Monday, June 21, 2010

MERASMIKAN PESTA KAAMATAN ANJURAN PERSATUAN TOBILUNG BERSATU SABAH (TOBISA)

Hari ini 28hb mei 2010, saya merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan yang dianjurkan oleh Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA) diadakan di Rumah Kebudayaan Tobilung Kg. Timbang Kota Belud.

Dalam ucapan Presiden (TOBISA) En Muji Nc Ampau juga merupakan Jurutera Daerah JKR Daerah Pitas dan juga Ketua Bahagian Upko Kota Belud, beliau mengucapkan terima kasih kepada saya dan Kerajaan Barisan Nasional kerana telah meluluskan peruntukan Jalan Raya daripada Kg Timbang menuju ke kg. Dudar di mana kebanyakan penduduknya terdiri daripada suku kaum Tobilung. Dengan siapnya Jalan Raya ini nanti, bukan saja ianya memberi kemudahan prasarana yang lebih selesa kepada rakyat tetapi dalam masa yang sama ianya akan turut membangunkan sosio ekonomi rakyat, oleh kerana YB kita ini mempunyai agenda yang cukup jelasa dalam perjuangannya untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan sekali gus mengeluarkan rakyaat daripada belenggu kemiskinan melelui projek ekonomi seperti Jelapang Padi dan Agropolitan Kota Belud. Saya harap YB dapat melihat potensi daerah mengundi dudar ini daripada sudut pembangunan ekonomi.

Jalan Raya ini, saya telah umumkan kelulusannya pada tahun lalu ketika merasmikan perayaan yanga sama dan di tempat yang sama, memandangkan peruntukan Jalan Raya ini sudah lama di tunggu oleh penduduk beberapa kampung yang terlibat. Sekarang mereka merasa lega kerana Jalan Raya yang dimaksudkan itu telahpun mula dilaksanakan pada bulan april yang lalu dan dijangka siap pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak 37 juta. Saya juga telah memberi keutamaan projek sambungan Jalan Raya Dudar, Taburan, Mendawang dalam pelaksanaan projek NKRA
.



Posted by Picasa

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP