Saturday, December 05, 2009

DOA UNTUK KEBAIKAN DIMAKBULKAN ALLAH.

AL-QURAN memberi pelbagai petunjuk termasuk mengenai akhlak terhadap sesama manusia. Ia bukan sekadar larangan melakukan perkara besar seperti membunuh tetapi turut merangkumi perlakuan seperti memaki-hamun, menyakiti hati orang lain. Mendoakan kemusnahan orang lain juga dilarang oleh agama.

Minggu lalu, umat Islam negara ini dikejutkan dengan telatah seorang yang berpengetahuan luas dalam agama tetapi menyalahgunakan hakikat doa untuk "membalas dendam".

Dengan menggunakan agama dan tuntutan politik peribadi, ada yang sanggup menghancurkan orang lain sama ada melalui kata-kata dan tindakan. Perkara ini amat malang sekali jika diikuti oleh umat Islam lain.

Doa ditujukan kepada seorang pemimpin tertinggi negara kerana tidak meluluskan pemberian wang royalti, sebaliknya menyalurkannya kepada rakyat melalui projek-projek pembangunan.

Seharusnya tokoh agama yang mendapat sanjungan dan penghormatan masyarakat tidak menggunakan kedudukan itu untuk mendoakan kemusnahan orang lain.

Sebagaimana yang diamalkan dalam fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah iaitu tidak ada doa bala melainkan memohon supaya mendapat hidayah, atau terbuka pintu hati untuk melakukan kebajikan atau keadilan.

Demikian juga dengan doa para nabi yang berunsur kelembutan dan rendah diri serta untuk kebaikan umat mereka.

Sebagai contoh doa Nabi Musa a.s ketika baginda ditetapkan sebagai Nabi dan Rasul bagi menghadapi Firaun: Tuhanku! Lapangkanlah dadaku dan permudahkan urusanku dan lepaskanlah kekakuan daripada lidahku agar mereka memahami ucapanku. (Surah Taha ayat 25-28).

Seharusnya jika emosi marah sekalipun melingkari setiap tindakan dan minda, sebaik-baik doa yang perlu dilakukan ialah "memohon petunjuk Allah SWT agar dibukakan pintu hati" dan dilembutkan setiap kata-kata semoga keputusan sebelumnya akan berubah dan menyenangkan.

Rasulullah SAW sentiasa berdoa agar lisannya digunakan dalam hal-hal yang baik. Imam Ahmad ibnu Hanbal walaupun pernah dipenjara oleh penguasa (pemerintah) kerana ketegasannya pernah berkata: "Seandainya kita mempunyai doa yang kita ketahui makbul, nescaya kita gunakan mendoakan kepada ketua negara."

"Agama adalah akhlak yang baik dan agama itu ialah engkau tidak boleh marah" (maksud Hadis).

Demikian juga kita tidak dibenarkan mendoakan kemusnahan ke atas orang kafir atau musyrik. Nabi sesungguhnya tidak pernah memohon kebinasaan bagi sesuatu kaum kecuali terhadap mereka yang memerangi umat Islam secara fizikal. Salah satu doa Baginda ialah: Wahai Tuhan berikanlah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui.

Dan Nabi Muhammad SAW sendiri dibangkitkan bukan untuk mengutuk (maksud Hadis). Betapa Rasulullah SAW telah memberikan teladan akhlak mendahului hal-hal yang bersifat ritual.

Bahkan, seorang ahli ibadah tidak ada nilainya di depan Ilahi ketika akhlaknya buruk sebagaimana diriwayatkan tentang orang yang memuji seorang ahli ibadah dan berkata: "Tentulah si polan itu ahli syurga, kerana dia sentiasa solat tepat pada waktunya, puasa sunat tidak pernah ditinggalkannya, setiap malam Jumaat membaca al-Quran dan bangun tengah malam untuk beribadat." Kemudian Rasulullah SAW menjawab: Tidak! Dia ahli neraka! Seluruh ibadahnya hancur, kerana dia mempunyai akhlak yang buruk, suka merosakkan orang dengan lidahnya.

Si polan yang ahli ibadah tersebut, menjadi penghuni neraka kerana ibadatnya tidak menjadi motivasi untuk berakhlak yang baik. Nilai ibadat ritualnya hancur, tidak bererti bagaikan api yang membakar kayu.

Bila akhlak ahli ibadah itu buruk, apalah ertinya bentuk ibadah ritual bila tidak menjadi motivasi untuk menunjukkan cahaya akhlaknya kepada masyarakat.

Berhubung soal akhlak ini Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar. (Riwayat Ibnu Majah).

Sebaliknya, Rasulullah SAW memuji seorang yang memiliki keluhuran budi pekerti, seperti diriwayatkan oleh Ath-Tabrani dari Anas r.a yang menyampaikan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang hamba akan mencapai kedudukan dan darjat yang paling tinggi di akhirat kerana akhlaknya yang baik, walaupun ia lemah dalam ibadah.

Keberkesanan dakwah Rasullullah SAW kerana sentiasa memperkatakan sesuatu secara yang baik, perkataan yang berkesan, jelas dan bermakna, mulia, lemah-lembut, agung serta bersih dan baik-baik. Bukan mendoakan kemusnahan orang lain.

PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan,

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Read more...

Friday, December 04, 2009

GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG


Hari ini 26/11/2009 jam 8.30 pagi, Saya bersama-sama penduduk kampung Kota Peladok dan Rudang dalam satu Majlis Gotong Royong Perdana Membersih Tanah Perkuburan kedua-dua kampung itu yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga dan Persatuan Keluarga Datu Alang (PKeDA).
Orang ramai perlu mengekalkan semangat kerjasama dan gotong royong, kerana aktiviti seumpama ini mampu mengukuhkan semangat perpaduan. Gotong Royong yang merupakan acara tradisi masyarakat desa ini sewajarnaya diteruskan oleh generasi hari ini.
Gotong Royong bertepatan dengan konsep turun padang yang bukan sahaja turut membabitkan wakil rakyat serta pemimpin tertinggi sahaja, malah pengerusi-pengerusi JKKK dan ketua-ketua Kampung. Dengan adanya semangat itu, pelbagai masalah dapat diselesaikan secara bersama bah kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Read more...

Wednesday, November 25, 2009

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENGAWALAN PADI ANGIN PERINGKAT DAERAH PAPAR, BEAUFORT, SIPITANG DAN KUALA PENYU.


Hari ini saya berada di Papar, mewakili YB Datuk Seri Panglima Hj Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah merasmikan majlis Pelancaran kempen pengawalan Padi angin peringkat Daerah Papar, Sipitang dan Kuala Penyu di dewan masyarakat baru Papar. Hadir sama YB Datuk Rahim Ismail Adun Pantai Manis merangkap Pengerusi LKIM, En Idrus Shafie Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), En Imus Onsiang, Tuan Iman Ali Pegawai Daerah Papar, En Teo Sun Sin Ketua Pegawai Penyelidik, En Jamaluddin Lani Pegawai Pertanian Papar dan para pegawai Jabatan Pertanian Negeri Sabah.
Padi Angin adalah rumpai yang sangat merbahaya kerana ia sukar di kesan dan ia menyerupai padi sebenar. Padi angin adalan kecukan antara padi moden dan padi liar. Setelah dibuat ujian MARDI, dapat dikenalpasti bahawa padi ini lebih menyerupai padi moden, walaupun sejenis padi angin yang menyerupai padi liar. Ciri-cirinya adalah mudah relai, lebih tinggi daripada padi biasa dan biji benihnya berpigmen dan berekor. Padi angin lebih merbahaya daripada rumput sambau sekiranya tidak dikawal dari peringkat awal. Belum ada racun rumpai yang boleh mengawal padi angin tanpa menjejaskan padi biasa. Kesan ancaman padi angin boleh menyebabkan kerugian hasil kerana padi yang sepatutnya dituai telah relai terlebih dahulu di antara 10-20 hari sebelum matang. Serangan padi angin pada tahap 35% akan menyebebkan jumlah penurunan hasil meningkat kepada 50-60%. Kualiti padi dan beras akan terjejas.
Langkah Pengawalan Padi Angin.
1. Penyediaan tanah yang rapi
2. Mencabut padi angin
3. Membuang tangkai padi angin
4. Memperbaharui biji benih padi yang sah
5. Biji padi yang berkualiti dng percambahan yang baik.
6. Perlu dibersihkan sebelum memulakan kerja
7. Mengawal pergerakan traktor dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan mengeluarkan pas kebenaran.
8. Pemilihan racun rumpai yang bersesuaian dan khusus untuk kawalan anak padi batat dan padi angin.
Penyerahan Bantuan Peralatan Ladang Kepada Peserta Projek Pemulihan Tanah Sawah Terbiar Daerah Papar.



Read more...

MAJLIS PELANCARAN MELABUH TUKUN TIRUAN DI PERAIRAN RAMPAYAN ULU, KOTA BELUD.

Hari ini 23/11/2009 saya melancarkan majlis melabuh tukun tiruan jenis kuboid (berat 6 tan tiga tingkat) sebanyak 20 unit di kawasan perairan Rampayan Ulu, Kota Belud. Objektifnya ialah tukun akan dijadikan takat ikan / kawasan pembaikan ikan dan hidupan akuatik yang lain, dalam masa yang sama membantu memulihkan sumber perikanan pantai yang pada masa ini sudah merosot. Tukun juga akan jadi penghalang pencerobohan pukat tunda di persisiran pantai kurang 5 batu nautika dari pantai, Apabila kawasan tukun sudah mempunyai banyak ikan serta pelbagai hidupan akuatik, ia juga akan menjadi tarikan aktiviti pelancongan dimasa akan datang dan akan menjadi satu sumber pendapatan baru kepada nelayan tempatan. Hadir sama dalam majlis itu Pengarah Perikanan Sabah Rayner Datuk Stuel Galid, Para Pegawai Perikanan Negeri, Pegawai Perikanan Kota Belud Lamjah Jukah, Pemimpin-Pemimpin Masyarakat dan sekitar 300 orang penduduk kampung .

Gambar Kenangan bersama dari kanan Roslan Hj Mansor, Mukim Hj Samad, Ibadat Hj Makmud, Musram Rangkuman, Lamjah Jukah, Aliudin Piatu, Hj Arikin Albih, Hj Jailun Pasal, Rayner Datuk Stuel Galid, Akim Hj Salleh, Harapan Hj Karim.

















Read more...

Thursday, November 19, 2009

TULISAN JAWI DI PAPAN TANDA JALAN UTAMA KOTA BELUD DILAKSANAKAN MULAI TAHUN 2010

SAYA MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA ZUBAIDI ABAS(PENGARAH DBP SABAH) SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH EN.MUZIAT YUSOF


Tulisan Jawi pada papan tanda jalan utama di Kota Belud akan dilaksanakan di Kota Belud pada tahun hadapan(2010). Dalam kunjungan hormat Pengarah DBP Sabah, En.Zubaidi Abas ke Pejabat saya di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Kota Kinabalu kami telah bersepakat untuk membincangkan perkara ini bersama Pejabat Daerah Kota Belud, Majlis Daerah dan pihak JKR untuk mengenal pasti jalan-jalan utama yang hendak dipasang dengan tulisan jawi.


Saya berharap dengan terlaksananya tulisan jawi di sekitar Kota Belud, citra bahasa kebangsaan dapat dimartabatkan bersesuaian dengan saranan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menyemarakkan bahasa kebangsaan di semua peringkat. Saya juga menyokong pemasangan papan iklan Bahasa Jiwa Bangsa.

Read more...

Sunday, November 15, 2009

BAJET NEGERI SABAH MENCIPTA SEJARAH MELEPASI ANGKAH 3 BILION



KOTA KINABALU 13 Nov. - Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan RM3.304 bilion bagi Bajet 2010, peningkatan sebanyak RM525.5 juta berbanding RM2.778 bilion bagi Perbelanjaan Perbekalan 2009.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, peningkatan sebanyak 18.9 peratus itu merangkumi tiga komponen utama iaitu emolumen, perbelanjaan berulang dan perbelanjaan khas.
"Perbelanjaan emolumen meningkat sebanyak RM2.42 juta kepada RM583.48 juta, perbelanjaan berulang meningkat sebanyak 7.5 peratus kepada RM949.57 juta dan perbelanjaan khas meningkat RM1.771 bilion berbanding RM1.314 bilion pada 2009.
"Ini jelas membuktikan keprihatinan, keikhlasan dan komitmen berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang benar-benar serius dalam memacu pembangunan dan kemajuan negeri serta rakyat," katanya.
Musa berkata demikian ketika membentangkan Bajet Sabah 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau berkata, meskipun bajet kali ini masih defisit, kerajaan negeri berupaya menanganinya dan ia tidak akan menjejaskan kepentingan rakyat.
Jelasnya, hasil negeri Sabah bagi tahun 2010 dianggarkan berjumlah RM3.127 bilion berbanding hasil disemak pada tahun ini sebanyak RM2.707 bilion.
Menurutnya, anggaran perbelanjaan negeri bagi pembangunan 2010 adalah RM1.109 bilion iaitu meningkat sebanyak RM69.35 juta berbanding anggaran tahun 2009 sebanyak RM1.040 bilion.
Musa memberitahu, selain itu kerajaan negeri juga dijangka mendapat peruntukan Persekutuan berjumlah RM1.158 bilion bagi melaksanakan program pembangunan negeri.
"Peruntukan daripada Persekutuan ini adalah dalam bentuk pinjaman, imbuhbalik dan pemberian langsung, jadi jumlah peruntukan pembangunan keseluruhan untuk 2010 adalah RM2.268 bilion," katanya.
Dalam pada itu katanya, strategi dalam Bajet 2010 ialah memastikan pelaksanaan semua program terus berjalan rancak.
Selain itu katanya, kerajaan negeri juga akan turut mempersiapkan jentera awam negeri ini dalam melaksanakan pakej transformasi dan hala tuju strategik Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Sementara itu katanya, Sabah tidak mengalami kesan negatif seteruk yang dirasai negara-negara lain khususnya dalam berhadapan krisis kewangan.
"Sebaliknya Sabah menikmati kesan positif daripada kenaikan harga kelapa sawit dan petroleum mentah.
"Imbangan dagangan negeri meningkat sebanyak 133 peratus dengan lebihan dagangan yang tinggi iaitu sebanyak RM18.1 bilion dicatatkan dalam tahun 2008," jelasnya.

Read more...

Tuesday, November 03, 2009

TURUN PADANG: Hadir di Majlis Sambutan Hari Raya SK Tamau




Gambar di bawah: Berkesempatan berkunjung ke rumah Roslan Hj Mansor AJK Umno bahgian Kota Belud



Pada 23hb oct jam 8.30 malam saya telah dijemput menghadiri majlis hari raya anjuran PIBG SK Tamau, Saya amat kagum dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh PIBG SK Tamau, walaupun syawal telah berlalu namun majlis itu tetap diteruskan. En Ladim Hj Abdul Rahman YDP PIBG SK Tamau dalam ucapannya mengatakan tujuan majlis itu diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat kampung dan guru-guru SK Tamau.Beliau juga meluahkan rasa sedihnya kerana ada ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke kelas tambahan MEMBASMI BUTA HURUF di sekolah itu walaupun ianya diadakan secara percuma oleh PIBG.

Guru Besar sekolah, En Rosli Umbang dalam ucapannya menekankan soal perpaduan, katanya kejayaan yang besar hanya boleh dicapai melalui perpaduan yang mantap dikalangan rakyat, justeru beliau menyeru agar ibu bapa dan guru bersatu dan berkerjasama dalam usaha mencapai misi sekolah SK Tamau melahirkan modal insan yang cemerlang.


Sesungguhnya saya amat gembira dan terharu melihat komitmen yang ditunjukkan oleh PIBG SK Tamau dalam usaha mereka melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Selaku wakil rakyat saya sentiasa bekerjasama dengan PIBG di seluruh kawasan tempasuk dalam menjayakan misi pendidikan ini. Walaupun saya tewas dalam pilihanraya yang lalu di daerah mengundi Tamau namun saya tidak pernah menganggap orang Tamau musuh saya, begitu juga tidak pernah menganggap orang Tamau memusuhi saya. Itulah sebabnya saya sentiasa hadir ke majlis sama ada kecil atau besar yang diadakan di daerah mengundi Tamau. Saya tidak ada masalah untuk berkerjasama dengan sesiapapun asalkan mereka ikhlas dalam usaha membangunkan rakyaat.

Dari segi pembangunan daerah mengundi Tamau tidak pernah diabaikan, selain daripada bakal memiliki sekolah kebangsaan baru, kemudahan-kemudahan asas yang lain sedang rancak dilaksanakan terutama sekali menyelanggara sistem perparitan dan pengairan, membina jalan-jalan ladang, membaiki masjid, membina jeti nelayan dan sebagainya. Pada saya kemakmuran hidup rakyat adalah menjadi kepuasaan saya.

Sewaktu balik, saya berkesempatan berkunjung ke rumah Roslan Hj Mansor seorang Ajk Umno bahagian Kota Belud, berjumpa dengan ayahandanya Tuan Hj Mansor seorang pejuang lama yang telah banyak menyumbang khidmat bakti terhadap perjuangan parti, beliau kini masih memegang jawatan Ketua Cawangan Umno kg. Tamau Selatan.





































































































































































































Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP