Wednesday, April 28, 2010

TURUN PADANG ZIARAH

Baru-baru ini saya berkesempatan melawat Adek Mohd Sail bin Dzulzain yang kini sedang telantar di rumahnya di Kg. Taun Gusi disebabkan penyakit Kanser Tulang yang dialaminya.

Menurut Ibunya, dia telah berusaha membawah Mohd Sail berubat di Hospital Queen Elizabeth pada tahun lalu dan selepas itu di hantar ke Sarawak untuk mendapat rawatan lanjut. Selepas tiga bulan di sana tidak ada perubahan berlaku, lalu mereka sekeluarga membuat keputusan membawah Mohd Sail balik ke kampung untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.

Saya mendapat tahu tentang penderitaan mohd sail melelui SMS yang dihantarnya sendiri kepada saya. Saya amat simpati terhadap penderitaannaya, dan telah berusaha untuk mendapatkan nasihat daripada kawan-kawan bagaimana membantu Mohd Sail, Seorang kawan telah memperkenalkan produk 4Life konon boleh menyembuhkan penyakit kanser, lalu membelikannya satu set selepas mendapat khidmat nasihat daripada seorang Doktor. Mudah-mudahan produk ini dapat menyembuhkan Mohd Sail.




Selepas balik daripada rumah Mohd Sail, saya pergi terus ke Kg. Taburan untuk menziarahi anak sahabat lama saya Susun, yang telah kembali kerahmatullah.


Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP