Monday, July 05, 2010

KAMPUNG DUDAR TIDAK KETINGGALAN DARI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA

Hari ini saya berada di kampung Dudar Laut, di majlis penyerahan bibit getah klon latex balak dan merasmikan Tanaman Getah secara berkelompok di dua buah kampung ia itu Kg. Dudar Ulu dan Kg. Dudar Laut.

Berdasarkan statistik semasa, tanaman getah boleh menghasilkan pendapatan Rm 500.00 sebulan setiap seekar, ini bererti kalau kita ada tiga ekar kawasan tanah kita boleh meraih pendapatan Rm 1,500.00 setiap bulan dan ini boleh mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan.

Sebanyak 5,000 pokok getah saya agihkan kepada penduduk kampung melelui peruntukan saya, manakal LIGS di bawah kementerian saya membangunkan 300 ekar kawasan tanah ditanam dengan getah secara berkelompok didua buah kampung ia itu Dudar Ulu dan Dudar Laut. Sasaran kita untuk daerah Kota Belud ialah seluas 20,000 ekar yang melibatkan ketiga-tiga kawasan DUN ia itu Tempasuk, Kedamaian dan Usukan.

Saya juga telah berbincang dengan Pegawai Daerah Kota Belud, untuk membawah Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) berasaskan tanaman getah ke kawasan ini, memandangkan di sini terdapat ramai rakyat miskin tegar dan miskin. Program ini amat sesuai dilaksanakan di kawasan ini bagi membantu mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan.

Dalam kesempatan ini, saya meninjau beberapa buah rumah yang amat daif. Saya menaiki rumah Pak Cik Pilang yang hanya mampu berkata " Tolong saya Datuk" hati mana yang tidak terasa hiba, apabila mendengar rintihan seorang tua yang tidak berupayah tinggal disebuah rumah yang cukup usang. Saya telah berjanji kepada Pak Cik Pilang untuk berusaha mendapatkannya sebuah rumah yang lebih baik, semoga tohan melindungi kamu.




Jalan Raya yang sedang dinaik taraf menuju ke kampung Dudar


Di majlis Penyerahan Bibit Getah klon latex balak


Meninjau kawasan tempat tanaman getah secara berkelompok oleh LIGS



Meninjau kawasan perkampungan.


Beginilah keadaan rumah Pak Cik Pilang yang sempat saya lihat sendiri

4 comments:

Anak Sama,  July 6, 2010 at 10:52 PM  

A'kum Datuk. Tahniah atas sumbangan Datuk dalam membangunkan kawasan-kawasan luar bandar di daerah ini. Kebetulan, sebentar tadi saya sempat mengikuti ceramah Dato' KSU KKLW di Port Dickson mengenai pendekatan baru dan agresif kita dalam membangunkan kawasan luar bandar. Terutama apabila mengambil kira Model Baru Ekonomi yang mana mencita-citakan peningkatan pendapatan perkapita sebulan penduduk negara sehingga RM 3,237 pada tahun 2015 daripada RM 1,866 pada tahun 2010 dan seterusnya RM 4,533 pada tahun 2020(peningkatan 142%). Bagi peduduk luar bandar, jumlah pendapatan perkapita sebulan pada tahun ini sebanyak RM 1,679 disasarkan meningkat kepada RM2,913 (2015) dan RM 4,079 pada tahun 2020 (peningkatan 43%). Ini adalah diperingkat nasional. Tetapi, dengan keadaan dan senario kita di KB dan di Sabah, kita perlu ada nilai sasaran yang lain bersesuaian dgn keadaan semasa kita.
walau apapun sasaran yang kita ada, penentu akhirnya nanti adalah kesanggupan untuk kita merubah semula secara drastik dan agresif pendekatan-pendekatan yang kita ada pada masa ini. Kita sudah tidak boleh bekerja dengan cara semasa. Cita-cita negara berpendapatan tinggi memerlukan kita segera merangka, merancang dasar dan pendekatan baru. Perkara-perkara penting ini harus dimasukkan dalam Dasar dan Halatuju pembangunan daerah secara keseluruhannya.
Saya juga sempat bersembang dengan Dato' Nasir Baba, Pengarah Tugas2 Khas KKLW. Beliau menggariskan 5 MBE luar bandar yg mesti dilakukan. antaranya ialah keusahawanan luar bandar dalam bentuk baru, membina rantaian nilai perniagaan desa yang lebih berkesan serta pembangunan modal insan.
walaupun Makmal MBE di peringkat Pemandu masih berjalan sehingga Ogos, kita disabah, melalui KPLB Sabah sudah mula memikirkan perkara-perkara ini memandang Sabah adalah negeri yang masih agak ketinggalan jauh sama ada dr segi mentaliti penduduk, infrastruktur asas dan lain-lain kekangan.
InsyaAllah, dalam tempoh 2 minggu saya di sini, kita akan dapat menghasilkan satu Pelan Dasar dan Halatuju Model Baru Ekonomi Peringkat Nasional pembangunan Luar Bandar. Moga-moga daripada pelan ini, sekurang-kurangnya kita memperolehi 'main idea' bagaimana untuk meningkatkan pendapatan penduduk kita melalui model-model baru.

Anak Sama

Suara Rakyat July 8, 2010 at 12:16 AM  

Salam Datuk.. rupanya orang tua ini masih hidup. Tahun 1990.. ada individu yang menghulurkan bantuan untuk bina rumah itu.. rupanya rumah itu tidak menjadi.. Saya tidak follow-up. Pendedahan Datuk.. membuatkan ingatan saya kepada sdr Pilang.

rojokobog July 8, 2010 at 11:22 AM  

Salam YB. Datuk,
Tahniah atas daya usaha Datuk dalam menjalankan tugas ADUN, walaubagaimanapun, saya ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan BANTUAN BENCANA ALAM BANJIR yang telah dialami oleh penduduk Kg Jawi-Jawi, Kesapang, Taun Gusi dan lain-lain, BILA IANYA AKAN DISALURKAN KEPADA PETANI yang masih menanti sampai sekarang tapi tak kunjung tiba bantuan tersebut, sebagai PEMBANTU MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN NEGERI JUGA SELAKU ADUN N.06 TEMPASUK adalah amat bertepatan rasanya persoalan ini ditujukan kpd YB Datuk.

Mohd Amini July 8, 2010 at 8:41 PM  

Salam Datuk, Sekalung tahniah atas program penyerahan bibit getah klon latex di Kg Dudar dan Dudar Laut itu. Penyerahan 5000 pokok getah untuk diagihkan kepada penduduk kampung merupakan satu langkah bijak dan satu perancangan berwawasan jauh.Semoga Datuk sentiasa mencari pendekatan baru,rasional dan kreatif meningkat ekonomi golongan miskin luar bandar.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP