Sunday, January 31, 2010

30 JUTA LAGI PERUNTUKAN DILULUSKAN BAGI MENAIK TARAF SISTEM PENGAIRAN DI DAERAH KOTA BELUD

Khamis 28/01/2010 :Saya menghadiri perjumpaan dan dialog bersama petani dan tuan-tuan tanah yang terlibat dalam Projek Rancangan Pengairan dan Saliran Di Daerah Kota Belud Pakej 1B – “CONSTRUCTION OF PIPES, PUMP HOUSE AND OTHER ASSOCIATED AT KG. TAWADAKAN, TAMAU, KOTABUNGAN AND OTHERS AT KOTA BELUD”.

Projek yang bernilai lebih kurang 30 Juta ini dan melibatkan 2,500 ekar kawasan tanah sawah dibayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah peruntukan Dasar Jaminan Makanan Negara. Status projek ini sekarang, telahpun di tender dan kini dalam peringkat analisis, ianya akan dilaksanakan pada bila-bila masa dan dijangka siap pada awal tahun 2011. Dengan siapanya projek ini nanti, tentunya akan dapat membantu menyelesaikan masalah pengairan di kawasan ini.

Kawasan Tamau, Taudakan, Kotabungan, Pintasan merupakan kawasan yang mana keadaan tanahnya bercampur pasir menyebabkan ianya terlalu cepat meresap air. Justeru kerajaan membina sistem pengairan mengunakan paip lebih kurang 3’ kaki bulatan dan memasang tiga buah rumah pum serta membina jalan-jalan ladang. Saya mengharapkan kepada para petani yang tanahnya terlibat dalam perlaksanaan projek ini dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak kerajaan, memandangkan peruntukan besar yang disalurkan kerajaan ini adalah hasil rentihan petani di daerah ini, dan selaras dengan programe menjadikan kota belud sebagai kawasan jelapang padi pertama di Negeri Sabah.
Projek yang berimpak tinggi ini diharapkan mampu meningkatkan pengeluaran padi di negeri sabah dalam masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan para petani di daerah ini.

Majlis dialog pada hari ini berjalan dengan lancar dan tidak banyak persoalan dikemukakan oleh para petani yang terlibat, rata-rata menyatakan rasa terima kasih kepada kerajaan BN, mereka tidak pernah menyangka bahawa mereka boleh memperolehi kemudahaan yang canggih seperti ini. Hadir sama dalam majlis ini ialah Penolong Pengarah Kanan JPS Kota Kinabalu Ir.Charles Yeo, Jurutera Kanan JPS Kota Belud Ir.Siraja Hj Bashora, PKR Kawasan Tempasuk En Baghdad Terugan.














3 comments:

Murai.KB February 3, 2010 at 11:43 AM  

salam datuk

sekolah rendah ugama merabau perlukan tapak dan peruntukan baru bagi meningkatkan infrastruktur sekolah itu. harap di beri perhatian.


salam hormat dr murai.kb

ADUN TEMPASUK February 4, 2010 at 12:06 AM  

Salam Murai KB.....terima kasih atas keperhatinan sdr. Insy-Allah saya akan ambil perhatian

Aeddy Asdy February 5, 2010 at 4:34 PM  

Salam datuk..

Saya cuma nak tanya, bolehkah saya mengadu tentang apa juga hal yang berada di kampung saya yang melibatkan sesetengah penduduk kampung.?

Masalahnya macam ni, selama saya tinggal di kampung saya iaitu kampung kesapang @ kg batu enam, rumah saya dan rumah jiran2 yang lain tidak pernah mendapat bekalan air paip..

Bekalan air yang kami perolehi cuma menggunakan mesin tarik air dari tanah..Kalau dulu airnya masih ok tetapi 2 3 tahun kebelakangna ini airnya seakan bertukar warna kekuning kuningan dan terdapat rasa yg kurang menyenangkan...Kami terpaksa menadah air hujan untuk keperluan masakan dan minuman..

Bagi penduduk yang tinggal berdekatan jalan raya mereka mungkin dapat bekalan air paip tapi bagi penduduk yang tinggal di kawasan yang pelosok kampung tu rasanya bekalan air paip tidak sampai...

Saya tidak tahu sama ada ketua kampung ada menyuarakan tentang masalah ini tapi saya terpaksa menyatakan masalah ini..

Dari::FARIZAL BIN BADRI..

*Harap datuk dapat meneliti masalah ini..
*Terima Kasih...

**Salam Hormat Dan Salam Satu Malaysia dari saya..

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP