Sunday, January 31, 2010

30 JUTA LAGI PERUNTUKAN DILULUSKAN BAGI MENAIK TARAF SISTEM PENGAIRAN DI DAERAH KOTA BELUD

Khamis 28/01/2010 :Saya menghadiri perjumpaan dan dialog bersama petani dan tuan-tuan tanah yang terlibat dalam Projek Rancangan Pengairan dan Saliran Di Daerah Kota Belud Pakej 1B – “CONSTRUCTION OF PIPES, PUMP HOUSE AND OTHER ASSOCIATED AT KG. TAWADAKAN, TAMAU, KOTABUNGAN AND OTHERS AT KOTA BELUD”.

Projek yang bernilai lebih kurang 30 Juta ini dan melibatkan 2,500 ekar kawasan tanah sawah dibayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah peruntukan Dasar Jaminan Makanan Negara. Status projek ini sekarang, telahpun di tender dan kini dalam peringkat analisis, ianya akan dilaksanakan pada bila-bila masa dan dijangka siap pada awal tahun 2011. Dengan siapanya projek ini nanti, tentunya akan dapat membantu menyelesaikan masalah pengairan di kawasan ini.

Kawasan Tamau, Taudakan, Kotabungan, Pintasan merupakan kawasan yang mana keadaan tanahnya bercampur pasir menyebabkan ianya terlalu cepat meresap air. Justeru kerajaan membina sistem pengairan mengunakan paip lebih kurang 3’ kaki bulatan dan memasang tiga buah rumah pum serta membina jalan-jalan ladang. Saya mengharapkan kepada para petani yang tanahnya terlibat dalam perlaksanaan projek ini dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak kerajaan, memandangkan peruntukan besar yang disalurkan kerajaan ini adalah hasil rentihan petani di daerah ini, dan selaras dengan programe menjadikan kota belud sebagai kawasan jelapang padi pertama di Negeri Sabah.
Projek yang berimpak tinggi ini diharapkan mampu meningkatkan pengeluaran padi di negeri sabah dalam masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan para petani di daerah ini.

Majlis dialog pada hari ini berjalan dengan lancar dan tidak banyak persoalan dikemukakan oleh para petani yang terlibat, rata-rata menyatakan rasa terima kasih kepada kerajaan BN, mereka tidak pernah menyangka bahawa mereka boleh memperolehi kemudahaan yang canggih seperti ini. Hadir sama dalam majlis ini ialah Penolong Pengarah Kanan JPS Kota Kinabalu Ir.Charles Yeo, Jurutera Kanan JPS Kota Belud Ir.Siraja Hj Bashora, PKR Kawasan Tempasuk En Baghdad Terugan.














Read more...

Thursday, January 28, 2010

TURUN PADANG MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB

Pada 23hb Januari yang lalu, saya mengambil kesempatan untuk melawat kawasan saya, untuk melihat sendiri kesan banjir dibeberapa buah kampung yang terlibat. Walaupun saya telah mengarahkan Pegawai Daerah, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan dan Unit PKR saya, melaporkan kemudahan asas yang terjejas atau rosak ekoran daripada bencana banjir yang telah melanda Kota Belud baru-baru ini, namun saya sendiri turun ke padang untuk menyeksikan sendiri kemudahan-kemudahan asas dibeberapa buah kampung yang rosak akibat banjir itu.


Gambar dibawah: Sebelum saya melawat kampung, saya berkesempatan menziarahi rumah arwah Jemun di kampung Taun Gusi yang telah kembali ke rahmatullah pada hari semalam dan dikebumikan pada hari ini. “Innalillahi wainna ilaihi rajiuu’n.... Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-nya jualah kita kembali.

Meninjau keadaan Saliran di kampung Pintasan

Gambar di bawah, sedang berbual dengan penduduk kampung Kotabungan kebetulan KK Maula Ketua Kampung Kotabungan dan Pegawai Kebajikan Masyarakat ada disitu.




Gambar di bawah adalah anak Jamatul di kampung Merabau yang terpaksa mengunakan perahu untuk menyeberang kerana jambatan lorong kaki ke rumah mereka telah dihanutkan air banjir.





Read more...

Tuesday, January 19, 2010

BERSAMA RAKYAT DALAM SUKA DAN DUKA

Pada pagi 17/01/2010 iaitu hari kedua, saya meninjau keadaan banjir di Kota Belud, gambar di bawah keadaan banjir di jalan raya Kudat bypass sekitar kampung Jawi-Jawi dan Labuan.




Jam 11.00 pagi, saya melawat mangsa banjir dipusat pemindahaan Dewan SMK Taun Gusi. Gambar di bawah sedang berbincang dengan pegawai-pegawai yang bertugas memestikan bantuan kepada mangsa disegerakan.







Jam 2.00 petang saya menghadiri kenduri 7 hari arwah KK Nordin Nanti di Kampung Taun Gusi



Jam 3.00 Petang menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Bencana Alam Daerah di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Belud.




Jam 4.40 petang saya meninjau keadaan banjir disekitar kampung Labuan dan Wakap.




Saya telah dihubungi oleh seorang penduduk kampung Merabau yang mengatakan perhubungan jalan raya di kampung mereka terputus disebabkan pokok kayu tumbang di atas jalan raya, lalu saya terus ke lokasi untuk melihat sendiri keadaan itu. Saya telah meminta bantuan daripada JKR dan alhamdulillah sekitar jam 6.30 petang JKR datang membantu untuk membersihkan pokok kayu itu.




Read more...

Sunday, January 17, 2010

KOTA BELUD DI LANDA BENCANA BANJIR













Pagi ini 16hb. Januari, saya sepatutnya merasmikan Sambutan Maal Hijrah jam 8.45 pagi peringkat Daerah di Dewan Masyarakat Kota belud, memandangkan Kota Belud telah di landa bencana banjir sejak semalam dan jalan raya terputus hubungan dibeberapa tempat, setelah berbincang dengan Pegawai Daerah dan kami telah sepakat menunda majlis itu untuk memberi tumpuan kepada menyelamat mangsa banjir. Saya telah mengarahkan Pegawai Daerah membuka bilik gerakan banjir daerah dan meminta supaya Dewan Masyarakat Kota Belud dan SMK Taun Gusi dibuka sebagai pusat penampatan mangsa banjir dari beberapa buah kampung di Daerah KB.

Jam 9.30 pagi saya melawat mangsa banjir dari kampung Penampang dan kegurahaan di Balai Raya Kg Pandasan dan seterusnya melawat beberapa buah kampung yang terlibat. Saya telah meminta supaya semua mangsa di pindahkan ke SMK Taun Gusi untuk memudahkan pengurusan. Pejabat Daerah, Bomba, Polis, Rela, Jabatan Kebajikan, Bulan Sabit merah dan semua pemimpin-pemimpin masyarakat saya telah arahkan bertugas memindahkan mangsa banjir dan memantau kampung-kampung yang terlibat dan melaporkan kepada bilik gerakan daerah kiranya mereka memerlukan bantuan. Setakat jam 11.00 malam ini, 191 0rang dari beberapa buah kampung telah dipindah ke pusat pemindahan di SMK Taun Gusi dan di Dewan Masyarakat Kota Belud adalah seramai 131 orang. Kemungkinan jumlah ini akan bertambah besar sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP