Tuesday, December 22, 2009

PROGRAM TURUN PADANG: BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT UNTUK MENGUBAT KERINDUAN

Hari ini 20/12/2009 saya turun ke Kota Belud selepas 10 hari berada di Luar Negara. Saya begitu rindu kawasan saya dan secara kebetulan telah mendapat dua jemputan kenduri kahwin pada hari ini. Tepat jam 12.30 tengah hari saya sampai ke Kampung Linau, menunaikan jemputan kenduri kahwin cucu kepada arwah Hj Akip, sewaktu di sana saya berjumpa dengan saudara Idris Hj Nanti pegawai perhubungan parlimen P 169 Kota Belud. Selepas menjamu selera saya dan Idris beredar ke satu lagi kenduri kahwin di kg. Taun Gusi ia itu anak Setih Matnor.


Selesai kenduri kahwin, seperti biasa saya membawa Idris meninjau projek-projek pembangunan yang sedang di laksanakan di kawasan saya (Tempasuk). Saya menghubungi saudara Mad Hj Jeragan seorang petani di kampung kesapang, kebetulan beliau ada di rumah dan membawanya bersama meninjau kemajuan projek Jelapang Padi dekat kampung kesapang.

Sewaktu dalam perjalanan balik Mad Hj Jeragan memberitahu saya bahawa ada seorang penduduk kampung di Kesapang yang tinggal di rumah yang cukup daif, lantas saya terus mengambil keputusan untuk berkunjung ke rumah keluarga tersebut iaitu Asli Gunak.



Di atas gambar kenangan bersama kedua mempelai di Kg. Linau



Di bawah gambar kenangan sewaktu berada di rumah
En Setih Matnor Kg. Taun Gusi



GAMBAR BAWAH : SEDANG MENINJAU PELAKSANAAN PROJEK JELAPANG PADI








PROJEK JELAPANG PADI BERJALAN LANCAR




GAMBAR ATAS : MENZIARAHI KELUARGA MISKIN dan GAMBAR BAWAH : MELAWAT KETUA CAWANGAN UMNO DI KG LABUAN,DATU SELAN DATU HASSAN YANG MENDERITA AKIBAT SERANGAN JANTUNG





3 comments:

Anonymous,  December 23, 2009 at 10:21 PM  

salam...
terima kasih yang tidak terhingga diatas keperihatinan YB Datuk kerana sudi menziarahi ayahanda saya,Datu Selan bin Datu Hassan.
semoga Allah memberkati dan merahmati YB Datuk.
Salam.

Seliu Liu December 28, 2009 at 8:52 AM  

Datuk adalah bukti pemimpin sejati, yang berjuang bukan saja di DUN Tempasuk malah di DUN Usukan...

Semoga Allah memberkati...

Anonymous,  January 4, 2010 at 7:30 PM  

Inilah pemimpin yang sejati..mohon juga Datuk agar masalah air di kawasan tinggi..iaitu perkampungan Botung hingga ke Kg Kondis..selalu ada masalah air..saya sempat menziarahi keluarga di sana sewaktu cuti krismas dulu..selama 3 hari saya di sana..air paip tiada..menyebabkan masalah kepada penduduk di sana apatah lagi sewaktu ada majlis..mereka terpaksa pergi ke sungai Tambulian untuk mengambil air...harap dengan keperihatinan datuk agar dapat merujuk ke Jabatan yang berwajib kerana saya difahamkan beberapa juga orang dri kg ini pergi mengaju masalah ini..tapi nampaknya, yalah masalah tu mungkin tidak diambil perhatian atau ada masalah lain..terima kasih datuk..saya adalah pembaca blog datuk yang setia...

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP