Saturday, October 03, 2009

PROGRAM MAJLIS BELIA DI DUN TEMPASUK


MBS sokong Saranan Jahid Agar Belia Perlu Kaji Berita Dalam Blog

KOTA BELUD : Majlis Belia Sabah menyokong saranan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah agar para belia perlu menganalisis terlebih dahulu berita yang diterima daripada laman blog terutama yang berbentuk hasutan.

Presiden Majlis Belia Sabah, Mustafa Hj Sakmud (GAMBAR) berkata para belia telah dididik dengan budaya berfikir secara kritis untuk mempertimbangkan maklumat yang diterima.

”Saya berpendapat sesuatu berita yang diperolehi tidak harus diterima bulat-bulat dan kita hendaklah mengkaji berdasarkan kebenarannya. Bagi saya yang benar tetap benar, yang salah tetap salah dan kita telah mengajak rakan-rakan belia untuk berfikiran kritis,” katanya.

Selain itu, Yunus mengharapkan para belia tidak menghabiskan waktu dengan budaya sistem pesanan ringkas (SMS) yang berbentuk menghasut dan melalaikan . Menurut beliau sms diperlukan untuk perkara penting sahaja dan ianya perlu dikurangkan sebagai kaedah berjimat cermat.

Pembanu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Jahid Jahim telah menyempurnakan majlis perasmian penutupan Jati diri Kesukarelaan Nasional di Dewan Terbuka Kampung Taun Gusi, Kota Belud yang dihadiri oleh ribuan masyarakat setempat.

8 comments:

YANG GAMBI October 3, 2009 at 9:53 PM  

Tahniah, semoga program-program menghampiri serta bermesra dengan generasi muda diteruskan bagi menghindari dari golongan iblis merasuk mereka.....

Unknown October 4, 2009 at 2:38 AM  

salam,

Mustafa Hj Sakmud presiden MBS. siapa pula Yunus?

Memang benar kaum remaja jgn cepat menerima bulat-bulat maklumat yg diterima daripada media alternatif.

dalam masa yg sama, media perdana juga perlu lebih telus untuk menyiarkan maklumat supaya tidak membosan golongan remaja.

Datu pitung October 4, 2009 at 3:21 PM  

salam datuk..

izin sy memberi sedikit pandangan sbgi golongan belia..

sy bpendapat bukan semua berita dari blog di terimah oleh golongan ini, sebahagian nya di terimah melalui perkara yg berlaku di depan mata..tidak di nafikan banyak perkara yang menjadi contoh kepada golongan ini untuk berfikir secara kritis dan inovatif..sebagai contoh masalah bekalan air bersih di sekitar daerah kota belud..

blogger yang bertanggunjawab menyiarkan maklumat untuk para bloggger yg lain, tak kira yang berbentuk hasutan dan sebagainya memang golongan belia ini dapat mengesan terlebih awal kerana sebahagian blogger menyiarkan maklumat, hanya untuk kepentingan peribadi semata mata..

justeru itu hanya golongan belia sahaja yang tidak menggunakan akal fikiran serta ilmu yang ada untuk menilai sesuatu maklumat itu benar atau tidak..

dan disini sy memberi sedikit pandangan kepada majlis mesra bersama belia..beberapa persoalan yang timbul bila membaca artikel ini..iaitu golongan belia yang hadir dlm majlis ini adakah melebihi golongan veteran? majlis ini hanya di khususkan kpd belia tapi siapa ka yang hadir? kemana belia khususnya di daerah KB? adakah HANG OUT menjadi budaya belia di sana? sepatutnya majlis yg lebih kreatif untuk lebih mendekati golongan ini diadakan untuk menarik minat belia dan bukan hanya dalam soal berpolitik malah merangkumi kehidupan soisal belia itu..

maaf kan sy jika ada terkasar bahasa..sekian dan terimah kasih.

Anonymous,  October 4, 2009 at 3:46 PM  

Terimakasih YB kerana highlight kembali berita ini.

Teruskan perjuangan dalam berjihad dalam membasmi kemiskinan terutama di Daerah Kota Belud

Mustapha Hj. Sakmud, MBS

Sdr. Musli,

Kalau di kampung saya memang dikenali sebagai Yunus. Ada sejarah penting disebalik pertukaran nama ini.

ADUN TEMPASUK October 5, 2009 at 2:29 AM  

Salam buat Yang Gambi,
Saya juga cuba untuk memberi komitmen untuk para belia yang menjadi pelapis kepimpinan.Terima kasih kerana selalu berkunjung

ADUN TEMPASUK October 5, 2009 at 2:31 AM  

Denakan Musli,

Terima kasih kerana tak jemu-jemu memberi komen dalam setiap paparan saya.Setiap pandangan sdr amat saya hargai.TQ

ADUN TEMPASUK October 5, 2009 at 2:33 AM  

Salam buat Datu Pitung,

Saya telah membaca ulasan sdr. TQ

ADUN TEMPASUK October 5, 2009 at 2:35 AM  

Salam denakan Mustapha@Yunus,

Saya biasa dengan panggilan Yunus sejak awal lagi.Setiap usaha belia, saya sangat hargai.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP