Wednesday, December 30, 2009

LAWATAN AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN KE KAWASAN DUN TEMPASUK.

KOTA BELUD: YB Dato' Yunus Rahmat, Ahli EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi ADUN klawang telah melakukan lawatan kerja ke Kawasan DUN Tempasuk pada 24/12/2009 yang lalu.

Tujuan lawatan ini di adakan ialah untuk melihat sendiri pembangunan yang sedang rancak berjalan di kawasan Dun Tempasuk. Beliau amat tertarik mendengar taklimat yang saya berikan kepada YB Datuk Seri Noh Omar berhubung dengan perancangan pembangunan ekonomi rakyaat di Daerah Kota Belud melelui programe pertanian sewaktu lawatan kerja kami ke Merocco dan Pakistan.

Pembanguan Jelapang padi Sabah, di Kota Belud yang melibatkan kawasan 10 ribu hektar, Programe menternak lembu tenusu sebanyak 1,000 ribu ekor dan penanaman getah bermutu tinggi melibatkan kawasan seluas 2,000 ekar dibawah projek Agropolitan dan melabuhkan tukun-tukun tiruan di persisiran pantai Kota Belud tentunya akan dapat membela nasib Petani, Penternak, Nelayan, Pekebun-Pekebun kecil getah dan sekali gus akan dapat mengeluarkan Kota Belud daripada antar Daerah termiskin di Malaysia. “Saya mahu melihat sendiri programe yang telus ini” kata YB, dan selepas 5 hari daripada Luar Negara beliau terus terbang ke Sabah untuk berkongsi pengalaman. Sebagai seorang YB yang ingin melihat kawasan dan rakyatnya maju tentunya kami sentiasa berongsi pengalaman untuk memajukan kawasan masing-masing.
Selain daripada lawatan ke Dun Tempasuk beliau juga telah melawat Tamu Putatan, bersama YB dalam rangka lawatan kerja tersebut ialah Pegawai Fama Negeri Sembilan dan seorang ahli perniagaan.





Lawatan ke Ladang Ternakan Lembu Tenusu yang dimiliki oleh Tuan Hj Junaidi


Tuan Hj Junaidi menceritakan pengalamannya diperingkat awal, memang mempunyai cabaran yang cukup besar kerana kekurangan pengelaman, tapi hasil kecekalannya, ternakan Lembu Tenusu yang berjumlah 48 ekor kini boleh menghasilkan pendapatan gross sehingga Rm 1,500.00 dalam satu hari.









Read more...

Monday, December 28, 2009

TURUN PADANG: MENGHADIRI UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

Pada hari ini 26hb.dis.2009 saya menghadiri undangan majlis perkahwinan di beberapa kampung di daerah Kota Belud. Ini adalah rutin jadual saya di mana kalau tidak ada pertembungan dengan program peringkat negeri saya akan balik ke kawasan menghadirkan diri di majlis perkahwinan seperti ini. Bagi orang kampung cukup besar maknanya, bila seorang pemimpin yang mereka pilih hadir dan tentunya akan mengukir sejarah dalam keluarga mereka di samping memberi semangat baru dalam kehidupan mereka.

Gambar di bawah dirumah Sdr Abdurung (Ketua Cawangan Umno) kg. Kuala Abai Seberang


Gambar di bawah di rumah Sdr Laugan Fazalali kg. Perasan

Gambar di bawah di rumah Sdr Inspektor Rajali Kg. Taun Gusi Peninting

Gambar di bawah di Rumah Mandarin Hj Sudah Kg. Taun Gusi Batu 4

Gambar di bawah di rumah Sdr Mukis Kg. Bengkahak

Kelihatan dalam gambar di bawah bersama-sama saya dari kanan Sdr.Awadnir Matanggal Timbalan Ketua Umno Bahagian KB, Sdr Mohd Amin Gawis Pengerusi JKKK Kg. Wokok Kinuta, Cikgu Madrum Mamun, Sdr Kuim Harun Pengerusi Tetap Umno Bahagian KB, Sdr Aman Sirom Simbuna, Sdr Roslan Hj Mansor Ajk Umno Bahagian KB.
Gambar di atas gambar kenangan bersama pengantin



Read more...

Sunday, December 27, 2009

TURUN PADANG: MERASMIKAN PERTANDINGAN LAGU-LAGU SAMA.

KOTA BELUD: Hari ini 25hb.Dis.2009 jam 8.00 malam saya berada di Kampung Linau merasmikan pertandingan lagu-lagu sama terbuka Kota Belud yang dianjurkan oleh Pencinta Karya dan Budaya Sama Kg. Linau.

Pengerusi penganjur En Ismail Majun berkata tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan anak-anak sama disamping memertabatkan seni budaya sama. Hadir sama En Abdullah Hj Sibil (Presiden Sama Sabah), En.Naumul Hj Mulud (Ajk Umno bahagian Kota Belud), Tuan Hj Salam Dibang (Bekas Calon PBS Kawasan Tempasuk), En.Baghdad Terugan (Pemimpin Kemajuan Rakyaat N6 Tempasuk) dan Ketua-Ketua Cawangan Umno.


Kelihatan di atas pentas Tuan Hj Majad membaca
Puisi dan menyanyikan Lagu sama bertajuk Emboh Ali









Read more...

MERASMIKAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN UNTUK NELAYAN DAN PROGRAME PEMIMPIN BERSAMA AHLI RELA KAWASAN DUN N6 TEMPASUK

KOTA BELUD: Pada 22hb.Dis.2009 jam 8.30 pagi yang lalu, saya merasmikan penyerahan bantuan peralatan perikanan bagi daerah Kota Belud oleh Jabatan Perikanan Sabah di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Seramai 19 keluarga telah menerima pakej bantuan di bawah skim pembangunan kesejahteraan rakyat (SPKR), jenis peralatan ialah 1 buah bot fibreglass, 1 unit enjin sangkut 9.8 kuasa kuda, 10 utas pukat tangsi, 1 unit kotak ikan berinsulasi 100 liter isipadu, 1 unit GPS dan lain-lain peralatan. Seramai 11 keluarga lagi menerima bantuan di bawah program sokongan peningkatan pendapatan nelayan (PSPPN) jenis peralatan ialah Enjin Sangkut dan Kotak berinsulasi. Seramai 10 keluarga lagi menerima bantuan peralatan pemprosesan di bawah program mempelbagai dan menambah pendapatan petani penternak dan nelayan. Jumlah keseluruhan penerima bantuan pada hari ini adalah seramai 50 keluarga. Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah perikanan Negeri Sabah En Rayner Datuk Stuel Gelid, Penolong Pengarah En. Saili Hj Lebih, Pegawai Penguasa Perikanan daerah Kota Belud En Lamjah Jukah, Pegawai Kemajuan Rakyat N8 Usukan dan pegawai-pegawai jabatan perikanan daripada ibu pejabat dan daerah.







Pada hari yang sama jam 10.30 pagi saya ke Kampung Pandasan Merasmikan Programe Pemimpin bersama ahli RELA Kawasan DUN N6 Tempasuk. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Senamrobik, Gotong Royong membersih kawasan kampung dan penambahan ahli. Hadir sama dalam majlis ini ialah Lt. Kol. (RELA) Tuan Yakup Zaini, En. Baghdad Terugan Pemimpin Kemajuan Masyarakat Kawasan N6 Tempasuk, En. Siang Sibin CDO Kawasan N6 Tempasuk.









Read more...

Friday, December 25, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua rakan-rakan yang beragama Kristian. Semoga sembutan hari NATAL pada tahun ini akan memberi satu ruang untuk mencari kebaikan dan persamaan yang wujud di dalam jiwa manusia yang inginkan kepada kehidupan yang harmoni dan berkasih sayang.

Read more...

Tuesday, December 22, 2009

PROGRAM TURUN PADANG: BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT UNTUK MENGUBAT KERINDUAN

Hari ini 20/12/2009 saya turun ke Kota Belud selepas 10 hari berada di Luar Negara. Saya begitu rindu kawasan saya dan secara kebetulan telah mendapat dua jemputan kenduri kahwin pada hari ini. Tepat jam 12.30 tengah hari saya sampai ke Kampung Linau, menunaikan jemputan kenduri kahwin cucu kepada arwah Hj Akip, sewaktu di sana saya berjumpa dengan saudara Idris Hj Nanti pegawai perhubungan parlimen P 169 Kota Belud. Selepas menjamu selera saya dan Idris beredar ke satu lagi kenduri kahwin di kg. Taun Gusi ia itu anak Setih Matnor.


Selesai kenduri kahwin, seperti biasa saya membawa Idris meninjau projek-projek pembangunan yang sedang di laksanakan di kawasan saya (Tempasuk). Saya menghubungi saudara Mad Hj Jeragan seorang petani di kampung kesapang, kebetulan beliau ada di rumah dan membawanya bersama meninjau kemajuan projek Jelapang Padi dekat kampung kesapang.

Sewaktu dalam perjalanan balik Mad Hj Jeragan memberitahu saya bahawa ada seorang penduduk kampung di Kesapang yang tinggal di rumah yang cukup daif, lantas saya terus mengambil keputusan untuk berkunjung ke rumah keluarga tersebut iaitu Asli Gunak.



Di atas gambar kenangan bersama kedua mempelai di Kg. Linau



Di bawah gambar kenangan sewaktu berada di rumah
En Setih Matnor Kg. Taun Gusi



GAMBAR BAWAH : SEDANG MENINJAU PELAKSANAAN PROJEK JELAPANG PADI








PROJEK JELAPANG PADI BERJALAN LANCAR




GAMBAR ATAS : MENZIARAHI KELUARGA MISKIN dan GAMBAR BAWAH : MELAWAT KETUA CAWANGAN UMNO DI KG LABUAN,DATU SELAN DATU HASSAN YANG MENDERITA AKIBAT SERANGAN JANTUNG





Read more...

Saturday, December 19, 2009

PELANCARAN 1 MALAYSIA BEST WEEK DI MOROCCO

Pada 11hb. Dis 2009, Jam 3.00 petang, Y.B Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia melancarkan 1 Malaysia Best week di Pasar Raya Aswak Alsalam, Rabat Morocco. Programe ini dianjurkan oleh KOMITA (Konsortium Usahawan Makanan Dan Industri Asas Tani Sdn.Bhd.) dengan kerjasama MOA, MITI, FAMA, MARA, MATRADE & SME CORP. MALAYSIA. Tujuannya ialah untuk mempermosikan produk asas tani & makanan Malaysia dipasaran Luar Negara. Morocco adalah merupakan pasaran baru bagi produk tempatan Malaysia, Pasar Raya ASWAK ASSALAM merupakan Pasar Raya kedua terbesar di Morocco telah menjalinkan kerjasama dengan KOMITA sebagai pengedar produk Malaysia di Morocco.

Antara delegasi yang turut serta bersama dalam rombongan Y.B. Datuk Seri Menteri selain daripada saya ialah Dato' Mohd Hasim Bin Abdullah Timbalan ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (Pembangunan Asas Tani), Y.B Dato' Yunus Rahmat Exco Pertanian Negeri sembilan, Dato' Hj Abd.Malik bin Hj Mohd Amin Pegawai Khas Kepada Menteri, Dato' Zuraidah Atan Pengerusi FAMA Corporation Sdn Bhd. (FAMACO ) En. Mansor Bin Omar (Pengarah Kanan FAMA).

Dalam kesempatan ini saya telah berjumpa dengan seorang ahli Koprat bumiputra dari Malaysia iaitu En Baharin Ayob President Al - Hidayah Group yang telah berjaya dalam bidang perniagaan, menjadi Pemaju Perumahan di Morocco. katanya beliau suka kalau lebih ramai rakyaat malaysia yang datang mencari peluang perniagaan di sana yang penting kita menjaga nama baik negara kita, kerana kerajaan morocco amat menghormati malaysia disebabkan hubungan sejak zaman Dr.Mahathir menjadi PM, dan pengurusan jemaah haji yang terbaik oleh tabung haji di tanah cuci.


Gambar di bawah ialah sewaktu pelancaran 1 MALAYSIA BEST WEEK
di Pasar raya ASWAK ASSALAM

Gambar di atas bersama Datuk Othman Samin Duta Malaysia di Morocco


Gambar di atas bersama dari kiri Hisham Ben Brahim
Y.B Datuk Seri Noh Omar dan Dato' Zuraidah Atan

Gambar di atas, di tengah En. Baharin Ayob President
Al-Hidayah Group dan di Sebelahnya Y.B Dato' Yunus Rahmat



Gambar di atas bersama Hicham Ben Brahim
Pengurus Besar Pasar Raya Aswak Assalam


Gambar di atas bersama Pengerusi Eksekutif KOMITA
En Hj. Sheikh Ahmad Dusuki





Pada sebelah malam rombongan kami makan malam bersama pelajar Malaysia di rumah kediaman Duta Malaysia di Morocco.


Gambar bersama Chef Liza Zainol di rumah kediaman Duta Malaysia


Gambar kenangan di Rumah Kediaman Duta Malaysia




Pada 12hb. Dis. 2009 jam 10.30 pagi, rombongan kami bertolak dari Rabat ke Casablanca. Sebelum itu kami diberi taklimat oleh Nasional Institute of Agronomic Research (INRA) di Pejabatnya di Rabat. Taklimat diberikan oleh Pengarah INRA Professor Mohammed Badraoui


Gambar di atas, di sebelah kiri saya Pengarah INRA
Professor Mohamed Badraoui.


Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP