Programe Pemimpin bersama ahli RELA Kawasan DUN N6 Tempasuk. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Senamrobik, Gotong Royong membersih kawasan kampung dan penambahan ahli. Hadir sama dalam majlis ini ialah Lt. Kol. (RELA) Tuan Yakup Zaini, En. Baghdad Terugan Pemimpin Kemajuan Masyarakat Kawasan N6 Tempasuk, En. Siang Sibin CDO Kawasan N6 Tempasuk.









Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP