Monday, October 26, 2009

TAKLIMAT DAN MELAWAT TAPAK PELAKSANAAN JELAPANG PADI





















Hari ini (21/10/2009) jam 9.30 pagi saya berada di pejabat JPS Kota Belud meminta taklimat berhubung dengan kemajuan perlaksanaan aktiviti di bawah pelan peningkatan pengeluaran beras Negara tahun 2009. Sebanyak 72 projek penyelangaraan / pembangunan infrastruktur pengairan & saliran yang telah diluluskan untuk Daerah Kota Belud pada tahun 2009 ini. Daripada jumlah itu saya dimaklumkan 49 projek telah siap dan 23 projek masih dalam pembinaan. Setakat ini saya berpuas hati melihat perkembangan ini, kerana saya mendapat maklum balas daripada masyarakat petani bahawa mereka cukup gembira dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, bilamana kemudahan asas mereka diperbaiki termasuklah pembinaan jalan-jalan ke kawasan sawah padi mereka. Kalau dulu mereka terpaksa berjalan kaki mengangkat baja, benih padi sehingga satu kilometer jauhnya tetapi dengan adanya kemudahan ini mereka boleh mengunakan kenderaan.

Selepas mendengar taklimat, saya menyeruh kepada pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat supaya terus berkerja dengan penuh dedikasi, sering turun ke padang membantu petani dan tidak melenga-lengakan masa untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Saya juga menyeru agar pihak JPS dan Jabatan Pertanian merancang program untuk tahun 2010, memandangkan masih terdapat kawasan yang tersedia menghadapi masalah saliran dan pengairan. Apa yang saya mahu di kawasan yang tersedia terus di bantu sementara menunggu Jelapang Padi Kota Belud dilaksanakan sepenuhnya.

Pada jam 11.30 pagi saya melawat tapak pelaksanaan projek JELAPANG PADI KOTA BELUD fasa pertama di Kg. Keguraan. Projek yang menelan belanja 71.5 juta melibatkan kawasan 1,382 hektar dijangka siap awal tahun 2011. Hadir sama Stephen Joseph, Pegawai pertanian kanan dan Siraja Bashora, Jurutera kanan Jabatan Pengairaan dan Saliran Kota Belud serta kakitangan unit pembangunan kemajuan rakyat kawasan Tempasuk.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP