Friday, October 02, 2009

PROGRAM PENTARAMA PADA TAHUN 2008




Tulisan Jawi pada papan-papan tanda di Kota Belud ditingkatkan

KOTA BELUD : Penggunaan tulisan jawi pada papan-papan tanda di sekitar bandar Kota Belud dan jalan-jalan utama ke kampung-kampung tertentu di daerah ini akan ditingkatkan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli berkata Umno daerah berkenaan bertekad untuk menggerakkan usaha ini sebagai langkah permulaan bagi merintis jalan untuk memartabatkan tulisan jawi.

Beliau berkata Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah sudah menyuarakan sokongan mereka terhadap usaha itu di samping bersedia membantu pelaksanaannya, dan beliau seterusnya menyarankan agar penggunaan tulisan Jawi diperluaskan di seluruh Sabah.

Menurutnya penggunaan tulisan jawi yang meluas mencerminkan budaya Malaysia yang berbilang, menjadikan minat masyarakat terhadap keunikan tulisan itu perlu dipupuk agar ia tidak hilang begitu sahaja.

”Saya adalah pencinta Budaya Malaysia berbilang kaum. Saya sangat berminat dengan keunikan tulisan jawi yang menjadi simbol kepada perpaduan Melayu dan berharap tulisan jawi tidak pupus ditelan zaman,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan konsert Pentarama anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Dewan terbuka Kampung Taun Gusi dekat sini malam kelmarin.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu Musbah berkata, rakya Malaysia bertuah kerana memiliki kerajaan yang sentiasa prihatin mengenai masalah rakyat serta mementingkan perpaduan.
-SUMBER DARIPADA BERNAMA ( 11 OGOS 2008 )

8 comments:

Unknown October 3, 2009 at 2:31 AM  

assalammualaikom....

terimakasih YB kerana sudi menjengah blog http://anakkhas.blogspot.com.
Saya cadangkan YB follow blog saya http://bloganakkhas.blogspot.com
dan www.anakkhas.com
selain kita dapat saling mengenali disana juga terdapat ramai pengunjung untuk mempromosikan blog YB.
Saya juga dapat mempromosikan blog saya.

Berkaita isu tulisan jawi, saya menyokong penuh tindakan Yb itu. Sekiranya YB pernah melawat kelantan, Yb akan melihat pekara ini telah lama dilaksanakan di sana.

Unknown October 3, 2009 at 4:39 AM  

harap sudah banyak papan tanda tulisan Jawi di Kota Belud setelah setahun berlalu.

Anonymous,  October 4, 2009 at 3:39 PM  

Assalamualaikum YB Datuk,

ABIM Sabah menyokong penuh saranan untuk utk menggunakan Tulisan Jawi di Daerah Kota Belud.

Pihak kami bersedia untuk memberi kerjasama utk merealisasikan perkara tersebut.

Mustapha Hj. Sakmud
Timbalan Yang Di Pertua
ABIM Sabah.

ADUN TEMPASUK October 5, 2009 at 2:39 AM  

Salam buat Arif Omar dan Anakkhas,

Saya telah membuka laman blog sdr dan akan sentiasa mengikuti perkembangannya.

Demikian juga blog anakkhas.Mengenai tulisan jawi,saya akan usahakan agar ianya menjadi realiti.TK

ADUN TEMPASUK October 5, 2009 at 2:43 AM  

Salam denakan Musli,

Cadangan ini saya utarakan semasa bertemu dgn orang2 kuat DBP.Tapi maklumah oleh kerana kesibukan menghadapi pemilihan Umno Bahagian KB,perancangan itu tertunda sekejap.

Tapi Insyaallah,program itu diteruskan juga. Saya akan membuat kunjungan kepada Pengarah DBP.

ADUN TEMPASUK October 5, 2009 at 3:01 AM  

Yunus,

Ya,itulah yang saya harapkan.Saya amat mengalu-alukan bantuan daripada belia Sabah

jafli maton October 5, 2009 at 9:23 AM  

Askum Denakan,
Salam ziarah dan salam aidil fitri..ampun maaf dipinta,belum sempat berkunjung lagi..tahniah atas kelahiran cahayamata!..

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP