Tuesday, March 09, 2010

LAPORAN KEMAJUAN PROJEK AGROPOLITAN KOTA BELUD

Kota Belud 8 mac 2010:
YB Datuk Dr. Ewon Ebin Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah telah melakukan lawatan rasmi ke Projek Agropolitan Kota Belud. Sebelum melawat tapak projek, Beliau telah diberi taklimat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Belud oleh PEGAWAI DAERAH KOTA BELUD, SEDIA, JPHPT, LIGS, dan LPPB berhubung dengan status terkini Projek Agropolitan Kota Belud di Kuala Pintasan dan Rosok/Surun di kawasan DUN Tempasuk.

Beliau dimaklumkan, Pembersihan kawasan kedua-dua tapak projek, Pemagaran, Penanaman Rumput dan pembinaan Jalan Raya telahpun ditender dan akan akan dilaksanakan sebaik saja kontraktor yang berjaya diketahui tidak lama lagi. Kerja-kerja yang ditelah di tender ini melibatkan kos sebanyak 25 juta, manakala Kos keseluruhan pembangunan projek Agropolitan ini adalah 190 juta dibawah program SABAH DEVELOPMENT CORRIDOR untuk tujuan pembasmian kemiskinan.

Antara komponen projek ini ialah pembinaan prasarana seperti Jalan Raya, Air, Letrik, Telefon, Pembinaan 550 buah rumah, bangunan pejabat, kerita, traktor dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan, Projek ekonomi seperti Penternakan Lembu Tenusu dan pedaging lengkap dengan bangunan kandang serta kemudahan pemerahan yang serba canggih dan juga Penanaman getah seluas 2,000 ekar. Aktiviti hiliran seperti kilang memporesis susu, daging, baja organik dan gas daripada tahi lembu akan dilakukan di kawasan ini. Tentunya banyak peluang pekerajaan dan perniagaan akan ujud melelui programe ini.

Selaku pemimpin di daerah ini, saya amat rasa bangga, kerana perjuangan kita untuk mengeluarkan rakyat kota belud daripada belenggu kemiskinan telah mendapat perhatian daripada kerajaan Barisan Nasional. Adalah diharapkan projek Lonjakan Megar Luar Bandar ini akan dapat mamacu ekonomi daerah Kota Belud dan sakali gus menyumbang terhadap pembangunan dan peningkatan ekonomi rakyat.

Gambar dibawah sewaktu taklimat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Belud



Gambar dibawah sewaktu Lawatan ke tapak kawasan Projek di Kuala Pintasan





Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP