Thursday, January 28, 2010

TURUN PADANG MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB

Pada 23hb Januari yang lalu, saya mengambil kesempatan untuk melawat kawasan saya, untuk melihat sendiri kesan banjir dibeberapa buah kampung yang terlibat. Walaupun saya telah mengarahkan Pegawai Daerah, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan dan Unit PKR saya, melaporkan kemudahan asas yang terjejas atau rosak ekoran daripada bencana banjir yang telah melanda Kota Belud baru-baru ini, namun saya sendiri turun ke padang untuk menyeksikan sendiri kemudahan-kemudahan asas dibeberapa buah kampung yang rosak akibat banjir itu.


Gambar dibawah: Sebelum saya melawat kampung, saya berkesempatan menziarahi rumah arwah Jemun di kampung Taun Gusi yang telah kembali ke rahmatullah pada hari semalam dan dikebumikan pada hari ini. “Innalillahi wainna ilaihi rajiuu’n.... Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-nya jualah kita kembali.

Meninjau keadaan Saliran di kampung Pintasan

Gambar di bawah, sedang berbual dengan penduduk kampung Kotabungan kebetulan KK Maula Ketua Kampung Kotabungan dan Pegawai Kebajikan Masyarakat ada disitu.




Gambar di bawah adalah anak Jamatul di kampung Merabau yang terpaksa mengunakan perahu untuk menyeberang kerana jambatan lorong kaki ke rumah mereka telah dihanutkan air banjir.





Read more...

Tuesday, January 19, 2010

BERSAMA RAKYAT DALAM SUKA DAN DUKA

Pada pagi 17/01/2010 iaitu hari kedua, saya meninjau keadaan banjir di Kota Belud, gambar di bawah keadaan banjir di jalan raya Kudat bypass sekitar kampung Jawi-Jawi dan Labuan.




Jam 11.00 pagi, saya melawat mangsa banjir dipusat pemindahaan Dewan SMK Taun Gusi. Gambar di bawah sedang berbincang dengan pegawai-pegawai yang bertugas memestikan bantuan kepada mangsa disegerakan.







Jam 2.00 petang saya menghadiri kenduri 7 hari arwah KK Nordin Nanti di Kampung Taun Gusi



Jam 3.00 Petang menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Bencana Alam Daerah di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Belud.




Jam 4.40 petang saya meninjau keadaan banjir disekitar kampung Labuan dan Wakap.




Saya telah dihubungi oleh seorang penduduk kampung Merabau yang mengatakan perhubungan jalan raya di kampung mereka terputus disebabkan pokok kayu tumbang di atas jalan raya, lalu saya terus ke lokasi untuk melihat sendiri keadaan itu. Saya telah meminta bantuan daripada JKR dan alhamdulillah sekitar jam 6.30 petang JKR datang membantu untuk membersihkan pokok kayu itu.




Read more...

Sunday, January 17, 2010

KOTA BELUD DI LANDA BENCANA BANJIR













Pagi ini 16hb. Januari, saya sepatutnya merasmikan Sambutan Maal Hijrah jam 8.45 pagi peringkat Daerah di Dewan Masyarakat Kota belud, memandangkan Kota Belud telah di landa bencana banjir sejak semalam dan jalan raya terputus hubungan dibeberapa tempat, setelah berbincang dengan Pegawai Daerah dan kami telah sepakat menunda majlis itu untuk memberi tumpuan kepada menyelamat mangsa banjir. Saya telah mengarahkan Pegawai Daerah membuka bilik gerakan banjir daerah dan meminta supaya Dewan Masyarakat Kota Belud dan SMK Taun Gusi dibuka sebagai pusat penampatan mangsa banjir dari beberapa buah kampung di Daerah KB.

Jam 9.30 pagi saya melawat mangsa banjir dari kampung Penampang dan kegurahaan di Balai Raya Kg Pandasan dan seterusnya melawat beberapa buah kampung yang terlibat. Saya telah meminta supaya semua mangsa di pindahkan ke SMK Taun Gusi untuk memudahkan pengurusan. Pejabat Daerah, Bomba, Polis, Rela, Jabatan Kebajikan, Bulan Sabit merah dan semua pemimpin-pemimpin masyarakat saya telah arahkan bertugas memindahkan mangsa banjir dan memantau kampung-kampung yang terlibat dan melaporkan kepada bilik gerakan daerah kiranya mereka memerlukan bantuan. Setakat jam 11.00 malam ini, 191 0rang dari beberapa buah kampung telah dipindah ke pusat pemindahan di SMK Taun Gusi dan di Dewan Masyarakat Kota Belud adalah seramai 131 orang. Kemungkinan jumlah ini akan bertambah besar sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

Read more...

Friday, January 01, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGERS DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KEMAJUAN. SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2010.

"MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMPERKUATKAN AZAM UNTUK MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG PADA TAHUN 2010 INI, SELAMAT BERJUANG"

Read more...

Wednesday, December 30, 2009

LAWATAN AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN KE KAWASAN DUN TEMPASUK.

KOTA BELUD: YB Dato' Yunus Rahmat, Ahli EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi ADUN klawang telah melakukan lawatan kerja ke Kawasan DUN Tempasuk pada 24/12/2009 yang lalu.

Tujuan lawatan ini di adakan ialah untuk melihat sendiri pembangunan yang sedang rancak berjalan di kawasan Dun Tempasuk. Beliau amat tertarik mendengar taklimat yang saya berikan kepada YB Datuk Seri Noh Omar berhubung dengan perancangan pembangunan ekonomi rakyaat di Daerah Kota Belud melelui programe pertanian sewaktu lawatan kerja kami ke Merocco dan Pakistan.

Pembanguan Jelapang padi Sabah, di Kota Belud yang melibatkan kawasan 10 ribu hektar, Programe menternak lembu tenusu sebanyak 1,000 ribu ekor dan penanaman getah bermutu tinggi melibatkan kawasan seluas 2,000 ekar dibawah projek Agropolitan dan melabuhkan tukun-tukun tiruan di persisiran pantai Kota Belud tentunya akan dapat membela nasib Petani, Penternak, Nelayan, Pekebun-Pekebun kecil getah dan sekali gus akan dapat mengeluarkan Kota Belud daripada antar Daerah termiskin di Malaysia. “Saya mahu melihat sendiri programe yang telus ini” kata YB, dan selepas 5 hari daripada Luar Negara beliau terus terbang ke Sabah untuk berkongsi pengalaman. Sebagai seorang YB yang ingin melihat kawasan dan rakyatnya maju tentunya kami sentiasa berongsi pengalaman untuk memajukan kawasan masing-masing.
Selain daripada lawatan ke Dun Tempasuk beliau juga telah melawat Tamu Putatan, bersama YB dalam rangka lawatan kerja tersebut ialah Pegawai Fama Negeri Sembilan dan seorang ahli perniagaan.





Lawatan ke Ladang Ternakan Lembu Tenusu yang dimiliki oleh Tuan Hj Junaidi


Tuan Hj Junaidi menceritakan pengalamannya diperingkat awal, memang mempunyai cabaran yang cukup besar kerana kekurangan pengelaman, tapi hasil kecekalannya, ternakan Lembu Tenusu yang berjumlah 48 ekor kini boleh menghasilkan pendapatan gross sehingga Rm 1,500.00 dalam satu hari.









Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP