Saturday, February 06, 2010

KOTA BELUD PERLU PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI MEMPERBAIKI PRASARANA YANG ROSAK TERUK AKIBAT BANJIR BARU-BARU INI

Hasil lawatan saya ke beberapa buah kampung baru-baru ini selepas banjir melanda Kota Belud, saya dapati beberapa kerosakan berlaku khusnya dari segi kemudahan awam, pertanian, dan hakisan sungai. Setakat ini saya belum dapat laporan penuh berhubung dengan nilai sebenar kerosakan yang dialami, bagaimanpun saya dimaklumkan, Pegawai Daerah Kota Belud dan Ketua-Ketua Jabatan kini sedang memerinci nilai kerosakan sebenar berdasarkan laporan daripada Pengerusi-Pengerusi JKKK yang kampung mereka terlibat dilanda banjir baru-baru ini.

Ada juga kerosakan didapati telah menjejaskan petani contohnya taliair yang terputus di kampung Linau ke kawasan Taun Gusi Peninting yang disiarkan oleh akbar tempatan baru-baru ini. Namun atas tindakan pantas JPS Kota Belud kini ianya telah siap diperbaiki dan sudah boleh digunakan.

Dalam kesempatan pada kali ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada semua yang terlibat bagi membantu mangsa-mangsa banjir baru-baru ini. Terutama sekali kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Ahli Parlimen Kota Belud, Wakil-Wakil Rakyat, Pegawai Daerah Kota Belud, Ketau-Ketua Jabatan, Pasukan Rela Kota Belud, Pemimpin-Pemimpin Masyarakat, Ngo, Media, Orang-orang perseorangan yang telah terlibat baik secara langsung dan tidak langsung. Semoga di atas keperhatinan dan pengorbanan yang anda telah sumbangkan, rakyat kita akan terus hidup dalam keadaan aman dan tenteram.

Gambar di bawah ialah lawatan saya ke Kampung Gunding dan Linau bersama Jurutera Kanan JPS Kota Belud dan Unit PKR Kawasan Tempasuk.



1 comments:

Mustapha Sakmud February 6, 2010 at 9:36 PM  

Tahniah YB Datuk kerana inisiatif yang baik untuk menganalisa kesan banjir. Harap YB Datuk dapat gerakkan Jawatankuasa Khas untuk memikirkan Penyelesaian Jangka Masa Panjang masalah banjir di KB terutama DUN Tempasuk

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP