Tuesday, October 06, 2009

DINO AKHIRI ZAMAN BUJANG

HARI BAHAGIA...DINO DAN LINDA DI HARI PERSANDINGAN. SELEPAS INI AKAN MELAKARKAN HARI ESOK BERNAMA KEHIDUPAN BUAT MEREKA HINGGA KE ANAK CUCU.

ADUN TEMPASUK(KANAN) SEDANG MENYAKSIKAN PERSANDINGAN DUA MEMPELAI.TAPI SEMPAT MENDENGAR PERMASALAHAN RAKYAT DI PERINGKAT AKAR UMBI.TURUT KELIHATAN HJ SALAM GIBANG
DI TENGAH-TENGAH GELANGGANG MASYARAKAT KETIKA MENYAKSIKAN PERSANDINGAN KEDUA MEMPELAI. ACARA SEUMPAMA INI DAPAT MEMPERTEMUKAN PEMIMPIN DENGAN MASYARAKAT DI PERINGKAT AKAR UMBI BAGI MENYAMPAIKAN MAKLUMAT TERKINI TENTANG DASAR KERAJAAN BN


PEMIMPIN BELIA....TURUT HADIR MUSTAFFA SAKMUD@YUNUS ,MENYAKSIKAN PERSANDINGAN DINO.PELUANG YANG TERBAIK UNTUK BERTEMU DENGAN SANAK SAUDARA YANG JAUH DAN DEKAT. KESIBUKAN BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK MELUANGKAN MASA BERTEMU DENGAN SANAK SAUDARA


SANAK SAUDARA YANG BERADA JAUH DAN DEKAT SEMASA MENGIRINGI PENGNTIN LELAKI. SEMOGA MEREKA DAPAT MELIHAT GAMBAR YANG DIPAPARKAN DALAM BLOG INI SEBAGAI KENANGAN DAN TATAPAN CUCU CICIT PADA MASA AKAN DATANG




BERTEMU DENGAN KAWAN LAMA DI KAMPUNG JAWI-JAWI (RUMAH DINO).PEMIKIRAN PERLU DISATUKAN BAGI MENJAYAKAN SESUATU PERANCANGAN DAN TINDAKAN.KOMBINASI KEMAHIRAN AMAT PENTING BAGI MEREALISASIKAN SESUATU VISI KEMAJUAN KHUSUSNYA DALAM MEMBANGUNKAN MINDA MASYARAKAT


KOTA BELUD: Mantan vokalis kumpulan Manara,Rafdin Mensing ,40, atau lebih dikenali sebagai Dino telah mengakhiri zaman bujangnya baru-baru ini. Beliau telah diijabkabulkan dengan Linda Hj.Abdul Rahim pada jumaat lalu dan majlis persandingan beliau telah berlangsung pada sabtu lalu di Kampung Taun Gusi.

Penyanyi ini yang telah menyertai kumpulan Menara di awal tahun 90-an terkenal dengan lagu 'Sayang' yang kerap kali berkumandang di corong-corong radio ketika itu. Turut hadir menyaksikan persandingan Dino dan Linda ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah,merangkap ADUN Tempasuk,Datuk Musbah Hj.Jamli.

Read more...

BERHARI RAYA DI DARUL BAKTI

DAPAT BERJUMPA DENGAN TOH PUAN HAJAH BANDUNG HASBOLLAH. DAH LAMA TAK BERJUMPA.SUATU MASA DAHULU TOH PUAN KERAP DATANG KE KAMPUNG TAUN GUSI DALAM MAJLIS POLITIK DAN KENDURI KAHWIN. DALAM SALASILAH KELUARGA TOH PUAN ADALAH MAKCIK SAYA SEBELAH BAPA DAN IBU.

BERSALAMAN DENGAN DATIN SAIDATUL BADRU YANG AKTIF DALAM AKTIVITI KEBAJIKAN

ANAK YATIM DARUL BAKTI BERGAMBAR KENANGAN DENGAN KUMPULAN SILAP MATA


Pada 3 Oktober 2009,Sabtu,Jam 11.30 Pagi ADUN Tempasuk telah berkunjung ke Rumah Anak-anak Yatim Darul Bakti atas undangan Datin Saidatul Badru Tun Said. Ucapan terima kasih tidak terhingga buat datin.

Read more...

Saturday, October 03, 2009

PROGRAM MAJLIS BELIA DI DUN TEMPASUK


MBS sokong Saranan Jahid Agar Belia Perlu Kaji Berita Dalam Blog

KOTA BELUD : Majlis Belia Sabah menyokong saranan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah agar para belia perlu menganalisis terlebih dahulu berita yang diterima daripada laman blog terutama yang berbentuk hasutan.

Presiden Majlis Belia Sabah, Mustafa Hj Sakmud (GAMBAR) berkata para belia telah dididik dengan budaya berfikir secara kritis untuk mempertimbangkan maklumat yang diterima.

”Saya berpendapat sesuatu berita yang diperolehi tidak harus diterima bulat-bulat dan kita hendaklah mengkaji berdasarkan kebenarannya. Bagi saya yang benar tetap benar, yang salah tetap salah dan kita telah mengajak rakan-rakan belia untuk berfikiran kritis,” katanya.

Selain itu, Yunus mengharapkan para belia tidak menghabiskan waktu dengan budaya sistem pesanan ringkas (SMS) yang berbentuk menghasut dan melalaikan . Menurut beliau sms diperlukan untuk perkara penting sahaja dan ianya perlu dikurangkan sebagai kaedah berjimat cermat.

Pembanu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Jahid Jahim telah menyempurnakan majlis perasmian penutupan Jati diri Kesukarelaan Nasional di Dewan Terbuka Kampung Taun Gusi, Kota Belud yang dihadiri oleh ribuan masyarakat setempat.

Read more...

Friday, October 02, 2009

PROGRAM PENTARAMA PADA TAHUN 2008




Tulisan Jawi pada papan-papan tanda di Kota Belud ditingkatkan

KOTA BELUD : Penggunaan tulisan jawi pada papan-papan tanda di sekitar bandar Kota Belud dan jalan-jalan utama ke kampung-kampung tertentu di daerah ini akan ditingkatkan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli berkata Umno daerah berkenaan bertekad untuk menggerakkan usaha ini sebagai langkah permulaan bagi merintis jalan untuk memartabatkan tulisan jawi.

Beliau berkata Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah sudah menyuarakan sokongan mereka terhadap usaha itu di samping bersedia membantu pelaksanaannya, dan beliau seterusnya menyarankan agar penggunaan tulisan Jawi diperluaskan di seluruh Sabah.

Menurutnya penggunaan tulisan jawi yang meluas mencerminkan budaya Malaysia yang berbilang, menjadikan minat masyarakat terhadap keunikan tulisan itu perlu dipupuk agar ia tidak hilang begitu sahaja.

”Saya adalah pencinta Budaya Malaysia berbilang kaum. Saya sangat berminat dengan keunikan tulisan jawi yang menjadi simbol kepada perpaduan Melayu dan berharap tulisan jawi tidak pupus ditelan zaman,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan konsert Pentarama anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Dewan terbuka Kampung Taun Gusi dekat sini malam kelmarin.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu Musbah berkata, rakya Malaysia bertuah kerana memiliki kerajaan yang sentiasa prihatin mengenai masalah rakyat serta mementingkan perpaduan.
-SUMBER DARIPADA BERNAMA ( 11 OGOS 2008 )

Read more...

Thursday, October 01, 2009

SEJAM BERSAMA SHAM KAMIKAZE



Tiga bulan yang lalu, saya dikunjungi oleh pemuzik tanahair,Shamril Salleh atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze. Pertemuan sejam itu berlaku di pejabat saya di Kampung Taun Gusi iaitu tempat mula-mula saya bertapak dalam dunia perniagaan. Cuma sahaja kunjungan Sham ketika itu lebih kepada perbincangan untuk memajukan dunia seni tanahair di samping perniagaan dalam kesenian.

Saya difahamkan, Sham pernah menjadi Pengarah Muzik Akademi Fantasia (AF2-4) dan bertugas sebagai Pensyarah Muzik di UITM dan Akademi Seni Kebangsaan. Beliau juga kerap kali menyelaras muzik lagu Dato' Siti Nurhaliza. Sham memberitahu saya,bahawa beliau berminat dengan buadaya dan kesenian di Kota Belud.

Dalam paparan kali ini,saya ingin berkongsi idea tentang cara memulihara seni dan budaya pelbagai suku kaum khususnya di Kota Belud agar kekal diminati generasi muda selamanya atau apa-apa sahaja perkara berkaitan tentang budaya pelbagai suku kaum di Kota Belud. Idea dan saranan anda saya sangat hargai. Terima kasih.

Read more...

Wednesday, September 30, 2009

MELAWAT PPRT KG.KAWANG-KAWANG

GAMBAR : WAJAH IBU YANG DERITA. DIA HANYA MAMPU TERSENYUM MELIHAT SAYA DATANG. MASIH SETIA DENGAN RUMAH LAMANYA

GAMBAR : SAYA MASIH MEMBAYANGI KASIH SAYANG SEORANG BAPA. SEMOGA ANAK-ANAK INI DAPAT MERUBAH KEHIDUPAN KELUARGA PADA MASA AKAN DATANG


GAMBAR : RUMAH PPRT YANG TELAH SIAP DIBINA. HANYA MENUNGGU PENYAMBUNGAN BEKALAN ELEKTRIK

GAMBAR : SAYA DAN RAKAN-RAKAN SERTA KELUARGA TERBABIT MENGABADIKAN KENANGAN, SEMENTARA ITU IBU SEDANG ASYIK MEMERHATIKAN KAMI

Beberapa bulan yang lalu,saya menziarahi insan yang meninggal dunia di Kampung Kawang-Kawang. Selepas itu saya sempat bertanya,siapakah keluarga yang paling miskin di kampung tersebut. Lantas seorang rakan memberitahu tentang keluarga itu. Tanpa membuang masa,saya terus melawat keluarga itu. Rasa sebak di jiwa saya melihatnya. Dah lah ditimpa kemiskinan,isterinya mengalami gangguan tekanan akibat kemiskinan.

Saya terfikir,macamanalah mereka menyambung hari-hari mereka yang dinamakan kehidupan. Bagaimana mereka mengecapi kebahagiaan dalam keadaan rumah seumpama itu(dalam serba kekurangan).Satu lagi perkara yang menyedihkan saya,macamana lah perasaan anak-anak melihat keadaan ibu mereka seumpama itu.

Sepanjang perjalanan balik dari Kampung teersebut ke KK saya asyik memikirkan keluarga itu. Sebagai anak,saya memikirkan perasaan mereka. Apatah lagi,sejak kecil saya dah kehilangan seorang ibu. Hanya kepada bapa dan keluarga tempat saya bermanja dan menagih kasih sayang.

Mungkin saudara dan sahabat-sahabatku sekalian tidak percaya,bahawa hidup saya semakin sunyi sejak kehilangan bapa pada 4 tahun yang lalu. Mungkin itulah nasib saya,sejak kecil kehilangan ibu dan di saat-saat saya dalam perjuangan,bapa yang banyak berjasa pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Saya menyedari kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa. Saya faham sangat. Sebab itulah saya tidak akan membiarkan mereka sunyi tanpa perhatian.

Ekoran daripada peristiwa itu, saya mengambil keluarga tersebut sebagai anak angkat saya. Syukur alhamdulillah,rumah baru telah dapat dibina. Sekurang-kurangnya dapat menyuntik semangat kepada mereka untuk terus menyambung hari-hari yang dinamakan kemanisan hidup, bukannya hari-hari membayangi derita.

Read more...

Monday, September 28, 2009

ADUN TEMPASUK BERAYA DI KAMPUNG MERABAU DAN KAWANG-KAWANG

GAMBAR : RUMAH YANG TAK BERPENGHUNI DI KG.KAWANG-KAWANG. PERJUANGAN MEMBASMI KEMISKINAN ADALAH JIHAD

GAMBAR : BERHARI RAYA SAMBIL BERBINCANG DENGAN RAKAN-RAKAN DAN MENDENGAR PERMASALAHAN DI PERINGKAT KAMPUNG

GAMBAR : BERSAMA MASYARAKAT DI KAMPUNG MERABAU BERHARI RAYA DI MASJID KAMPUNG TERSEBUT

Pada hari Sabtu lalu, saya sempat beraya dengan penduduk Kampung Merabau dan Kawang-kawang. Di samping bermaaf-maafan, saya rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan lama. Hari Raya seperti ini dapat mengukuhkan perpaduan di samping merapatkan hubungan dengan rakyat. Jika tiada benteng di antara pemimpin dan rakyat, maka segala tugas dapat berjalan lancar. Bagi saya mendengar masalah rakyat amat penting,walaupun tidak dapat diselesaikan sekaligus.

Dalam perbincangan saya dengan rakan-rakan dan pemimpin kampung, saya sempat menyampaikan mesej bahawa betapa pentingnya rakyat bersatu padu untuk membasmi kemiskinan. Tiada sebarang perkara yang mustahil jika diusahakan bersungguh-sungguh,apatah lagi kerajaan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan. Cuma saja perlu kesedaran daripada rakyat dan tidak mendengar tohmahan orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Saya juga sempat menerangkan kepada masyarakat di kedua-dua kampung tersebut bahawa kerajaan sedang rancak merealisasikan Kota Belud sebagai Jelapang Padi di mana sekarang dalam Fasa 1. Jika telah berjalan sepenuhnya,ianya mampu meningkatkan ekonomi rakyat. Sementara itu, Projek Agropolitan bertujuan untuk membasmi kemiskinan. Saya berharap para sahabat menyokong penuh dan bersatu hati untuk menyokong kedua-dua program ini.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP