Wednesday, October 07, 2009

BERSUA MUKA DENGAN BINSON PALIS SELEPAS TERIMA SMS

MENJEJAKI RUMAH BINSON . SEPANJANG LORONG DI RUMAH BELIAU ADA SEDIKIT TANAMAN (PISANG, UBI KAYU DAN POKOK PINANG). SIKAP MAHU BERUSAHA HARUS DIHARGAI. HANYA MUNGKIN FAKTOR KEADAAN YANG MENYEBABKAN KELUARGANYA MISKIN



TEKAD PEMIMPIN....MANUSIA SEMUANYA SAMA SAHAJA.YANG SUSAH PERLU DIBERI PERTOLONGAN.JANGAN ADA TEMBOK DI ANTARA KITA.TURUT KELIHATAN KETUA UMNO CAWANGAN ULU KUKUT EN.GEORGE SILANG (KIRI) DAN PENGERUSI JKKK,MAIKAL ELANG (KANAN)




MESRA PEMIMPIN.....BENTENG HARUS DIROBOHKAN. SEMANGAT KEMANUSIAAN HARUS DITEGUHKAN DEMI MENGABADIKAN KENANGAN BUAT SELAMA-LAMANYA.


HANYA SUMBANGAN KECIL.....TAPI CUKUPLAH UNTUK MENGUKUHKAN PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN DENGAN RASA IKHLAS TANPA DIBUAT-BUAT. SEMOGA KELUARGA INI TERUS BERSEMANGAT MENYAMBUNG PENGHIDUPAN HARI ESOK YANG LEBIH CERAH.




MASIH DALAM PROSES PEMBINAAN......SEMOGA KELUARGA DAPAT HIDUP BAHAGIA SETELAH TINGGAL DI RUMAH BARU (PPRT) YANG BAKAL SIAP TIDAK LAMA LAGI. SELAIN ITU ADUN TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA PENGERUSI JKKK BAHAWA BELIAU MENYOKONG AGAR EN.BINSON MENDAPAT BANTUAN DARIPADA PIHAK KEBAJIKAN


ULU KUKUT (KOTA BELUD ) : ADUN Tempasuk,Datuk Musbah Hj.Jamli yang menghadiri Majlis perkahwinan di Kampung Taun Gusi Peninting pada hari Ahad,4 September 2009 mendapat SMS daripada seseorang yang menyatakan ada seorang keluarga miskin di situ memerlukan bantuan makanan.

Beliau,seterusnya menghubungi Ketua Cawangan Umno Ulu Kukut, En.George Silang dan Pengerusi JKKK, Maikal Elang bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu. Selepas berbincang dengan kedua-dua pemimpin masyarakat di kampung tersebut, Adun Tempasuk terus bergegas ke lokasi yang dimaksudkan.

Sebaik tiba di lokasi keluarga yang dimaksudkan, Datuk Musbah telah sempat beramah mesra dengan keluarga berkenaan di samping menghulurkan sedikit bantuan kepada keluarga tersebut. Beliau juga telah sempat melawat rumah PPRT yang masih dalam proses pembinaan yang dijangka siap tidak berapa lama lagi untuk membolehkan Binson tinggal selesa bersama keluarga sebaik berpindah ke rumah baru itu.

Selain itu, Datuk Musbah juga turut memaklumkan bahawa selaku wakil rakyat,beliau telah menyokong agar keluarga tersebut mendapat bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya berharap bantuan tersebut dapat diluluskan bagi membantu keluarga hidup sejahtera di samping dijadikan perbelanjaan anak-anak untuk meneruskan pembelajaran mereka",katanya

Bagi sesiapa yang ingin membuat aduan dan laporan tentang permasalahan sesuatu program dan masalah kemiskinan kepada Adun Tempasuk di samping berkongsi pendapat serta maklumat bolehlah menghantarnya melalui e-mel : aduntempasuk@gmail.com

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP