Sunday, December 27, 2009

MERASMIKAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN UNTUK NELAYAN DAN PROGRAME PEMIMPIN BERSAMA AHLI RELA KAWASAN DUN N6 TEMPASUK

KOTA BELUD: Pada 22hb.Dis.2009 jam 8.30 pagi yang lalu, saya merasmikan penyerahan bantuan peralatan perikanan bagi daerah Kota Belud oleh Jabatan Perikanan Sabah di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Seramai 19 keluarga telah menerima pakej bantuan di bawah skim pembangunan kesejahteraan rakyat (SPKR), jenis peralatan ialah 1 buah bot fibreglass, 1 unit enjin sangkut 9.8 kuasa kuda, 10 utas pukat tangsi, 1 unit kotak ikan berinsulasi 100 liter isipadu, 1 unit GPS dan lain-lain peralatan. Seramai 11 keluarga lagi menerima bantuan di bawah program sokongan peningkatan pendapatan nelayan (PSPPN) jenis peralatan ialah Enjin Sangkut dan Kotak berinsulasi. Seramai 10 keluarga lagi menerima bantuan peralatan pemprosesan di bawah program mempelbagai dan menambah pendapatan petani penternak dan nelayan. Jumlah keseluruhan penerima bantuan pada hari ini adalah seramai 50 keluarga. Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah perikanan Negeri Sabah En Rayner Datuk Stuel Gelid, Penolong Pengarah En. Saili Hj Lebih, Pegawai Penguasa Perikanan daerah Kota Belud En Lamjah Jukah, Pegawai Kemajuan Rakyat N8 Usukan dan pegawai-pegawai jabatan perikanan daripada ibu pejabat dan daerah.







Pada hari yang sama jam 10.30 pagi saya ke Kampung Pandasan Merasmikan Programe Pemimpin bersama ahli RELA Kawasan DUN N6 Tempasuk. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Senamrobik, Gotong Royong membersih kawasan kampung dan penambahan ahli. Hadir sama dalam majlis ini ialah Lt. Kol. (RELA) Tuan Yakup Zaini, En. Baghdad Terugan Pemimpin Kemajuan Masyarakat Kawasan N6 Tempasuk, En. Siang Sibin CDO Kawasan N6 Tempasuk.









Read more...

Friday, December 25, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua rakan-rakan yang beragama Kristian. Semoga sembutan hari NATAL pada tahun ini akan memberi satu ruang untuk mencari kebaikan dan persamaan yang wujud di dalam jiwa manusia yang inginkan kepada kehidupan yang harmoni dan berkasih sayang.

Read more...

Tuesday, December 22, 2009

PROGRAM TURUN PADANG: BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT UNTUK MENGUBAT KERINDUAN

Hari ini 20/12/2009 saya turun ke Kota Belud selepas 10 hari berada di Luar Negara. Saya begitu rindu kawasan saya dan secara kebetulan telah mendapat dua jemputan kenduri kahwin pada hari ini. Tepat jam 12.30 tengah hari saya sampai ke Kampung Linau, menunaikan jemputan kenduri kahwin cucu kepada arwah Hj Akip, sewaktu di sana saya berjumpa dengan saudara Idris Hj Nanti pegawai perhubungan parlimen P 169 Kota Belud. Selepas menjamu selera saya dan Idris beredar ke satu lagi kenduri kahwin di kg. Taun Gusi ia itu anak Setih Matnor.


Selesai kenduri kahwin, seperti biasa saya membawa Idris meninjau projek-projek pembangunan yang sedang di laksanakan di kawasan saya (Tempasuk). Saya menghubungi saudara Mad Hj Jeragan seorang petani di kampung kesapang, kebetulan beliau ada di rumah dan membawanya bersama meninjau kemajuan projek Jelapang Padi dekat kampung kesapang.

Sewaktu dalam perjalanan balik Mad Hj Jeragan memberitahu saya bahawa ada seorang penduduk kampung di Kesapang yang tinggal di rumah yang cukup daif, lantas saya terus mengambil keputusan untuk berkunjung ke rumah keluarga tersebut iaitu Asli Gunak.



Di atas gambar kenangan bersama kedua mempelai di Kg. Linau



Di bawah gambar kenangan sewaktu berada di rumah
En Setih Matnor Kg. Taun Gusi



GAMBAR BAWAH : SEDANG MENINJAU PELAKSANAAN PROJEK JELAPANG PADI








PROJEK JELAPANG PADI BERJALAN LANCAR




GAMBAR ATAS : MENZIARAHI KELUARGA MISKIN dan GAMBAR BAWAH : MELAWAT KETUA CAWANGAN UMNO DI KG LABUAN,DATU SELAN DATU HASSAN YANG MENDERITA AKIBAT SERANGAN JANTUNG





Read more...

Saturday, December 19, 2009

PELANCARAN 1 MALAYSIA BEST WEEK DI MOROCCO

Pada 11hb. Dis 2009, Jam 3.00 petang, Y.B Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia melancarkan 1 Malaysia Best week di Pasar Raya Aswak Alsalam, Rabat Morocco. Programe ini dianjurkan oleh KOMITA (Konsortium Usahawan Makanan Dan Industri Asas Tani Sdn.Bhd.) dengan kerjasama MOA, MITI, FAMA, MARA, MATRADE & SME CORP. MALAYSIA. Tujuannya ialah untuk mempermosikan produk asas tani & makanan Malaysia dipasaran Luar Negara. Morocco adalah merupakan pasaran baru bagi produk tempatan Malaysia, Pasar Raya ASWAK ASSALAM merupakan Pasar Raya kedua terbesar di Morocco telah menjalinkan kerjasama dengan KOMITA sebagai pengedar produk Malaysia di Morocco.

Antara delegasi yang turut serta bersama dalam rombongan Y.B. Datuk Seri Menteri selain daripada saya ialah Dato' Mohd Hasim Bin Abdullah Timbalan ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (Pembangunan Asas Tani), Y.B Dato' Yunus Rahmat Exco Pertanian Negeri sembilan, Dato' Hj Abd.Malik bin Hj Mohd Amin Pegawai Khas Kepada Menteri, Dato' Zuraidah Atan Pengerusi FAMA Corporation Sdn Bhd. (FAMACO ) En. Mansor Bin Omar (Pengarah Kanan FAMA).

Dalam kesempatan ini saya telah berjumpa dengan seorang ahli Koprat bumiputra dari Malaysia iaitu En Baharin Ayob President Al - Hidayah Group yang telah berjaya dalam bidang perniagaan, menjadi Pemaju Perumahan di Morocco. katanya beliau suka kalau lebih ramai rakyaat malaysia yang datang mencari peluang perniagaan di sana yang penting kita menjaga nama baik negara kita, kerana kerajaan morocco amat menghormati malaysia disebabkan hubungan sejak zaman Dr.Mahathir menjadi PM, dan pengurusan jemaah haji yang terbaik oleh tabung haji di tanah cuci.


Gambar di bawah ialah sewaktu pelancaran 1 MALAYSIA BEST WEEK
di Pasar raya ASWAK ASSALAM

Gambar di atas bersama Datuk Othman Samin Duta Malaysia di Morocco


Gambar di atas bersama dari kiri Hisham Ben Brahim
Y.B Datuk Seri Noh Omar dan Dato' Zuraidah Atan

Gambar di atas, di tengah En. Baharin Ayob President
Al-Hidayah Group dan di Sebelahnya Y.B Dato' Yunus Rahmat



Gambar di atas bersama Hicham Ben Brahim
Pengurus Besar Pasar Raya Aswak Assalam


Gambar di atas bersama Pengerusi Eksekutif KOMITA
En Hj. Sheikh Ahmad Dusuki





Pada sebelah malam rombongan kami makan malam bersama pelajar Malaysia di rumah kediaman Duta Malaysia di Morocco.


Gambar bersama Chef Liza Zainol di rumah kediaman Duta Malaysia


Gambar kenangan di Rumah Kediaman Duta Malaysia




Pada 12hb. Dis. 2009 jam 10.30 pagi, rombongan kami bertolak dari Rabat ke Casablanca. Sebelum itu kami diberi taklimat oleh Nasional Institute of Agronomic Research (INRA) di Pejabatnya di Rabat. Taklimat diberikan oleh Pengarah INRA Professor Mohammed Badraoui


Gambar di atas, di sebelah kiri saya Pengarah INRA
Professor Mohamed Badraoui.


Read more...

Friday, December 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MA’AL HIJRAH 1431


Semoga tahun baru ini membawa keberkatan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia,

Amin.

Read more...

Monday, December 07, 2009

LAWATAN KERJA KE LUAR NEGARA

Saya akan berangkat ke Morocco dan Pakistan untuk menyertai delegasi lawatan kerja YB Dato' Noh Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 9 hingga 17 disember 2009. Lawatan ini antara lain bertujuan meneliti peluang-peluang kerjasama perdagangan produk-produk pertanian yang berpotensi terutamanya produk makanan halal serta teknologi pertanian terutamanya di bidang penternakan.

Sebelum berangkat ke Luar Negara, saya akan menghadiri satu Mesyuarat Perhubungan Pertanian Negeri Sabah dan Sarawak, Kementerian Pertanian dan Asas Tani pada 8/12/2009 di Wisma Tani, Putrajaya.

Read more...

Saturday, December 05, 2009

DOA UNTUK KEBAIKAN DIMAKBULKAN ALLAH.

AL-QURAN memberi pelbagai petunjuk termasuk mengenai akhlak terhadap sesama manusia. Ia bukan sekadar larangan melakukan perkara besar seperti membunuh tetapi turut merangkumi perlakuan seperti memaki-hamun, menyakiti hati orang lain. Mendoakan kemusnahan orang lain juga dilarang oleh agama.

Minggu lalu, umat Islam negara ini dikejutkan dengan telatah seorang yang berpengetahuan luas dalam agama tetapi menyalahgunakan hakikat doa untuk "membalas dendam".

Dengan menggunakan agama dan tuntutan politik peribadi, ada yang sanggup menghancurkan orang lain sama ada melalui kata-kata dan tindakan. Perkara ini amat malang sekali jika diikuti oleh umat Islam lain.

Doa ditujukan kepada seorang pemimpin tertinggi negara kerana tidak meluluskan pemberian wang royalti, sebaliknya menyalurkannya kepada rakyat melalui projek-projek pembangunan.

Seharusnya tokoh agama yang mendapat sanjungan dan penghormatan masyarakat tidak menggunakan kedudukan itu untuk mendoakan kemusnahan orang lain.

Sebagaimana yang diamalkan dalam fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah iaitu tidak ada doa bala melainkan memohon supaya mendapat hidayah, atau terbuka pintu hati untuk melakukan kebajikan atau keadilan.

Demikian juga dengan doa para nabi yang berunsur kelembutan dan rendah diri serta untuk kebaikan umat mereka.

Sebagai contoh doa Nabi Musa a.s ketika baginda ditetapkan sebagai Nabi dan Rasul bagi menghadapi Firaun: Tuhanku! Lapangkanlah dadaku dan permudahkan urusanku dan lepaskanlah kekakuan daripada lidahku agar mereka memahami ucapanku. (Surah Taha ayat 25-28).

Seharusnya jika emosi marah sekalipun melingkari setiap tindakan dan minda, sebaik-baik doa yang perlu dilakukan ialah "memohon petunjuk Allah SWT agar dibukakan pintu hati" dan dilembutkan setiap kata-kata semoga keputusan sebelumnya akan berubah dan menyenangkan.

Rasulullah SAW sentiasa berdoa agar lisannya digunakan dalam hal-hal yang baik. Imam Ahmad ibnu Hanbal walaupun pernah dipenjara oleh penguasa (pemerintah) kerana ketegasannya pernah berkata: "Seandainya kita mempunyai doa yang kita ketahui makbul, nescaya kita gunakan mendoakan kepada ketua negara."

"Agama adalah akhlak yang baik dan agama itu ialah engkau tidak boleh marah" (maksud Hadis).

Demikian juga kita tidak dibenarkan mendoakan kemusnahan ke atas orang kafir atau musyrik. Nabi sesungguhnya tidak pernah memohon kebinasaan bagi sesuatu kaum kecuali terhadap mereka yang memerangi umat Islam secara fizikal. Salah satu doa Baginda ialah: Wahai Tuhan berikanlah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui.

Dan Nabi Muhammad SAW sendiri dibangkitkan bukan untuk mengutuk (maksud Hadis). Betapa Rasulullah SAW telah memberikan teladan akhlak mendahului hal-hal yang bersifat ritual.

Bahkan, seorang ahli ibadah tidak ada nilainya di depan Ilahi ketika akhlaknya buruk sebagaimana diriwayatkan tentang orang yang memuji seorang ahli ibadah dan berkata: "Tentulah si polan itu ahli syurga, kerana dia sentiasa solat tepat pada waktunya, puasa sunat tidak pernah ditinggalkannya, setiap malam Jumaat membaca al-Quran dan bangun tengah malam untuk beribadat." Kemudian Rasulullah SAW menjawab: Tidak! Dia ahli neraka! Seluruh ibadahnya hancur, kerana dia mempunyai akhlak yang buruk, suka merosakkan orang dengan lidahnya.

Si polan yang ahli ibadah tersebut, menjadi penghuni neraka kerana ibadatnya tidak menjadi motivasi untuk berakhlak yang baik. Nilai ibadat ritualnya hancur, tidak bererti bagaikan api yang membakar kayu.

Bila akhlak ahli ibadah itu buruk, apalah ertinya bentuk ibadah ritual bila tidak menjadi motivasi untuk menunjukkan cahaya akhlaknya kepada masyarakat.

Berhubung soal akhlak ini Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar. (Riwayat Ibnu Majah).

Sebaliknya, Rasulullah SAW memuji seorang yang memiliki keluhuran budi pekerti, seperti diriwayatkan oleh Ath-Tabrani dari Anas r.a yang menyampaikan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang hamba akan mencapai kedudukan dan darjat yang paling tinggi di akhirat kerana akhlaknya yang baik, walaupun ia lemah dalam ibadah.

Keberkesanan dakwah Rasullullah SAW kerana sentiasa memperkatakan sesuatu secara yang baik, perkataan yang berkesan, jelas dan bermakna, mulia, lemah-lembut, agung serta bersih dan baik-baik. Bukan mendoakan kemusnahan orang lain.

PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan,

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP