MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENGAWALAN PADI ANGIN PERINGKAT DAERAH PAPAR, BEAUFORT, SIPITANG DAN KUALA PENYU.
Hari ini saya berada di Papar, mewakili YB Datuk Seri Panglima Hj Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah merasmikan majlis Pelancaran kempen pengawalan Padi angin peringkat Daerah Papar, Sipitang dan Kuala Penyu di dewan masyarakat baru Papar. Hadir sama YB Datuk Rahim Ismail Adun Pantai Manis merangkap Pengerusi LKIM, En Idrus Shafie Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), En Imus Onsiang, Tuan Iman Ali Pegawai Daerah Papar, En Teo Sun Sin Ketua Pegawai Penyelidik, En Jamaluddin Lani Pegawai Pertanian Papar dan para pegawai Jabatan Pertanian Negeri Sabah.
Padi Angin adalah rumpai yang sangat merbahaya kerana ia sukar di kesan dan ia menyerupai padi sebenar. Padi angin adalan kecukan antara padi moden dan padi liar. Setelah dibuat ujian MARDI, dapat dikenalpasti bahawa padi ini lebih menyerupai padi moden, walaupun sejenis padi angin yang menyerupai padi liar. Ciri-cirinya adalah mudah relai, lebih tinggi daripada padi biasa dan biji benihnya berpigmen dan berekor. Padi angin lebih merbahaya daripada rumput sambau sekiranya tidak dikawal dari peringkat awal. Belum ada racun rumpai yang boleh mengawal padi angin tanpa menjejaskan padi biasa. Kesan ancaman padi angin boleh menyebabkan kerugian hasil kerana padi yang sepatutnya dituai telah relai terlebih dahulu di antara 10-20 hari sebelum matang. Serangan padi angin pada tahap 35% akan menyebebkan jumlah penurunan hasil meningkat kepada 50-60%. Kualiti padi dan beras akan terjejas.
Langkah Pengawalan Padi Angin.
1. Penyediaan tanah yang rapi
2. Mencabut padi angin
3. Membuang tangkai padi angin
4. Memperbaharui biji benih padi yang sah
5. Biji padi yang berkualiti dng percambahan yang baik.
6. Perlu dibersihkan sebelum memulakan kerja
7. Mengawal pergerakan traktor dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan mengeluarkan pas kebenaran.
8. Pemilihan racun rumpai yang bersesuaian dan khusus untuk kawalan anak padi batat dan padi angin.
1. Penyediaan tanah yang rapi
2. Mencabut padi angin
3. Membuang tangkai padi angin
4. Memperbaharui biji benih padi yang sah
5. Biji padi yang berkualiti dng percambahan yang baik.
6. Perlu dibersihkan sebelum memulakan kerja
7. Mengawal pergerakan traktor dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan mengeluarkan pas kebenaran.
8. Pemilihan racun rumpai yang bersesuaian dan khusus untuk kawalan anak padi batat dan padi angin.
1 comments:
Salam,
YB Datuk, setelah membaca beberapa komen atau tuduhan liar dari beberapa blogger, hati saya sedikit terguris kerana sebagai rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan dan perjuangan Datuk selama ini, apa yang saya perhatikan bahawa Datuk benar-benar ikhlas demi rakyat cuma mereka yang berkepentingan peribadi dan kecewa kerana gagal memenuhi kepentingan peribadi cuba memburuk-burukkan image datuk di mata rakyat...syabas dan tahniah semoga bukan saja jelapang padi bahkan saya juga mengharapkan pembangunan yang lain muncul daripada perancangan yb datuk.
Namun demikian, harap Yb datuk memberikan penjelasan yang sewajarnya agar tomahan mereka terjawab dengan keikhlasan datuk. tomahan ini saya terbaca khasnya di blog uladtangila.blogspot.com..semoga yb datuk success selalu...terima kasih...ikhlas dari penyokong kuat datuk
Post a Comment