MELAWAT PPRT KG.KAWANG-KAWANG
GAMBAR : WAJAH IBU YANG DERITA. DIA HANYA MAMPU TERSENYUM MELIHAT SAYA DATANG. MASIH SETIA DENGAN RUMAH LAMANYA
GAMBAR : SAYA MASIH MEMBAYANGI KASIH SAYANG SEORANG BAPA. SEMOGA ANAK-ANAK INI DAPAT MERUBAH KEHIDUPAN KELUARGA PADA MASA AKAN DATANG
GAMBAR : RUMAH PPRT YANG TELAH SIAP DIBINA. HANYA MENUNGGU PENYAMBUNGAN BEKALAN ELEKTRIK
GAMBAR : RUMAH PPRT YANG TELAH SIAP DIBINA. HANYA MENUNGGU PENYAMBUNGAN BEKALAN ELEKTRIK
GAMBAR : SAYA DAN RAKAN-RAKAN SERTA KELUARGA TERBABIT MENGABADIKAN KENANGAN, SEMENTARA ITU IBU SEDANG ASYIK MEMERHATIKAN KAMI
Beberapa bulan yang lalu,saya menziarahi insan yang meninggal dunia di Kampung Kawang-Kawang. Selepas itu saya sempat bertanya,siapakah keluarga yang paling miskin di kampung tersebut. Lantas seorang rakan memberitahu tentang keluarga itu. Tanpa membuang masa,saya terus melawat keluarga itu. Rasa sebak di jiwa saya melihatnya. Dah lah ditimpa kemiskinan,isterinya mengalami gangguan tekanan akibat kemiskinan.
Saya terfikir,macamanalah mereka menyambung hari-hari mereka yang dinamakan kehidupan. Bagaimana mereka mengecapi kebahagiaan dalam keadaan rumah seumpama itu(dalam serba kekurangan).Satu lagi perkara yang menyedihkan saya,macamana lah perasaan anak-anak melihat keadaan ibu mereka seumpama itu.
Sepanjang perjalanan balik dari Kampung teersebut ke KK saya asyik memikirkan keluarga itu. Sebagai anak,saya memikirkan perasaan mereka. Apatah lagi,sejak kecil saya dah kehilangan seorang ibu. Hanya kepada bapa dan keluarga tempat saya bermanja dan menagih kasih sayang.
Mungkin saudara dan sahabat-sahabatku sekalian tidak percaya,bahawa hidup saya semakin sunyi sejak kehilangan bapa pada 4 tahun yang lalu. Mungkin itulah nasib saya,sejak kecil kehilangan ibu dan di saat-saat saya dalam perjuangan,bapa yang banyak berjasa pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Saya menyedari kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa. Saya faham sangat. Sebab itulah saya tidak akan membiarkan mereka sunyi tanpa perhatian.
Ekoran daripada peristiwa itu, saya mengambil keluarga tersebut sebagai anak angkat saya. Syukur alhamdulillah,rumah baru telah dapat dibina. Sekurang-kurangnya dapat menyuntik semangat kepada mereka untuk terus menyambung hari-hari yang dinamakan kemanisan hidup, bukannya hari-hari membayangi derita.
1 comments:
satu paparan yang menarik. Alang kah eloknya jika usaha seumpama ini telah dilaksanakan 10-15 tahun lalu semasa kayu balak menghikaui rimba kita. Hasil balak hanya menyemen london, Los Angles, Melbourne, Hong Kong dan Paris. Rakyat sebangsa kita menderita berpuluh tahun menunggu kemanisan hidup. Kapan kah penderitaan mereka ini berakhir? usaha seorang YB tidak akan cukup.. kecuali kerajaan yang merancang.. jadikan polisi: agar mereka yang berada dalam ketogri ini dibasmi dengan mutlak. Caranya..beri mereka peluang berpartisipasi dalam pemabangunan. Jangan pilih bulu.
Post a Comment