Friday, April 23, 2010

MESYUARAT TINDAKAN DAERAH KOTA BELUD

Hari ini 23/4/2010, saya hadir ke Mesyuarat Tindakan Daerah Kota Belud selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah berakhir pada hari khamis. Jawatankuasa Tindakan Daerah ini di Pengerusikan oleh Pegawai Daerah dan adalah merupakan Jawatankuasa tertinggi diperingkat Daerah, ianya diangotai oleh Wakil-Wakil Rakyat kerajaan dan semua Ketua-Ketua Jabatan.

Melelui mesyuarat inilah setiap projek-projek pembangunan dirancang, selepas dibincang dipersetujui oleh ahli mesyuarat barulah ianya dikemukakan kepada kerajaan samada negeri atau persekutuan untuk tindakan.

Hari ini kami menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincang dan meneliti Pelan Induk Pembangunan Daerah Kota Belud. Jawatankuasa ini di Pengerusikan oleh Pegawai Daerah dan angotanya semua Wakil-Wakil Rakyat dan Ketua-ketua Jabatan yang penting diperingkat Daerah.

Antara peranan Jawatankuasa ini ialah untuk merancang, meneliti dan mencari jalan penyelesaian, terhadap masalah yang timbul yang melibatkan masalah pengunaan tanah untuk rancangan pembangunan yang disyorkan oleh mesyuarat tindakan daerah atau kerajaan, sama ada melibatkan pembangunan infrastruktur atau pembangunan ekonomi rakyat.
Posted by Picasa

1 comments:

Anonymous,  May 19, 2010 at 11:16 AM  

YB Datuk,
Semoga Kota Belud Master Development Plan ini dapat direalitikan. Bukan setakat perancangan untuk menyelesaikan masalah2 setempat dan semasa, tetapi harus menjelma sebagai MDP yang mampu membawa kepada KB yang maju (tahun keberapa agaknya?). Dan harus dapat menterjemahkan kemajuan itu dari keseluruhan aspek (holistic apprch.) Pendidikan, Sosial, Ekonomi, haruslah menjadi enjin utama KBMDP ini.Walau pun sepatutnya KBMDP ini telah pun diwujudkan berpuluh tahun dahulu (sebagaimana wujudnya R.E.D Book), tapi tidak apa, tiada istilah terlewat untuk kita memajukan KB. Walaubagaimanapun, sebelum KBMDP ini dapat di realisasikan, ada baiknya kita memperkasakan Dasar Pembangunan Kota Belud (sekiranya ada). sekiranya tiada, Dasar ini perlu digubal terlebih dahulu bagi memandu halatuju KBMDP nanti. KBMDP haruslah mendahului masa dan masalah. Penerokaan harus lebih daripada penyelesaian semasa.

Anak Sama

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP