ADUN TEMPASUK BERAYA DI KAMPUNG MERABAU DAN KAWANG-KAWANG
GAMBAR : RUMAH YANG TAK BERPENGHUNI DI KG.KAWANG-KAWANG. PERJUANGAN MEMBASMI KEMISKINAN ADALAH JIHAD
GAMBAR : BERHARI RAYA SAMBIL BERBINCANG DENGAN RAKAN-RAKAN DAN MENDENGAR PERMASALAHAN DI PERINGKAT KAMPUNG
GAMBAR : BERSAMA MASYARAKAT DI KAMPUNG MERABAU BERHARI RAYA DI MASJID KAMPUNG TERSEBUT
Pada hari Sabtu lalu, saya sempat beraya dengan penduduk Kampung Merabau dan Kawang-kawang. Di samping bermaaf-maafan, saya rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan lama. Hari Raya seperti ini dapat mengukuhkan perpaduan di samping merapatkan hubungan dengan rakyat. Jika tiada benteng di antara pemimpin dan rakyat, maka segala tugas dapat berjalan lancar. Bagi saya mendengar masalah rakyat amat penting,walaupun tidak dapat diselesaikan sekaligus.
Dalam perbincangan saya dengan rakan-rakan dan pemimpin kampung, saya sempat menyampaikan mesej bahawa betapa pentingnya rakyat bersatu padu untuk membasmi kemiskinan. Tiada sebarang perkara yang mustahil jika diusahakan bersungguh-sungguh,apatah lagi kerajaan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan. Cuma saja perlu kesedaran daripada rakyat dan tidak mendengar tohmahan orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
Saya juga sempat menerangkan kepada masyarakat di kedua-dua kampung tersebut bahawa kerajaan sedang rancak merealisasikan Kota Belud sebagai Jelapang Padi di mana sekarang dalam Fasa 1. Jika telah berjalan sepenuhnya,ianya mampu meningkatkan ekonomi rakyat. Sementara itu, Projek Agropolitan bertujuan untuk membasmi kemiskinan. Saya berharap para sahabat menyokong penuh dan bersatu hati untuk menyokong kedua-dua program ini.
8 comments:
salam. rumah sian ni. somo engo rumah ko
Datuk bosoon posting ko
Salam YB.Adun Tempasuk...
Tahniah! Atas kelahiran blog datuk..Semoga maklumat dan isu serta penjelasan yang dipaparkan bakal mengundang perkongsian idea dari para pengunjung ke blog datuk. Perjuangan yang ikhlas percayalah akan sentiasa mendapat restu dariNya..Insyallah!
Salam Datuk,
Banyak lagi rakyat Datuk yang menerima nasib yang sama seperti ini. Tolong selungkar kisah seterusnya.
Wasalam.
tahniah atas kemunculan blog datuk dan membuka ruang untuk komen. harapan saya kepimpinan datuk bertambah baik. sudah tiba masanya pemimpin kita di KB seperti datuk untuk membuang sifat ego seorang lelaki supaya bersatu bersama semua pemimpin untuk memajukan KB. saya mengharapkan projek agro ini berjaya sampai ke golongan sasar yang sepatutnya, jangan kita biarkan orang tengah masih mengambil kesempatan keatas kemiskinan petani, jika tiada orang tengah saya rasa barulah kita dapat mencapai target membasmi kemiskinan melalui projek ini.. terima kasih atas kesudian datuk membaca komentar kami. sekian.
Salam Datuk,
Tahniah atas perubahan pada diri Datuk, semoga ianya berterusan demi utk meningkatkan keberkesanan kerja diperingkat DUN....TAHNIAH.
SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR BATIN.
salam ziarah YB Dato, dalam jihad utk membasmi kemiskinan yg paling asas ialah revolusi minda rakyat. Walau berbilion wang dicurahkan utk membuat prasarana, jika minda jumud maka yang mendapat faedah adalah org lain yg bersikap opportunis..rakyat akan terus terpinggir.
Tun Mahathir menjadi PM selama 22 tahun, kuasa tertinggi dalam negara tetapi pada hujung karier dia masih kata bangsa Melayu dan bumiputra sebagai haprak. Kenapa? kerana sikap yg enggan maju dan keluar dari kepompong kemiskinan..
Dato kena juga ada ceramah motivasi dan memberi contoh kemajuan kaum-kaum lain termasuk kaum Bugis yg dekat dimata rakyat...bangsa kita adalah "tentera" bukan "pekerja" mereka lebih suka berperang menentang musuh bukan berjihad menentang kemiskinan. Kita mesti alihkan fokus mereka kepada memperbaiki taraf hidup dengan benar-benar berjihad dengan bimbingan YB Dato..selamat berjuang
Salam buat Sdr pagipagi,Tudung Duang,Datu Panglima Iranun,Watasikadi,rojokobog dan sahabat saya musli oli.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan pengunjung blog ini, pandangan serta seranan yang diberikan akan saya ambil perhatian. Semoga ianya memberi inspirasi terhadap perjuangan kita bersama.
Post a Comment