Tuesday, November 03, 2009

TURUN PADANG: Hadir di Majlis Sambutan Hari Raya SK Tamau




Gambar di bawah: Berkesempatan berkunjung ke rumah Roslan Hj Mansor AJK Umno bahgian Kota Belud



Pada 23hb oct jam 8.30 malam saya telah dijemput menghadiri majlis hari raya anjuran PIBG SK Tamau, Saya amat kagum dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh PIBG SK Tamau, walaupun syawal telah berlalu namun majlis itu tetap diteruskan. En Ladim Hj Abdul Rahman YDP PIBG SK Tamau dalam ucapannya mengatakan tujuan majlis itu diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat kampung dan guru-guru SK Tamau.Beliau juga meluahkan rasa sedihnya kerana ada ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke kelas tambahan MEMBASMI BUTA HURUF di sekolah itu walaupun ianya diadakan secara percuma oleh PIBG.

Guru Besar sekolah, En Rosli Umbang dalam ucapannya menekankan soal perpaduan, katanya kejayaan yang besar hanya boleh dicapai melalui perpaduan yang mantap dikalangan rakyat, justeru beliau menyeru agar ibu bapa dan guru bersatu dan berkerjasama dalam usaha mencapai misi sekolah SK Tamau melahirkan modal insan yang cemerlang.


Sesungguhnya saya amat gembira dan terharu melihat komitmen yang ditunjukkan oleh PIBG SK Tamau dalam usaha mereka melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Selaku wakil rakyat saya sentiasa bekerjasama dengan PIBG di seluruh kawasan tempasuk dalam menjayakan misi pendidikan ini. Walaupun saya tewas dalam pilihanraya yang lalu di daerah mengundi Tamau namun saya tidak pernah menganggap orang Tamau musuh saya, begitu juga tidak pernah menganggap orang Tamau memusuhi saya. Itulah sebabnya saya sentiasa hadir ke majlis sama ada kecil atau besar yang diadakan di daerah mengundi Tamau. Saya tidak ada masalah untuk berkerjasama dengan sesiapapun asalkan mereka ikhlas dalam usaha membangunkan rakyaat.

Dari segi pembangunan daerah mengundi Tamau tidak pernah diabaikan, selain daripada bakal memiliki sekolah kebangsaan baru, kemudahan-kemudahan asas yang lain sedang rancak dilaksanakan terutama sekali menyelanggara sistem perparitan dan pengairan, membina jalan-jalan ladang, membaiki masjid, membina jeti nelayan dan sebagainya. Pada saya kemakmuran hidup rakyat adalah menjadi kepuasaan saya.

Sewaktu balik, saya berkesempatan berkunjung ke rumah Roslan Hj Mansor seorang Ajk Umno bahagian Kota Belud, berjumpa dengan ayahandanya Tuan Hj Mansor seorang pejuang lama yang telah banyak menyumbang khidmat bakti terhadap perjuangan parti, beliau kini masih memegang jawatan Ketua Cawangan Umno kg. Tamau Selatan.





































































































































































































Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP