Thursday, April 01, 2010

LAWATAN Y.B DATUK SERI NOH OMAR KE TAPAK PROJEK FASA PERTAMA JELAPANG PADI KOTA BELUD

KOTA BELUD 27/3/2010

Hari ini, Y.B Datuk Seri Noh Omar telah melawat ke Daerah kota Belud, untuk melihat sendiri perkembangan Pojek Jelapan Padi Kota Belud yang bermula di kg. Kegurahaan dan melibatkan kawasan kg. Kawang-Kawang, Kisapang dan Kimo-Kimo.

Beliau telah di beri taklimat oleh Pengarah Jabatan Pengairaan dan Saliran Sabah dan juga konsultan Projek tersebut. Beliau dimaklumkan bahawa setekat ini kerja-kerja fizikal telah siap sebanyak 35 peratus dan projek fasa pertama ini dijangka siap sepenuhnya pada januari 2011.

Selepas Takilmat kami melawat kawasan projek, sehingga ke kawasan bukit kisapang. Jalan Raya Ladang dan Saliran sedang dalam pembinaan dan Jambatan serta tapak rumah pam.

Jam 6.30 petang kami beredar dari kawasan tapak projek menuju kampung Pandasan melawat rumah keluarga OKU. Y.B Datuk Seri Noh Omar menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga OKU di kampung tersebut. Beginilah keprihatinan Pemimpin BN, dalam kesibukan merancang memajukan negara dan rakyat tidak lupa kepada orang yang kurang upaya.

Hadir sama dalam lawatan ini, Ahli Parlimen Kota Belud Y.B. Dato' Rahman Dahlan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia Dato’ Mohd. Mokhtar Bin Ismail dan Timbalannya Dato' Hasim, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah En M.C Ismail Salam, Pengarah JPS Sabah En. Ng Chee Hing, dan Pegawai Daerah Kota Belud.



Gambar di bawah berkunjung ke rumah keluarga OKU di Kg. Pandasan



Read more...

MINI MAHA 2010 PERINGKAT NEGERI SABAH

Kota Kinabalu 27/3/2010 Jam 11.00 Pagi

Hari ini saya hadir di majlis Perasmian MINI MAHA PERINGKAT NEGERI SABAH di Padang Merdeka Kota Kinabalu di rasmikan oleh Y.A.B DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ AMAN KETUA MENTERI SABAH. Programe ini telah diadakan bermula pada 26 – 28hb. mac 2010 merupakan julung-julung kali di adakan di Negeri Sabah, tujuannya ialah untuk memperomosikan produk-produk pertanian yang terbaru keluaran tempatan.

Hadir sama Y.B Datuk Seri Noh Hj Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani Malaysia, Y.B Datuk Seri Panglima Yahya Husin Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Read more...

Friday, March 26, 2010

TURUN PADANG

Pada 16/3/2010 yang lalu, Saya telah memenuhi jemputan untuk merasmikan tiga program dalam satu hari.

1. Jam 8.30 Pagi, Saya merasmikan Majlis Permuafakatan Perpaduan anjuran Kawasan Rukun Tetanga Kampung Labuan bersama Petani.

2. Jam 10.00 Pagi, Saya merasmikan Program Juara Rakyat anjuran Umno Bahagian Kota Belud di Kg. Pandasan.

3. Jam 12.30 tengah hari, saya merasmikan penutupan Program kem Belia 10s Anjuran Majlis Belia Sabah gabungan Persatuan Belia Pantai Barat Utara dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Malaysia.


Gambar di bawah bersama petani di Majlis Permuafakatan Perpaduan di Dewan Kampung Labuan



Gambar di bawah bersama Umno Bahagian Kota Belud di Majlis Juara Rakyat di Kg. Pandasan, hadir sama Sdr Alimudin Kaidah Timbalan Presiden PBS merangkap
Ketua Bahagian PBS Kawasan Tempasuk.

Gambar di bawah bersama Belia di Majlis Kem Belia 10s di Ostrich Village Lodge kg. Rampayan Laut



Gambar di bawah menerima cendera kenangan daripada Sdr Mustapha Hj Sakmud Presiden Majlis Belia Sabah


Read more...

Monday, March 22, 2010

RAKYAT TERMISKIN TERUS MENDAPAT PERHATIAN SERTA BANTUAN.

Hari ini 22/3/2010 jam 10.45 pagi saya berada di satu majlis penyerahan elaun saraan kepada peserta projek tanaman cili fertigasi dan cendawan Kota Belud di bawah program pembasmian kemaskinan yang disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Panglima Yahya Hussin ,Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Seramai 100 orang peserta daripada 37 buah kampung di Daerah Kota Belud telah dipilih untuk menyertai program ini. Seramai 81 orang peserta dipilih menyertai penanaman lada fertigisi dan 19 peserta penenaman Cendawan Kelabu. Kos keseluruhan projek ini, lebih kurang 1.3 juta.

Adalah diharapkan usaha murni ini dapat membantu menjayakan matalamat kerajaan membasmi kemiskinan. Dengan adanya komitmen serta usaha bersungguh-sungguh dari peserta, Program ini mampu dilaksanakan dengan lancar dan berkesan serta mencapai matlamat yang dikehendaki. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah sentiasa bersedia memberi panduan dan khidmat nasihat bagi melicinkan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan khusnya dikalangan masyarakat Petani, Penternak dan nelayan di Negeri Sabah ini.

Kita berharap agar program pembasmian kemiskinan di negeri ini terus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berterusan demi kepentingan rakyat dan negeri tercinta ini.



Gambar di bawah tengah berbual dengan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Dato' Hajah Mariam Mas Bt. Yaccob, Kami sama-sama duduk dalam badan AJK Perhubungan Pertanian Sabah dan Sarawak.




Selepas program selesai, saya dan Y.B Datuk Herbert Timbun Lagadan (Adun Kedamaian), Pengarah Pertanian Negeri Sabah En.Ismail Salam, Pegawai Daerah Kota Belud En.Najib Muntok dan Pegawai Kanan Pertanian Kota Belud En.Steven, melawat projek Penanaman Kelapa Mawar di Kg Gaur seluas 125 ekar. Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh kementerian Pertanian melelui Jabatan Pertanian bagi tujuan meningkatkan ekonomi para peserta.



Read more...

TURUN PADANG 21/3/2010

Hadir di Majlis Perkahwinan Anak Jumil Kg. Menunggui



Menziarahi Rumah Puan Norsih Hj Atam Kg. Taun Gusi Peninting yang telah kembali ke rahmatullah subuh tadi.








Hadir di Majlis Perkahwinan di Kg Pintasan




Hadir di Majlis Perkahwinan Anak Jenar Hj Kusin Kg Batu Empat. Bersama saya YB Datuk Japlin Akim Adun Usukan dan Jeniar Subeh



Hadir di Majlis Perkahwinan Kg. Taun Gusi Peninting




Gambar di bawah: makan di Restoran KB Transit bersama YB Datuk Japlin Akim, Masree Hj Sudah, Awadnir Matanggal, DSP Mohan (OCPD KB) dan Jeniar Subeh

Read more...

TURUN PADANG MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB

Hadir di Majlis Perkahwinan Anak Serakal Jergan Kg. Taun Gusi
Hadir di Majlis Perkahwinan Anak Jamari Salih Kg. Jawi-Jawi
Pada jam 2.30 petang saya menerima kunjungan daripada penduduk kg. Kelibungan di ketuai oleh Dangkulap Sadah (Ketua Cawangan Umno) duduk disebelah kanan di Pejabat Perhubungan saya di Kg. Taun Gusi.
Gambar di bawah kunjungan daripada empat orang Ketua Cawangan Umno daripada Tempasuk dan Kedamaian membincangkan isu-isu semasa.
Posted by Picasa

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP