Monday, March 22, 2010

RAKYAT TERMISKIN TERUS MENDAPAT PERHATIAN SERTA BANTUAN.

Hari ini 22/3/2010 jam 10.45 pagi saya berada di satu majlis penyerahan elaun saraan kepada peserta projek tanaman cili fertigasi dan cendawan Kota Belud di bawah program pembasmian kemaskinan yang disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Panglima Yahya Hussin ,Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Seramai 100 orang peserta daripada 37 buah kampung di Daerah Kota Belud telah dipilih untuk menyertai program ini. Seramai 81 orang peserta dipilih menyertai penanaman lada fertigisi dan 19 peserta penenaman Cendawan Kelabu. Kos keseluruhan projek ini, lebih kurang 1.3 juta.

Adalah diharapkan usaha murni ini dapat membantu menjayakan matalamat kerajaan membasmi kemiskinan. Dengan adanya komitmen serta usaha bersungguh-sungguh dari peserta, Program ini mampu dilaksanakan dengan lancar dan berkesan serta mencapai matlamat yang dikehendaki. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah sentiasa bersedia memberi panduan dan khidmat nasihat bagi melicinkan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan khusnya dikalangan masyarakat Petani, Penternak dan nelayan di Negeri Sabah ini.

Kita berharap agar program pembasmian kemiskinan di negeri ini terus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berterusan demi kepentingan rakyat dan negeri tercinta ini.



Gambar di bawah tengah berbual dengan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Dato' Hajah Mariam Mas Bt. Yaccob, Kami sama-sama duduk dalam badan AJK Perhubungan Pertanian Sabah dan Sarawak.




Selepas program selesai, saya dan Y.B Datuk Herbert Timbun Lagadan (Adun Kedamaian), Pengarah Pertanian Negeri Sabah En.Ismail Salam, Pegawai Daerah Kota Belud En.Najib Muntok dan Pegawai Kanan Pertanian Kota Belud En.Steven, melawat projek Penanaman Kelapa Mawar di Kg Gaur seluas 125 ekar. Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh kementerian Pertanian melelui Jabatan Pertanian bagi tujuan meningkatkan ekonomi para peserta.



1 comments:

Anonymous,  April 1, 2010 at 4:30 PM  

program pembasmian kemaskinan yang disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Panglima Yahya Hussin ,Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah yang diadakan baru-baru ini sangat memberi kesan positif kepada semua rakyat di Sabah khususnya bagi mereka yang berada dibahagian pedalaman,kerana program ini dapat mengurangkan kemiskinan di negeri ini dan juga dapat meningkatkan keluaran produk-produk yang berasaskan tanaman. Saya jugu mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mempelbagaikan lagi produk-produktanaman dan tidak tertumpu kepada tanaman cili fertigasi dan cendawan tatapijuga kepada tanaman-tanaman lain seperti 'Jatropha Curcas' yang boleh menghasilkan Bio diesel dan'Stevia Rebaudiana' yang boleh menghasilkan gula yang berterusan. Walau bagaimanapun apa-apa pun jenis tanaman yang diusahakan haruslah disokong daripada pihak kerajaan agar produk-produk mendapat sambutan dalam negeri mahupun ke luar negara.Projek-projek sebegini juga harus disalurkan di daerah-daerah lain keranadengan cara ini sahaja program pembasmian kemiskinan datap disempurnakan dengan jayanya.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP