Wednesday, July 28, 2010

GGT JALIN KERJASAMA BIAK BAKA SAWIT

Musbah Jamli (tiga kiri) dan Ujang Sulani (tiga kanan) menyaksikan M.C.Ismail Salam (dua kanan) bertukar dokumen dengan Yong Chee Kong di Kota Kinabalu, semalam.





KOTA KINABALU 27 Julai – Sabah hari ini menandatangani persetujuan kerjasama bagi menjalankan program pembiakbakaan sawit dengan Genting Green Tech Sdn. Bhd.(GGT).

Perjanjian kerjasama dengan anak syarikat Genting Plantation Berhad itu adalah bagi mengaplikasikan teknologi ‘Marker Assisted Selection’ (MAS) yang dihasilkan GGT dalam memilih induk tanaman sawit terbaik bagi pembiakbakaan sawit.

Memorandum Perjanjian (MoA) itu ditandatangani oleh Pengarah Pertanian negeri, Ismail Salam dan Ketua Pegawai Operasi Genting Plantations Berhad, Yong Chee Kong.

Turut menyaksikan majlis itu ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Musbah Jamli; Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Ujang Sulani dan Pengarah Pertanian Sabah, M.C.Ismail Salam.

Menurut Musbah perjanjian tersebut merupakan perkongsian pintar antara kerajaan negeri dengan pihak swasta bagi membangunkan industri sawit di negeri ini.

“Ia bagi pembangunan dan penggunaan teknologi khususnya kaedah bioteknologi dalam bidang tanaman bagi meningkatkan pembangunan industri sawit Sabah.

“Malah ia dijangka akan melonjakkan pembangunan industri sawit di seluruh Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP