Sunday, June 13, 2010

PROGRAM KOMUNITI BESTARI KG. JAWI-JAWI KOTA BELUD

Baru-baru ini saya merasmikan Program Komuniti Bestari dan Program Khidmat Komuniti bersama PLKN kg. Jawi-Jawi Kota Belud.

Antar pengisian program ini ialah Perasmian IT Desa dan penyerahn Komputer dari Jabatan Penarangan Kota Belud, saya juga turut menyumbang sebuah komputer untuk keperluan penduduk kampung. Selain daripada itu Gotong Royong dan Sukaneka turut di adakan bersama penduduk kampung dan PLKN Kota Belud.

Hadir sama dalam majlis ini, En Azman Sipan Pegawai Penarangan Bahagian Pantai Barat Utara (PBU), ASP Wan Kim Guan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Belud, En. Durahim Hj Jaman Pegawai Penarangan Daerah Kota Belud, En Marali Hj Adim Pengerusi Komuniti Bestari Kg Jawi-Jawi, En Siang Sibin CDO Kawasan Tempasuk dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat.


Read more...

PESTA KAAMATAN 2010 PERINGKAT ZON 2 KAMPUNG BANGKAHAK KOTA BELUD.

Hari ini 15 hb may 2010, saya merasmikan Pesta Kaamatan Peringakat Zon 2 gabungan 4 buah kampung ia itu Kg. Bangkahak Nayasan, Kg. Bangkahak Lama, Kg. Bangkahak Baru dan kampung Bangkahak Sunsum di dewan kampung Bangkahak Kota Belud.

Hadir sama dalam majlis ini ia lah En Siang Sibin CDO Kawasan Tempasuk, En James Bagah Naib Presiden KDCA Sabah, En Aman Sirom Sembuna AMT KDCA Sabah, En Awang Daud Kati AJK Umno Bahagian Kota Belud dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat.








Read more...

PROGRAM BOMBON (TAGAL) SUNGAI KAMPUNG LINAU

Pada bulan yang lalu, saya telah Merasmikan Program Bombon (Tagal) sungai kg. Linau Kota Belud. Programe ini dianjurkan oleh jawatan kuasa bertindak gabungan dua buah kampung ia itu kg. Linau dan kg. Gunding.

Dalam Majlis ini, sebanyak tiga ribu anak ikan daripada Jabatan Perikanan Daerah kota Belud telah saya lepaskan di Sungai Kg Linau.

Program Tagal ini adalah julung-julung kali diadakan di perkampung suku kaum bajau di kawasan saya. Harapan saya semoga dengan adanya programe seperti ini akan dapat membantu penduduk kampung mendapat sumber pendapatan daripada ternakan ikan selain daripada kesempatan ini diambil oleh penduduk kampung menjadikan kawasan Tagal ini sebagai produk argo pelancongan berkonsepkan sanctuary.

Read more...

TAKLIMAT 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD

Beberapa minggu yang lalu, saya telah merasmikan taklimat 1 Malaysia peringkat daerah Kota Belud yang telah diadakan di Dewan Masyarakat Kota Belud. Programe ini anjuran Jabatan Penarangan Daerah Kota Belud.

Hadir sama dalam majlis ini ialah En Najib Muntok Pegawai Daerah Kota Belud, En Azman Sipan Pegawai Penarangan Bahagian PBU, En Durahim Hj Jaman Pegawai Penarangan Daerah Kota Belud, Ketua-Ketua Jabatan dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.


Posted by Picasa

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP