Tuesday, January 19, 2010

BERSAMA RAKYAT DALAM SUKA DAN DUKA

Pada pagi 17/01/2010 iaitu hari kedua, saya meninjau keadaan banjir di Kota Belud, gambar di bawah keadaan banjir di jalan raya Kudat bypass sekitar kampung Jawi-Jawi dan Labuan.




Jam 11.00 pagi, saya melawat mangsa banjir dipusat pemindahaan Dewan SMK Taun Gusi. Gambar di bawah sedang berbincang dengan pegawai-pegawai yang bertugas memestikan bantuan kepada mangsa disegerakan.







Jam 2.00 petang saya menghadiri kenduri 7 hari arwah KK Nordin Nanti di Kampung Taun Gusi



Jam 3.00 Petang menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Bencana Alam Daerah di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Belud.




Jam 4.40 petang saya meninjau keadaan banjir disekitar kampung Labuan dan Wakap.




Saya telah dihubungi oleh seorang penduduk kampung Merabau yang mengatakan perhubungan jalan raya di kampung mereka terputus disebabkan pokok kayu tumbang di atas jalan raya, lalu saya terus ke lokasi untuk melihat sendiri keadaan itu. Saya telah meminta bantuan daripada JKR dan alhamdulillah sekitar jam 6.30 petang JKR datang membantu untuk membersihkan pokok kayu itu.




8 comments:

SABAHKITA January 19, 2010 at 11:42 AM  

Tahniahlah Datuk,
Semoga jasa dan pengorbanan ikhlas akan dapat balasan yang setimpal dari Allah Subhana wataala.

Ujian banjir ini kepada masyarakat Kota Belud pastinya menebalkan semangat mereka untuk mrnghadapi hari-hari yang mendatang dengan redha.

Tugas berat yang menanti ialah menilai semula kerugian para petani kita dan kerosakan harta benda mereka.

M.Rakunman January 19, 2010 at 2:50 PM  

http://one-kotabelud.blogspot.com/2010/01/akibat-banjir-kota-belud-belang.html

sila layari datuk

musli oli January 19, 2010 at 4:34 PM  

salam YB Datuk,

sehari yg dipenuhi tanggungjawab sebagai seorang Wakil Rakyat, Pemimpin, Sahabat dan Saudara mara kepada rakyat yang diwakili....

Tahniah setinggi-tingginya.

salam MO

kelapa mawar January 19, 2010 at 7:58 PM  

Salam Hormat datuk..

Tahniah atas keperhatinan datuk dengan mangsa-mangsa banjir sehingga sanggup turun meninjau perkampungan yang terjejas. Semoga jasa baik Datuk akan sentiasa di kenang oleh penduduk KB.

Mohd Amini January 19, 2010 at 11:01 PM  

Salam Datuk. Ringan sama dijinjing berat sama dipikul merupakan amalan tradisi masyarakat kampong.Bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh mesti dipegang dan diamalkan sebagai akar tunjang perjuangan.Demikian juga orang berbudi kita berbahasa agar ikatan persaudaran dan persahabatan tetap utuh.Budi yang baik tetap dikenang dan jasa pengorbanan tetap disanjung.Bila rakyat diutamakan,rakyat dibela,rakyat dipelihara sudah tentu rakyat membalas dengan sokongan padu.

Pendekar Tua January 20, 2010 at 7:49 AM  

salam Datuk..

saya rasa cadangan sdri KM dlm blognya supaya Ahlijawatankuasa bencana Alam KB mempunyai senarai no.tel.ketua2 kg dan JKKK boleh dilakukan untuk mengetahui perkembangan terbaru di kawasan kampung yg terlibat di landa banjir...

Datuk harus dijadikan contoh kp pemimpin lain di KB..

selamat berkhidmat kp rakyat..

rojokobog January 22, 2010 at 11:29 AM  

Salam Datuk,
Dengar ceta mangsa di Kg Taun Gusi 1 (pugun) tak dapat bantuan makanan semasa banjir, mereka berhampiran sungai tu YB...

ADUN TEMPASUK January 27, 2010 at 12:37 AM  

Terima atas kunjungan sahabat-sahabat...Saya hanya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan seikhlasnya dan sekadar apa jua yang termampu oleh saya, kepada sdr saya rojokobog...bantuan makanan hanya diberikan kepada mangsa yang berpindah kepusat pemindahan sementara, bagaimanapun kiranya ada kerosakan tanaman dan harta benda jwtkuasa bencana alam daerah telah mengarahkan supaya mangsa melaporkan kepada polis dan pejabat daerah.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP