Tuesday, February 09, 2010

LAWATAN KERJA KE KAMPUNG TABURAN

Hari ini saya melawat kampung Taburan hadir dimajlis Dialog dan perjumpaan bersama rakyat. Majlis ini dianjurkan oleh badan JKKK kg. Taburan. Majlis seperti ini amat baik kerana meleluinya kita mendapat maklum balas secara langsung daripada penduduk kampung dan dapat penjelasan daripada pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam usaha kita melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan ini selaras dengan konsep satu malaysia rakyat didahulukan pencapaian di utamakan.

Sewaktu majlis dialog berjalan, antara isu utama dikemukakan oleh masyarakat kampung adalah soal status terkini projek menaik taraf Jalan Raya daripada Kg.Timbang, Sarang, Dudar hingga Taburan yang telah lama di tunggu-tunggu oleh penduduk kampung.

Jawapan saya, tentunya saya berusaha keras untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan bagi menaik taraf jalan raya tersebut memandangkan jalan raya yang ada sekarang ini amat teruk. Berita baik yang saya ingin sampaikan pada hari ini ialah bahawa kerajaan telah meluluskan projek tersebut iaitu sejauh 15 kilometer sehingga ke kampung dudar dengan kos 37 juta dan akan dilaksanakan pada tahun ini, manakala selebihnya iaitu daripada kg. Dudar ke Kg. Taburan sejauh 5 kilometer telah dimasukkan dalam rancangan malaysia ke 10 iaitu bermula pada tahun depan. Pengumuman ini disambut dengan tepukan serta sorakan daripada orang ramai yang hadir, menadakan mereka amat mengharapkan jalan ini dinaik taraf.

Antara pertanyaan lain yang dikemukakan ialah berhubung dengan permohonan tanah yang sudah lama dipohon oleh penduduk kampung tetapi sampai sekarang belum dapat diproses oleh pejabat tanah daerah. Wakil daripada pejabat tanah iaitu Sdr Juli Umbang meminta supaya penduduk yang terlibat berjumpa beliau di pejabat dan membawah resit permohonan bersama mereka.

Dalam soal permohonan tanah ini juga saya mengshorkan agar ketua kampung dan pengerusi JKKK menyenaraikan nama-nama penduduk kampung yang terlibat dengan resit permohonan mereka sekali untuk dikemukakan kepada pejabat tanah dan disalinkan kepada saya selaku wakil rakyat untuk tujuan pemantauan terhadap tindakan selanjutnya.

Masalah kemudahan asas yang dikemukakan kebanyakannya telah diambil tindakan dan kini sedang menunggu kelulusan daripada Pejabat Daerah Kota Belud dan juga lain-lain jambatan yang berkaitan.

Majlis Dialog pada pagi ini berjalan dengan lancar dan teratur, penduduk kampung merasa gembira dan puas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat. Hadir sama dalam majlis ini ialah, En. Hamdan Hj Sarudin Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, En. Julih Umbang wakil Pejabat Tanah, En. Ahmad wakil Pejabat Kesihatan, En. Madlan Hj Salem wakil Jabatan Pelajaran, Eh Muneh Sikin wakil Pejabat Pertanian, En Awadnir Matanggal Timbalan Ketua Umno Bahagian, En Baghdad Terugan PKR Kawasan Tempasuk, Siang Sibin CDO Kawasan Tempasuk dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain.



Gambar di bawah bersama Puan Sunah bekas Ketua Cawangan Usno Kg Taburan












Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP