Wednesday, March 10, 2010

PERUNTUKAN 10 JUTA TELAH DILULUSKAN BAGI MENAIK TARAF BEKALAN AIR BERSIH KE KAWASAN TEMPASUK

Pada 8/3/2010 yang lalu saya berkesempatan melawat tangki air di kawasan ARMY CAMP. Tangki ini lah menjadi sumber bekalan air paip bersih ke kawasan Tempasuk yang saya wakili.

Pada tahun 2008 yang lalu saya telah menyuarahkan masalah bekalan air bersih dibeberapa buah kampung melelui mesyuarat tindakan daerah, saya dapati walaupun kampung itu telah dibekalkan dengan batang paip namun tekan air terlalu rendah dan ada yang langsung tidak ada air, sehingga ada yang berkata "Ada Projek paip tapi tiada projek air".

Menurut En Petrus Jurutera Jabatan Air Kota Belud, tangki di kawasan Army Camp ini cuma boleh menampung air 4' sahaja daripada ketinggian sebenar 20' yang dipam dari loji pekan menyebakan tekanan air rendah dan bekalan tidak mencukupi, ini disebabkan pam air dari loji tidak kuat, batang paip tidak cukup besar menyebahkan tangki air tidak penuh....saya bertanya, kalau tangki ini penuh sehingga 18' kaki bolehkah ia menyelesaikan masalah..."Petrus jawab boleh"." itu kata jurutera bukan kata saya".

Saya cuma mahu masalah selesai, apa caranya itu banyak bergantung kepada kebijaksanaan pegawai-pegawai kerajaan untuk merancang dan seterusnya melaksana. Wakil-Wakil rakyat hanya boleh membantu daripada segi mendapatkan peruntukan kewangan berdasarkan kertas kerja yang disediakan oleh pegawai-pegawai kita.

Saya bersukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan peruntukan sebanyak lebih kurang 10 juta bagi menaiktaraf bekalan air paip bersih di kawasan Tempasuk. Saya difahamkan bahawa projek ini telahpun ditender dan kontraktornya telahpun dilantik dan akan dilaksanakan bila-bila masa.

Harapan saya, semoga dengan adanya peruntukan ini akan dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih ke kawasan Tempasuk terutamanya di kawasan yang sudah mempunyai bekalan batang paip, manakala yang lainnya kita akan terus berusaha untuk mendapatkan peruntukan melelui bajet NKRA.

Gambar di bawah adalah Tangki Air di Kawasan Army Camp



Posted by Picasa

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP