Sunday, January 17, 2010

KOTA BELUD DI LANDA BENCANA BANJIR













Pagi ini 16hb. Januari, saya sepatutnya merasmikan Sambutan Maal Hijrah jam 8.45 pagi peringkat Daerah di Dewan Masyarakat Kota belud, memandangkan Kota Belud telah di landa bencana banjir sejak semalam dan jalan raya terputus hubungan dibeberapa tempat, setelah berbincang dengan Pegawai Daerah dan kami telah sepakat menunda majlis itu untuk memberi tumpuan kepada menyelamat mangsa banjir. Saya telah mengarahkan Pegawai Daerah membuka bilik gerakan banjir daerah dan meminta supaya Dewan Masyarakat Kota Belud dan SMK Taun Gusi dibuka sebagai pusat penampatan mangsa banjir dari beberapa buah kampung di Daerah KB.

Jam 9.30 pagi saya melawat mangsa banjir dari kampung Penampang dan kegurahaan di Balai Raya Kg Pandasan dan seterusnya melawat beberapa buah kampung yang terlibat. Saya telah meminta supaya semua mangsa di pindahkan ke SMK Taun Gusi untuk memudahkan pengurusan. Pejabat Daerah, Bomba, Polis, Rela, Jabatan Kebajikan, Bulan Sabit merah dan semua pemimpin-pemimpin masyarakat saya telah arahkan bertugas memindahkan mangsa banjir dan memantau kampung-kampung yang terlibat dan melaporkan kepada bilik gerakan daerah kiranya mereka memerlukan bantuan. Setakat jam 11.00 malam ini, 191 0rang dari beberapa buah kampung telah dipindah ke pusat pemindahan di SMK Taun Gusi dan di Dewan Masyarakat Kota Belud adalah seramai 131 orang. Kemungkinan jumlah ini akan bertambah besar sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

7 comments:

admin January 17, 2010 at 3:44 PM  

salam tuan rumah,

banjir semakin teruk dkmarudu juga..

Unknown January 18, 2010 at 11:58 AM  

salam datuk, tanggungjawab sebagai ADUN terlaksana dengan baik dan sempurna dengan menangguhkan program Maal Hijrah dengan menumpukan kepada menangani masalah rakyat yg ditimpa bencana alam.

Saya turut sedih dengan nasib yg melanda petani yg kehilangan hasil tanaman. mohon juga pihak kementerian dan pihak YB datuk membantu dari segi pampasan kepada mereka.

Saya yakin perkara ini telah termasuk dalam perancangan Datuk.

Terima Kasih.
Salam MO

Mustapha Sakmud January 18, 2010 at 3:58 PM  

Assalamualaikum YB Datuk,

Perlu buat kajian kenapa banjir berlaku dan penyelesaian perlu di cari. Jangan sampai menjejaskan idea Jelapang Padi YB Datuk.

Mohd Amini January 19, 2010 at 7:29 AM  

Salam Yb Datuk,Bencana Banjir adalah cabaran paling besar kepada kepimpinan Datuk. Rakyat Tempasuk sentiasa menilai keperihatinan Datuk untuk menangani masalah mereka. Semangat turun padang meninjau keadaan banjir disekitar kawasan Tempasok itu amat dihargai dan dipuji oleh rakyat.

Anonymous,  January 19, 2010 at 11:55 AM  

salam... tahniah datuk kerana tanggungjawab di jalankan sebaik,cuma saya di sini kita juga seharusnya melihat kebajikan para anggota penyelamat yang khusus didatangkan dari daerah luar kerana jasa dan bakti mereka amat dihargai kerana sanggup datang dari jauh untuk tugasan yang di beri jadi sewajarnya pihak jawatankuasa bencana sebaiknya menyediakan penginapan kepada mereka kerana saya lihat mereka ini betuk-betul bersunguh -sunguh membantu orang awam sepanjang bencana ini...dan saya ucapkan juga berterima kasih kepada semua yang terlibat..salam

ADUN TEMPASUK January 20, 2010 at 12:06 PM  

Terima Kasih atas komen dan pandangan anda semua...saya akan ambil perhatian.
Berhubung dng kebimbangan sdr Mustapha mengenai masalah yang bakal menimpah Jelapang Padi sekiranya banjir seperti ini berlaku, sudah diambil kira dalam Master Plan Jelapang Padi Kota Belud dengan peruntukan 1B.

Mustapha Sakmud January 20, 2010 at 1:02 PM  

Terimakasih dengan maklumat MasterPlan Jelapang Padi. Kami akan sentiasa menyokong Perancangan dan perlaksanaan idea Jelapang Padi untuk memastikan masyarakat KB dan generasi seterusnya mendapat manafaat. Tahniah dan teruskan perjuangan murni YB Datuk.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP