Sunday, April 04, 2010

TAKLIMAT TENTANG KAJIAN MULTIPURPOSE DAM KOTA BELUD

Baru-baru ini saya hadir di majlis taklimat berhubung dengan FEASIBILITY STUDY AND PRELIMINARY ENVIRONMENAL IMPACT ASSESSMENT FOR A MULTIPURPOSE DAM ON SG. KADAMAIAN AND/OR ITS TRIBUTARIES IN KOTA BELUD, SABAH. Taklimat ini diadakan di Pejabat Daerah Kota Belud, oleh Konsultan Kumpulan (MT) sdn Bhd yang dilantik oleh MOA.

Tujuan kajian cadangan pembinaan multipurpose dam di daerah kota belud ini ialah, untuk bekalan air jangka masa panjang untuk keperluan penduduk daerah kota belud dan industri, Mengurangkan kesan banjir, menjana kuasa, keperluan Jelapang Padi Kota Belud sebagaimana dalam cadangan KB Agriculture Master Plan yang melibatkan tiga kawasan Dun, sebagai tarikan Pelancongan dan memberi peluang Pekerajaan dan Perniagaan kepada penduduk tempatan. Dalam masa yang sama kajian teknikal, kajian alam sekitar dan sentiman penduduk kampung yang terlibat juga diambil kira untuk pihak kerajaan membuat seberang keputusan.

Memandangkan kami difahamkan bahawa ada bantahan dari penduduk kg. Tambatuan berhubung dengan kajian cadangan ini, maka saya dan YB Datuk Herbert Timbun Lagadan mengambil keputusan untuk turun ke padang melawat sendiri kawasan tersebut bersama Pegawai Daerah, Pegawai Polis Daerah, Jurutera JPS Kota Belud dan pihak Konsultan.



Gambar di bawah: Inilah kedudukan Kg. Tambatuan


Gambar di bawah: Berjumpa dengan Sahabat lama saya En. Maikal Rongod Ketua Cawangan Umno Kg. Tambatuan

Gambar di bawah: Melihat sendiri dari atas Jalan Raya kedudukan kg. Tambatuan dan tempat cadangan Dam tersebut.



Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP