Sunday, September 27, 2009

ADUN TEMPASUK MELAWAT MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG TAUN GUSI DAN KAMPUNG TAMAU

GAMBAR : ADUN TEMPASUK,DATUK HJ.MUSBAH HJ JAMLI BERGEGAS KE TEMPAT KEJADIAN

GAMBAR DI ATAS : DATUK MUSBAH BERSAMA ANGGOTA RELA YANG TURUT MEMBANTU MENYELAMAT KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG TAMAU,EN BUKARIA

GAMBAR : ADUN TEMPASUK,DATUK HJ MUSBAH SEBAIK TIBA DI TEMPAT KEJADIAN


GAMBAR : TINGGAL RANGKA ...... KEBAKARAN DUA RUMAH SERENTAK IAITU RUMAH TN HJ SERAKAL JERGAN DAN DYG IMPUN




GAMBAR : MEMBERI KATA-KATA SEMANGAT KEPADA HJ SERAKAL DAN BERHARAP KELUARGA DAPAT BERTENANG DAN BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH

Baru-baru ini,ADUN Tempasuk,Datuk Hj.Musbah Hj.Jamli sempat melawat mangsa kebakaran di Kampung Taun Gusi dan di Kampung Tamau. Beliau merupakan pemimpin yang paling awal mengunjungi keluarga mangsa kebakaran iaitu sempat melihat pasukan bomba berusaha bertungkus lumus memadam api.

Datuk Musbah menyatakan rasa simpatinya kepada keluarga terbabit apatah lagi musibah itu melanda keluarga di saat umat Islam sibuk mengerjakan ibadah puasa di samping persiapan menyambut Hari Raya AidilFitri. Beliau meminta keluarga agar dapat bersabar dalam menempuhi ujian Allah.

6 comments:

kelapa mawar September 27, 2009 at 9:27 AM  

Salam Datuk..

Tahniah ! atas keperhatinan Datuk kepada mangsa kebakaran di Kg Taun Gusi dan Kg. Tamau..Sebagai pemimpin masyarakat Datuk telah menunjukkan sikap yang patut dicontohi oleh kebanyakkan pemimpin di daerah kita.

Ma kasih atas kunjungan Datuk di Blog KELAPA MAWAR..dan moga-moga dengan keterbukaan ini..rakyat dan masyarakat di Kb akan dapat berkongsi idea dan pemikiran ke arah yang lebih baik..

Kami rasanya, para blogger di daerah ini begitu teruja mengikuti setiap inci aktiviti dan isu yang Datuk paparkan dalam Blog ini. Saya mengucapkan tahniah atas langkah permulaan ini.

Mohon maaf dari KELAPA MAWAR DENAKAN DATUK, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..wassalam.

watasikadi September 27, 2009 at 3:18 PM  

satu keterbukaan yang boleh dipuji kerana membuka ruang komentar bagi memberi peluang pembaca membuat komen. congrat! jadikan teguran dari pembaca supaya kepimpinan datuk diterima penuh.

palingberani September 27, 2009 at 6:58 PM  

Assalamuwalaikum Datuk..

Pertamanya saya rasa terharu dan berterima kasih atas ulasan Datuk dalam blog saya. Kesudian Datuk berbuat demikian sehingga membuka ruang ulasan di blog datuk tersangat saya hargai.

Saya secara peribadi merasakan bahawa Datuk masih diperlukan di daerah ini..teruskan perjuangan! dan rakyat menilai segala apa yang datuk lakukan...

Anak petani bukan batasan untuk membawa perubahan dan kemajuan. Tahniah dan syabas.

Anonymous,  September 27, 2009 at 7:45 PM  

Salam buat Datuk..

Saya terharu dengan keperihatinan Datuk...dan saya tertarik dengan kejayaan datuk menjadikan KB sebagai jelapang padi...inilah yang ditunggu-tunggu oleh panduduk disini sejak sekian lama kerana melalui ini secara langsung sistem pengairan di bena khususnya di kawasan Tempasuk khususnya di kg Kimo-kimo dan KG Kondis..sawah yang terbiar begitu lusa sekali sehingga mnembusi ke Kg Taungusi. Saya selalu naik ke bukit Kimo-kimo untuk melihat suasana sawah dan saya percaya apabila ianya dibangunkan alangkan bertuahnya..
Datuk, saya masih ingat wakyu saya kecil dulu yang ayah Datuk adalah seorang yang cekal..selalu datang ke kg kami untuk membeli padi dan amat pemurah orangnya...saya akan sentiasa mengikuti blog Datuk ini..terima kasih yang tidak terhingga..dan mohon agar datuk sentiasa meninjau kawasan jelapang padi supaya menjadi kenyataan...

Unknown September 27, 2009 at 11:42 PM  

tahniah buat Datuk Musbah...salam perjuangan

KassimBuliwan,  February 19, 2010 at 5:41 PM  

Salam Datuk...

Sedih melanda hati bertegar
Jatuh nan hiba sayu tersua
Jasanya Datuk tiada dianggar
Budi yang baik dijunjung jua

Terima kasih di atas keperihatinan Datuk untuk semua penduduk DUN Tempasuk, khusus kawasan Rosok & Bangkahak kerana semamangnya kawasan tersebut sudah jauh berubah wajah ke arah kemajuan,terima kasih..terima kasih Datuk.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP