Wednesday, October 14, 2009

SEHARI SUNTUK: MENJELASKAN FAKTA YANG TIDAK JELAS

MENYAMBUT KETIBAAN KETUA MENTERI YANG PRIHATIN DENGAN TUGAS-TUGAS NEGERI.GAMBAR DIRAKAM SEMASA HARI TERBUKA PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN.




PEGAWAI DAERAH KOTA BELUD,MOHD NAJIB MUNTOK SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN

ORANG KAMPUNG YANG HADIR...SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT PROJEK AGROPOLITAN



EN.DURAHIM SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG KALIBUNGAN ROSOK


WALAUPUN DARI LUAR.....BUKANLAH PENGHALANG RAKYAT UNTUK MENDENGAR MAKLUMAT SEBENAR TENTANG PROJEK AGROPOLITAN



DIKERUMUNI MASYARAKAT KAMPUNG UNTUK MENDENGAR PERSOALAN MEREKA.DIALOG INI PENTING UNTUK MENJELASKAN KEKELIRUAN




PENGERUSI JKKK SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN.KEKELIRUAN RAKYAT HARUS DIPERBETULKAN



DI DEWAN KALIBUNGAN ROSOK MENDENGAR TAKLIMAT....MASYARAKAT KAMPUNG KOMITED MENDENGAR TAKLIMAT DAN FAKTA SEBENAR




SEMASA MENGHADIRI MAJLIS HARI RAYA BERNAS DI PASIFIC SUTERA BALLROOM



BERSAMA DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSEIN ( TENGAH )


BERSAMA KETUA MENTERI SEMASA MELAWAT PAMERAN DI PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN DI TUARAN



BERSAMA TETAMU KEHORMAT YANG LAIN. SEDANG MENDENGAR UCAPAN DAN AMANAT KETUA MENTERI SABAH



SEMASA MENUNGGU KETIBAAN Y.A.B KETUA MENTERI SABAH.




Pagi ini (8hb. Okt.2009) jam 8.00 pagi saya berada di Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran, Sempena Hari Terbuka Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran yang di rasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman Ketua Menteri Sabah. Dalam majlis yang sama YAB juga melancarkan Varitei Padi baru TR 8 (SERI AMAN) yang dikategori bermutu tinggi dari segi kualiti makanan dan mempunyai potensi hasil tinggi, berdasarkan kajian di pusat ini dan kajian kesesuaian dibeberapa daerah utama penanaman padi di Negeri Sabah, variety TR 8 (Seri Aman) memiliki daya tahan terhadap penyakit-penyakit utama serta mempunyai sifat-sifat dan kualiti yang baik. Berdasarkan fakta-fakta ini maka variety ini sesuai disyorkan untuk diperkenalkan kepada petani agar ianya dapat menyumbang dalam program peningkatan pengeluaran padi di Negeri Sabah.

Selesai majlis ini, saya dan YB Datuk Seri Pangelima Yahya Husin (Menteri Pertanian & Industri Makanan Negeri Sabah) beredar ke Majlis Hari Raya terbuka anjuran Bernas di Hotel Pan Pasifik , sampai di situ jam pukul 11.40 pagi kami di sambut oleh Pengurus Besar Bernas Wilayah Sabah En Amiruddin Ahmad Tajuddin dan kakitangannya.

Pada jam 2.30 petang hari yang sama, saya ke Kg. Kalibungan Rosok hadir di majlis penerangan dan dialog, bersama pemimpin-pemimpin masyarakat dari daerah mengundi rosok serta penduduk kg Kalibungan. Majlis ini dianjurkan oleh jabatan penerangan daerah kota Belud berhubung dengan perlaksanaan PROJEK AGROPOLITAN di kawasan tersebut. Hadir sama Mohd Najib Muntuk (Pegawai Daerah Kota Belud), Pegawai Penarangan Daerah Kota Belud( Encik Durahim ), OKK Hj Masrin Asin (Ketua Daerah Kota Belud) dan Ketua-Ketua Jabatan.
En Dangkulap Sadah (Pengerusi JKKK Kg Kelibungan) memulakan ucapan, antara kekeliruan penduduk kampung yang dikatakan oleh Pengerusi JKKK, “ konon ada orang kata bahawa tanah mereka akan diambil oleh kompeni, kedua perumahan yang akan di bina di kawasan itu di isi oleh orang Filipin”. Sewaktu mendengar ucapan Dangkulap Sadah saya rasa amat sedih, “sudahlah orang kampung susah disogokkan lagi dengan maklumat yang salah sehingga menyebabkan orang kampug marah dengan pemimpin dan kerajaan yang membela nasib mereka”.

Dalam ucapan Pegawai Daerah menerangkan bahawa tidak timbul soal penempatan orang dari Filipin dan tanah di ambil oleh kompeni, projek Agropolitan ini adalah projek kerajaan bertujuan untuk membasmi kemiskinan di daerah Kota Belud, peserta dipilih daripada penduduk tempatan daripada kg. berdekatan yang di kategorikan sebagai rakyaat miskin tegar. Perumahan dibina akan diberi percuma kepada peserta. Soal status tanah tidak akan diberi geran oleh kerajaan kepada peserta, Kawasan tapak projek hanya diwartakan sebagai kawasan untuk membasmi kemiskinan sehingga sampai masanya kerajaan berpuas hati dengan kejayaan projek tersebut. Kerajaan berbuat begitu kerana khuatir sekiranya tanah diberi milik takut ianya akan ditukar milik (dijual) kepada orang yang tidak layak, kalau ini terjadi sudah tentu program ini tidak akan mencapai matlamatnya. Katanya lagi kerajaan memberi jaminan bahawa para peserta akan mendapat pendapatan diantara Rm 1,000 – 1,500.00 sebulan daripada pelbagai projek ekonomi yang dilaksanakan untuk membolehkan mereka terkeluar daripada garis kemiskinan, sesungguhnya usaha murni kerajaan dan pemimpin yang membawah Projek Agropolitan dibawah dasar membasmi kemiskinan ini ke daerah kota Belud patut diberi sokongan oleh rakyat katanya disambut dengan tepukan gemuruh oleh yang hadir.

Dalam ucapan saya, pertamanya saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Penerangan dan Pengerusi JKKK serta jawatankuasanya kerana telah menganjurkan majlis ini. Dengan adanya majlis ini kita dapat menerangkan dasar-dasar kerajaan sekali gus membekalkan rakyat dengan maklumat yang betul. PROJEK AGROPOLITAN DAN JELAPANG PADI KOTA BELUD adalah projek yang mempunyai impak yang tinggi dari segi peningkatan ekonomi rakyat, selain daripada memberikan sumber pendapatan kepada peserta Agropolitan dan petani, Projek ini akan membuka peluang pekerajaan dan peluang perniagaan yang baru kepada generasi muda yang terdiri daripada anak-anak kita, kerana adalah dianggarkan lebih kurang 200 juta wang akan berlegar di daerah Kota Belud pada setiap tahun hasil daripada kedua-dua projak ini yang akan menjadi sumber pendapatan rakyat di daerah ini, Pada saya tidak ada ertinya kita mempunyai bangunan-bangunan kerajaan yang cantik, jalanraya yang baik, pemimpin berjawataan tinggi dalam kerajaan kalau sekiranya rakyaat terus hidup melarat.

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu rakyat kita yang masih hidup dalam belenggu kemiskinan, mereka juga insan biasa yang ingin menikmati kehidupan yang lebih selesa, mereka juga mempunyai anak-anak yang mampu mencurahkan khidmat bakti kepada negara sekiranya nasib mereka terbela. Jangan sama sekali halang projek untuk mereka kerana ini sahajalah satu-satunya harapan bagi mereka untuk menekmati kehidupan yang lebih selesa. Selaku wakil rakyat di kawasan ini saya akan terus berjuang untuk membela nasib rakyaat, selaras dengan amanah yang diberikan kepada saya, berilah saya masa, berilah saya peluang, untuk membuktikan bahawa walaupun kita dilahirkan dalam kemiskinan berkat keikhlasan kita dalam perjuangan kita mampu merobah zaman, sesungguhnya perjuangan kita masih belum selesai.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan negeri di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku perdana Menteri Malaysia dan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman selaku Ketua Menteri Sabah, kerana telah meluluskan peruntukan yang besar kepada kawasan Tempasuk, yang kita perjuangkan untuk kepentingan rakyat, Selain daripada Projek Agropolitan dan Projek Jelapang Padi fasa pertama, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan MENAIK TARAF JALANRAYA LUAR BANDAR ke kg. Rosok, Jalan raya daripada Kg.Timbang menuju Kg. Sarang dan Kg. Dudar, Jalan raya Kg Sangkir, MEMBINA SEKOLAH BARU SMK Taun Gusi 2, SK Rosok, SK Tamau, SK Jawi-Jawi, Menaik taraf Kompleks sukan kg. Botong, membina beberapa buah jalan raya gravel ke kawasan Sawah padi dan menyelanggara sistem pengairan dan saliran, membina Pum House di kawasan pertanian, Pembukaan kawasan tanah sawah padi terbiar, Projek pemerataan tanah kawasan sawah, Penanaman getah secara berkelompok, Bekalan air bersih, bekalan air gravity, Membekal Tukun Tiruan di kawasan perairan Rampayan Ulu, Membina dan memperbaiki Jambatan , Membina rumah PPRT untuk rakyaat miskin, membina dan menyelangara Jalan-Jalan Kampung dan kemudahan-kemudahan asas yang lain di bawah peruntukan Khas Pia / Pias. Projek-projek ini ada yang sedang dalam perlaksanaan dan ada yang akan dilaksanakan pada bila-bila masa kerana masih dalam proses tender. Peruntukan keseluruhan projek ini adalah lebih kurang RM 300 juta dan Ini adalah merupahkan rekod peruntukan terbesar yang pernah kita perolehi di kawasan Tempasuk setekat ini.

Saya akhiri ucapan saya dengan meminta rakyat terus bersatu, bekerjasama, baik sesama kaum mahupun antara kaum, kerana dengan perpaduan yang erat antara kita sahaja akan dapat menjamin kesejahteraan hidup kita bersama.

Selesai majlis dialog saya dapat perhatikan sinaran cahaya dari muka penduduk yang hadir, mereka tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Semua mereka melahirkan rasa puas hati dengan penjelasan yang di berikan baik melalui ucapan dan juga sewaktu majlis dialog diadakan.

15 comments:

palingberani October 14, 2009 at 7:17 AM  

Salam datuk..

paparan kali ini begitu terperinci dan bersemangat..saya sangat teruja membacanya,...

Sebagai rakyat biasa dan berada di peringkat akar umbi..kami sentiasa melihat perkembangan kepimpinan Datuk..dan setakat hari ini kami bersyukur keranaDatuk punya komitmentinggi dalam menjayakan perancangan pembangunan..Tahniah!..

Saya berharap Datuk akan terus mendekati rakyat dan membuat beberapa penerangan atau perjumpaan dengan rakyat yang terlibat dalam kawasan Agropolitan supaya tidak ada keraguan lagi...

Wassalam.

musli oli October 14, 2009 at 11:27 AM  

Slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" bukanlah slogan retorik tetapi slogan yang benar-benar ingin dilaksanakan pentadbiran negara yang diterajui DS Najib tun Razak.

Sejajar dengan itu amat wajar wakil-wakil rakyat "mendahulukan rakyat" mendengar pandangan mereka dalam setiap apa juga projek yg hendak dilaksanakan kerajaan.

Tindakan Datuk Musbah bertemu dengan rakyat mendengar feedback dan respon mereka seharusnya menjadi contoh kepada semua wakil rakyat di Sabah.

Barangkali ada isu-isu dalam kampung yg tidak sampai kepada pengetahuan pelaksana iaitu kakitangan kerajaan dan kontraktor. Maka amat wajarlah perkara ini sampai kepada mereka. barangkali jika ada kekeliruan, dalam dialog-dialog seperti ini perkara itu dapat dijelaskan dengan sebaik-baiknya.

sungguhpun begitu dalam program pembangunan mengikut teori "welfare economics" setiap pembangunan mesti ada pengorbanan. Mungkin ada tanah yang terpaksa dikorban utk membina jalanraya, kemudahan awam dan sebagainya.

Konsepnya jika lebih ramai yang "better off" daripada "worse off" dalam satu perubahan atau pembangunan maka pembangunan itu sewajarnya diteruskan.

Sebaliknya, jika ramai "worse off" dari "better off" maka pembangunan itu jangan diteruskan.

Semuga projek ini memberi lebih "better off" kepada rakyat Kota Belud.

mrakunman October 14, 2009 at 2:50 PM  

Salam Ziarah. Kota Belud dikurniakan oleh Tuhan Tanah yang Subur dan lautan yang luas. Selain itu,Kota Belud tidak memiliki apa-apa, kecuali dipearirannya ada telaga minyak Petronas dan shell.

Rakyat Kota Belud dari dahulu adalah nelayan dan petani. Kerana perubahan zaman, maka asas kepada penghidupan ini terlupakan,kerana ada yang mencebur diri dalam dunia kontrak.

Dunia kontrak mempunyai had namun dunia pertanian dan termasuk penangkapan ikan ada lah dunia yang luas.

Oleh kerana Kota Belud hanya dianugerahkan Laut dan Tanah,maka pendayagunaan dua media ini perlu ditadbirurus dengan baik. Ertinya keeperluan Penumpangnya yakni tanmanan dan ikan perlu disediakan.

Usaha kerajaan mengwujudkan projek model seperti agropolitian sekurang-kurangnya boleh merintis kepada pendayagunaan tanah dan udara Kota Belud.

Jika model projek ini berjaya, maka anggaran pereadaran wang akan meningkat di Kota Belud, ini bermakna, daya beli penduduk akan meningkat, multiple effect akan terjadi.

Sama-sama kita tunggu, semoga kerajaan akan terus mencurahkan kewangan bagi kawasan miskin ini.

Teruskan usaha membantu dan membela ORANG MISKIN.

Mohd Amini October 15, 2009 at 9:56 AM  

Salam hormat Dt.'Perojek Agropolitan' dan 'Projek Jelapang Padi' di daerah ini melibat kos berjuta ringgit.Nampaknya daerah KB ini amat bertuah sekali kerana kerjaan negeri dan Persekutuan memberi peruntukan begitu besar. Adalah menjadi harapan rakyat KB 2 projek besar ini akan menjadi kenyataan dan dapat siap pelaksanaannya.Semoga usaha Datuk cuba memaksimumkan masalah kemiskinan di derah ini akan tercapai.

Mohd Amini October 15, 2009 at 6:03 PM  

Salam Datuk.Projek Agropolitan dan projek Jelapan Padi mampu memaksimu mkan masalah kemiskinan rakyat luar bandar di Kota Belud ini.Semoga dua projek berjaya dilaksanakan dengan baik dan menepati sasarannya.

Anonymous,  October 16, 2009 at 4:01 PM  

Salam Datuk,

Tahniah di atas projek yang agak "GAH" ini. Mudah-mudahan ia akan tercapai seperti matlamat perancangannya. Cuma apa yang membimbangkan saya ialah perancangan yang sungguh indah tetapi perlaksanaannya yang mendukacitakan. Saya faham, projek besar seperti ini memerlukan kerjasama semua orang. Tetapi bagaimana hendak kita mengatasi masalah orang yang mengambil kesempatan yang hanya tahu mengarah tetapi tidak tahu mengurus kerja. Saya agak risau tentang itu. Walau bagaimanapun, tahniah dan syabas di atas rancagan ini dan saya amat teruja untuk menanti perlaksanaannya. Insya Allah

watasikadi October 17, 2009 at 5:33 PM  

projek agro yang dicadangkan sejak 1994 lagi akhirnya sampai juga kepada rakyat kota belud. projek ini bakal menjadi periuk nasi rakyat miskin. terima kasih YB kita DHMJ. jangan pulak ada orang tengah yang opportunist mengambil wang atas angin.hehehe..orang tengah jangan mengambil kesempatan dan in harus dikawal pihak berwajib. nanti bila sudah berhasil ada lagi pihak yang tolong menjual sedangkan petani boleh menjual sendiri dan mendapat keuntungan petani. saya berdoa dan berharap petani mendapat keuntungan total. terima kasih YB.

LANGBUANA October 18, 2009 at 3:34 AM  

Salam Datuk,

Tahniah! diatas usaha Datuk mendekati rakyat utk melhat dan merasai naluri mereka samada dalam kesusahan atau kegembiraan. Pendekatan seumpama ini diharap akan terus berkekalan walau dalam apa jua status Dtk. Perkembangan ini perlu menjadi contoh kpd pemimpin/wakil rakyat khususnya di KB.Kami berharap agar agenda pembangunan khususnya dalam agro yang diwar-warkan oleh Dtk akan menjadi realiti.

Saya berharap agar majlis dialog bersama rakyat perlu diperluaskan di kawasan lain seperti di kawasan Daerah Mengundi Kota Peladok.Saya difahamkan penduduk di kawasan tersebut tidak dapat mengusahakan sawah mereka sejak kebelakangan
kerana menghadapi pelbagai masalah.Mohon kpd Dtk agar dapat berbincang dgn PKR dtk tentang senario ini.

Saya berharap Dtk akan terus meneruskan usaha-usaha murni demi kepentingan rakyat. Saya juga berharap agar Dtk dapat menerima segala kritikan dengan terbuka kerana kritikan itu membina kekuatan jiwa dan mentaliti.

Wasalam.

ADUN TEMPASUK October 20, 2009 at 3:40 AM  

Salam hormat buat rakan-rakan, saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan rakan-rakan dalam menyuarahkan pendapat, pandangan dan juga kebimbangan dalam usaha saya membela nasib rakyaat melelui projek-projek pembangunan dibawah dasar kerajaan BN. Insya-Allah saya akan manfaatkan amanah yang diberikan ini sebaik mungkin, untuk mencurahkan khidmat bakti seikhlas-ikhlasnya kepada rakyat dan Negara. Saya yakin berkat kerjasama dan sokongon rakan-rakan dalam perkongsian idea dialam maya ini, boleh membantu saya mencapai pembangunan yang di harapankan oleh rakyaat. Kepada saudaraku LANGBUANAH, insya-Allah saya akan ambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh petani kita di daerah mengundi kota peladok, saya sudah mencadangkan kepada jabatan pertanian untuk melaksanakan projek pembukaan tanah terbiar di kawasaan tersebut. Saya akan bawah dalam mesyuarat minggu ini berhubung dengan status projek itu, saya akan beri feedback melelui PKR Tempasuk, terima kasih atas perhatian saudara.

Anonymous,  November 5, 2009 at 8:58 PM  

Salam buat datuk...mohon juga agar penduduk-penduduk di kawasan Botung Kondis diberi perhatian khususnya kawasan sawah padi kampung tersebut yang mana sudah sekian lama terpaksa mengharapkan hujan untuk pertanian (sawah padi. Kita berharap agar rancangan Jelapang padi akan sampai dikawasan ini..mohon simpati datuk agar dapat melawat kampung ini sekali sekali selaras dengan gagasan 1Malaysia...agaknya dah lama Datuk tak melawat KG ini....kalau masa awal tahun 80an dulu ayahanda Datuk akrab di kampung ini dan semua penduduk kenal dengan beliau...membeli padi...apa-apapun tahniah kepada datuk...Terima kasih

Anonymous,  November 6, 2009 at 2:31 AM  

salam 1malaysia datuk, sebagai warga otabelud, saya amat berterimakasih kepada kerajaan kerana menyediakan peruntukan yang besar kepada KB menyentuh mengenai jalanraya yang menghubungkan kampung timbang, sarang dan dudar, saya amat tertanyatanya , mengapa kampung Taburan tidak tersenarai dalam pembinaan jalan raya tersebut? kami di kampung taburan amat mengharapkan jalanraya yang baik untuk memudahkan kami berurusan dan meningkatkan taraf hidup kami. perkara ini amatlah tidak adil buat penduduk di kampung Taburan!!! saya harap Datuk dapatlah mengutarakan perkara ini kepada kerajaan.

terima kasih

Anak Sama,  November 15, 2009 at 9:59 AM  

Assalamualaikum Datuk,...
Baru-baru ini saya berkesempatan meninjau kawasan-kawasan permohonan yang boleh dicadangkan untuk dibangunkan dengan getah di sekitar kota belud tahun depan. kampung terakhir yang sempat saya lawati ialah kampung dudar. walaupun tidak terlalu jauh dr pekan, sekitar 35-40 km sahaja, kehidupan masyarakat disini masih amat memerlukan pembelaan. apa yang menarik, sekita kampung ini sehingga ke kg. taburan, masih terlalu banyak tanah yang sesuai untuk pertanian tetapi masih belum dibangunkan. saya sempat berjumpa dengan beberapa penduduk kampung. mereka menyatakan bahawa kebayakan tanah-tanah disekitar kampung tersebut adalah dimiliki oleh SAFODA. Sekiranya tanah tersebut dibangunkan oleh SAFODA, saya tidak hairan. tetapi apabila dibiarkan terbiar, dan dalam masa yang sama penduduk kampung dilarang untuk membangunkan kawasan tersebut, bagi saya ada sesuatu yang perlu dilihat. saya tertanya-tanya, sejauh manakah setakat ini tanah-tanah yang dimiliki SAFODA memyumbang kepada ekonomi penduduk setempat? sejauh manakah hasil daripada kawasan-kawasan yang dimilki SAFODA memberikan hasil kepada Kerajaan Negeri? atau,... tanah-tanah ini, atau pun SAFODA sendiri belum pernah dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan negeri? sekiranya ini berlaku Datuk, lebih baik kita batalkan sahaja pewartaan tanah-tanah terbiar ini kepada SAFODA dan bagi-bagi kepada penduduk kampung. Atau pun, kita bangunkan dengan tanaman komersial dengan konsep agropolitan. sekurang-kurangnya, tanah terbiar ini boleh menjadi sumber pendapatan tetap kepada penduduk setempat.

Anak Sama,  November 15, 2009 at 12:47 PM  

Salam Datuk,..

Daerah Kota Belud dari dulu sampai sekarang sgt terkenal dgn jolokan jelapang padi Sabah? tetapi kita masih melihat bahawa para petani yang terlibat secara langsung dalam sektor padi ini masih ramai lagi yang dibelenggu kemiskinan. Kenapa? adakah tanaman padi tidak mampu menjadi sumber pendapatan yang mapan yang boleh mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan? Atau, kurangnya infra sokongan kepada sektor ini sehingga gagal mencapai hasil yang sepatutnya?

apa yang kita dapat perhatikan, kebanyakkan petani kita di kota belud hanya mengusahakan kawasan padi mereka dengan kaedah yang menghampiri sistem sara diri sahaja. tidak berorientasikan komersial. tidak terancang.

kadang-kadang, di sebelah sedang menuai, disebelah halau burung, sebelah baru menanam. walhal dalam satu kawasan. kena tuai sebelah, si tikus akan berpindah ke sebelah. begitu jugak dgn giuk atau pipit. akhirnya, masalah-masalah perosak ini tidak dapat ditangani dengan berkesan.

kenapa industri sawit di sabah sangat berjaya? sebab pengoperasian secara komersial. YB Datuk, kemungkinan kita boleh mencuba sistem ini dgn para petani kita. kita mulakan dulu dalam bentuk koperasi dengan bimbingan jab. pertanian daerah atau mana-mana jab/agensi.

secara tidak langsung, kita membimbing para petani kita untuk merancang bersama-sama. pergaduahan berebut air, jentera, jentuai akan dapat diatasi. Kita membimbing mereka bukan untuk jadi petani. tetapi untuk menjadi 'usahawan padi' yang berjaya. dan yang lebih penting, kita membawa mereka untuk memikul dan memahami tanggungjawab bersama-sama bahawa para petani adalah aset yang amat bernilai kepada negeri.

tq Datuk.

Anak Sama

ADUN TEMPASUK November 15, 2009 at 4:15 PM  

Persawahan Kampung Botung kondis terlibat dalam pembangunan Jelapang Padi. Soal jalanraya Timbang, Sarang, Dudar sudah mendapat peruntukan dan akan dilaksanakan bila-bila masa, Taburan tidak tersenarai kerana peruntukan yg disediakan tidak cukup.Bagaimanpun jalanraya dari Dudar menujuh kg. Taburan saya telah masukkan dalam perancangan, kajian telah selesai dan telah dikemukakan kpd pihak yg berkenaan. Soal pembangunan getah, saya telah mengarahkan LIGS melihat potensi tanah terbiar di DKB untuk dibangunkan termasuklah kawasan Kg. Dudar, yang kini telah di bangunkan melelui programe penanaman getah secara berkelompok seluas 127 ekar. Soal tanah safoda, Ketua-Ketua kg. berkenaan telah berjumpa dengan saya mengenai perkara yg sama, saya akan ambil perhatian. Persoalan anak sama berhubung dengan msl petani D Kb akan terjawab bilamana Jelapang Padi Sabah di daerah Kb selesai, kerana Programe JP mempunyai pakej kearah itu.

Anak Watan Tempasuk di perantauan,  November 18, 2009 at 6:41 PM  

Terima kasih datuk...saya telah hebahkan berita ini kepada penduduk kampung (Kampung Kondis Botung)..dan pada dasarnya mereka sangat gembira dan beberapa penduduk di sini juga telah mengatahui tentant jelapang padi ini..Tetepi mereka hanya akan sangat GEMBIRA sekiranya projeh ini telah terlaksana kelak.Tapi saya percaya melalui rakan-rakan saya disana dapat mengamati tentang keperihatinan Datuk tanpa mengira keturunan, agama mahupun bangsa..soal tekanan serta cabaran politik itu cuma asam garam dalam berpolitik namun apa yang penting adalah amanah, keikhlasan, tanggungjawab serta ketakwaan ada pada Datuk..saya juga sentiasa mengikuti berita-berita datuk dimana-mana samada dalam blog, media serta cerita orang perseorangan di mana jua atau mana-mana saluran berita alternatif...tapi kita dapat mengesahkan kesasihan berita tersebut.. Apa yang penting dan rakyat membuat penilaian adalah hasil yang Datuk curahkan khususnya di Kawasan Tempasuk..

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP