Thursday, July 15, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM TERIMA KASIH CIKGU SEMPENA HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2010

Malam ini saya berada di Dewan Tun Said Kota Belud, menjadi tetamu kehormat dan meraihkan guru-guru di Daerah Kota Belud dalam satu majlis, makan malam Terima Kasih Cikgu Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud 2010 yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun seluruh negara menyambut Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Penghormatan ini amat layak diberikan atas kegigihan guru-guru memberikan segala tunjuk ajar serta mendidik murid-murid untuk menjadi insan cemerlang yang berilmu dan berpekerti mulia. Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab seorang guru merupakan tugas yang amat mulia.

Saya ingin mengucapkan ”Selamat Menyambut dan Merayakan Hari Guru” kepada semua warga pendidik. ”Terima Kasih Cikgu” atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab dan memikul amanah rakyat. Saya amat memahami bahawa tugas mendidik merupakan suatu tugas yang berat dan mencabar. Namun begitu, saya percaya cabaran-cabaran ini mampu diatasi dengan kesungguhan dan iltizam yang tinggi.

Saya menaruh penuh keyakinan dan berharap guru dapat memainkan peranan yang penting ini. Selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru turut berada di saf hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.

Dalam merealisasikan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kita perlu menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan untuk membina kumpulan tenaga kerja yang berpengetahuan, inovatif, kreatif dan berdaya saing. Guru perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk memastikan kejayaan pelajar dalam setiap aspek kehidupan mereka. Guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang guru untuk membolehkan ia memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi pada setiap masa. Ingatlah bahawa peranan kita sentiasa dinilai oleh masyarakat. Guru juga perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya guru terus dihormati dan menjadi role model kepada anak didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah berjuang membina negara bangsa kerana Malaysia amat memerlukan khidmat bakti para guru.

Kepada semua guru, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah tuan-puan sumbangkan. Jasa dan pengorbanan kita akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap dikenang sepanjang hayat.

“Selamat Menyambut Hari Guru”












Read more...

Friday, July 09, 2010

PESTA KAAMATAN KAMPUNG RANTAI ROSOK

Perayaan pesta kaamatan di DUN Tempasuk yang sempat saya hadiri pada tahun ini mendapat sambutan yang begitu baik. Penglibatan masyarakat kampung khusnya golongan petani dan generasi muda amat menggalakkan. Keadaan ini dapat kita lihat daripada jumlah kehadiran beribu-ribu rakyat turut serta bagi meraikan pesta pada tahun ini.

Mungkin Ini adalah disebabkan para petani sudah mula terasa impak pembangunan khusnya dari segi pembangunan ekonomi yang sedang rancak dilaksanakan dikawasan mereka menyebabkan mereka sudah mula bergembira dan turut serta dalam meraihkan perayaan pesta kaamatan yang disambut pada setiap tahun.

Kommitmen kerajaan dalam memberikan pembangunan kepada rakyat bukanlah merupakan janji-janji kosong, tetapi ianya sudah mula terasa dan kelihataan. Rata-rata rakyat mengatakan seolah-olah mereka seperti mimpi melihat Projek Pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan dimerata-rata tempat di kawasan DUN Tempasuk.

Di Daerah Mengundi Rosok ini sahaja, menaik taraf Jalan Raya yang sudah sekian lama dipohon oleh mesyarakat kampung semenjak kerajaan PBS lagi kini sudah siap dilaksanakan, bangunan baru SK Rosok sedang dalam pembinaan. Begitu juga kemudahan yang lain seperti Air dan Letrik.

Dari segi pembangunan ekonomi berasakan pertanian, kerja-kerja pembinaan jalan raya menuju kawasan sawah padi, pembersihan parit, menaik taraf pengairaan dan saliran sedang rancak dilaksankan, ada yang sudah siap, ada yang sedang dilaksanakan, ada yang sedang dalam kajian. Walaupun Projek Jelapang Padi baru bermula namun para petani sudah mula terasa kesannya. Projek Agropolitan untuk membasmi kemiskinan, berasaskan tanaman getah seluas 2,000 ekar di kawasan ini, sebahagian dari pakej projek ini sudah di tender dan akan dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja.

Ini semua membuktikan kerajaan barisan Nasional Komited dalam usahanya membangunkan masyarakat luar bandar melelui pelbagai program pembangunan baik dari segi kemudahan asa, pendidikan dan peningkatan ekonomi rakyat.

Selaku wakil Rakyat tentunya saya amat bangga melihat perkembangan ini, saya mengharapkan agar rakyat terus menunjukkan komitmen dalam usaha meningkatkan ekonomi dan menyokong penuh usaha kerajaan untuk membasmi kemaskinan di negara ini.





Read more...

Monday, July 05, 2010

KAMPUNG DUDAR TIDAK KETINGGALAN DARI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA

Hari ini saya berada di kampung Dudar Laut, di majlis penyerahan bibit getah klon latex balak dan merasmikan Tanaman Getah secara berkelompok di dua buah kampung ia itu Kg. Dudar Ulu dan Kg. Dudar Laut.

Berdasarkan statistik semasa, tanaman getah boleh menghasilkan pendapatan Rm 500.00 sebulan setiap seekar, ini bererti kalau kita ada tiga ekar kawasan tanah kita boleh meraih pendapatan Rm 1,500.00 setiap bulan dan ini boleh mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan.

Sebanyak 5,000 pokok getah saya agihkan kepada penduduk kampung melelui peruntukan saya, manakal LIGS di bawah kementerian saya membangunkan 300 ekar kawasan tanah ditanam dengan getah secara berkelompok didua buah kampung ia itu Dudar Ulu dan Dudar Laut. Sasaran kita untuk daerah Kota Belud ialah seluas 20,000 ekar yang melibatkan ketiga-tiga kawasan DUN ia itu Tempasuk, Kedamaian dan Usukan.

Saya juga telah berbincang dengan Pegawai Daerah Kota Belud, untuk membawah Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) berasaskan tanaman getah ke kawasan ini, memandangkan di sini terdapat ramai rakyat miskin tegar dan miskin. Program ini amat sesuai dilaksanakan di kawasan ini bagi membantu mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan.

Dalam kesempatan ini, saya meninjau beberapa buah rumah yang amat daif. Saya menaiki rumah Pak Cik Pilang yang hanya mampu berkata " Tolong saya Datuk" hati mana yang tidak terasa hiba, apabila mendengar rintihan seorang tua yang tidak berupayah tinggal disebuah rumah yang cukup usang. Saya telah berjanji kepada Pak Cik Pilang untuk berusaha mendapatkannya sebuah rumah yang lebih baik, semoga tohan melindungi kamu.




Jalan Raya yang sedang dinaik taraf menuju ke kampung Dudar


Di majlis Penyerahan Bibit Getah klon latex balak


Meninjau kawasan tempat tanaman getah secara berkelompok oleh LIGS



Meninjau kawasan perkampungan.


Beginilah keadaan rumah Pak Cik Pilang yang sempat saya lihat sendiri

Read more...

Monday, June 21, 2010

MERASMIKAN PESTA KAAMATAN ANJURAN PERSATUAN TOBILUNG BERSATU SABAH (TOBISA)

Hari ini 28hb mei 2010, saya merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan yang dianjurkan oleh Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA) diadakan di Rumah Kebudayaan Tobilung Kg. Timbang Kota Belud.

Dalam ucapan Presiden (TOBISA) En Muji Nc Ampau juga merupakan Jurutera Daerah JKR Daerah Pitas dan juga Ketua Bahagian Upko Kota Belud, beliau mengucapkan terima kasih kepada saya dan Kerajaan Barisan Nasional kerana telah meluluskan peruntukan Jalan Raya daripada Kg Timbang menuju ke kg. Dudar di mana kebanyakan penduduknya terdiri daripada suku kaum Tobilung. Dengan siapnya Jalan Raya ini nanti, bukan saja ianya memberi kemudahan prasarana yang lebih selesa kepada rakyat tetapi dalam masa yang sama ianya akan turut membangunkan sosio ekonomi rakyat, oleh kerana YB kita ini mempunyai agenda yang cukup jelasa dalam perjuangannya untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan sekali gus mengeluarkan rakyaat daripada belenggu kemiskinan melelui projek ekonomi seperti Jelapang Padi dan Agropolitan Kota Belud. Saya harap YB dapat melihat potensi daerah mengundi dudar ini daripada sudut pembangunan ekonomi.

Jalan Raya ini, saya telah umumkan kelulusannya pada tahun lalu ketika merasmikan perayaan yanga sama dan di tempat yang sama, memandangkan peruntukan Jalan Raya ini sudah lama di tunggu oleh penduduk beberapa kampung yang terlibat. Sekarang mereka merasa lega kerana Jalan Raya yang dimaksudkan itu telahpun mula dilaksanakan pada bulan april yang lalu dan dijangka siap pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak 37 juta. Saya juga telah memberi keutamaan projek sambungan Jalan Raya Dudar, Taburan, Mendawang dalam pelaksanaan projek NKRA
.



Posted by Picasa

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP