Monday, May 03, 2010

SEJARAH PERANG PANDASAN PERLU DIKETENGAHKAN UNTUK TETAPAN GENERASI MASA DEPAN

Kota Belud 1/5/2010 Jumaat: Hari ini saya dan Pengarah Arkib Negeri Sabah Datu Tiga Belas Datu Bidin, Timbalan Pengarah Arkib dan beberapa orang pegawainya telah melawat kg Pandasan yang dikatakan mempunyai nilai sejarahnya sendiri. Menurut Pengarah Arkib Negeri Sabah Datu Tiga Belas Datu Bidin, Kg. Pandasan pernah menjadi pusat pentadbiran Negeri Tempasuk sewaktu penjajahan British. Sejarah Perang Pandasan juga berlaku di sini, dimana Makam Emboh Ali dan pengikutnaya yang terdiri daripada tiga suku kaum di daerah ini, iaitu Suku Kaum Bajau, Dusun dan Iranun yang telah terkorban ketika perang menentang penjajah British ada di kampung ini.

Saya sendiri menyaksikan Makam para pejuang yang telah terkorban dan bekas peluru meriam dibeberapa pohon pokok yang di tunjukkan oleh penduduk Kampung Pandasan kepada rombongan kami.

Memandangkan Sejarah ini amat penting sebagai warisan negara, maka saya telah memohon kepada pihak Arkib Negeri Sabah supaya mencari jalan untuk membangunkan tempat bersejarah ini untuk tetapan generasi masa depan selain dijadikan sebagai salah satu produk pelancungan di daerah Kota Belud.






6 comments:

kelapa mawar May 10, 2010 at 1:07 PM  

Salam Datuk YB Tempasuk..

Fakta Sejarah seharusnya diwar-warkan sebagai satu sumbangan berharga bagi pembinaan jiwa anak-anak muda di KB.... Usaha Datuk Dalam perkara ini sangat di sanjung..usahakan supaya Pandasan menjadi tempat bersejarah di KB dan di sabah.

Unknown May 16, 2010 at 8:05 PM  

Majlis Belia Sabah menyokong penuh mewartakan Tapak Perang Pandasan sebagai tapak bersejarah utk dihayati oleh generasi muda dan akan datang.

BELUM PENDEKAR May 18, 2010 at 4:44 PM  

YB Datuk,

Tahniah! buat pertama kalinya saya mendapat "jenis" paparan yang saya harapkan daripada seorang pemimpin. Mudah-mudahan paparan yang lebih baik lagi pada masa akan datang.

mambangtiora May 20, 2010 at 9:35 AM  

saya sangat bersetuju supaya tapak ini dibangunkan sebagai tapak bersejarah.Alangkah baiknya kalau datuk boleh mendapatkan peruntukan untuk memajukan kawasan ini dan menjadi salah satu daripada tapak bersejarah yang boleh dimasukkan dalam kalendar pelancongan sabah sebagai tempat hentian para pelancong.. kalau tak silap saya ada seorang guru sejarah di smk taun gusi pernah membentangkan tesis masternya bertajuk perang Pandasan di Dewan Bahasa dan Pustaka.....kejayaan memajukan kawasan ini akan menjadi kenangan manis bagi masyarakat bajau,iranun dan dusun yang mempunyai pertalian dengan pejuang2 yang terkorban ini...salam... "sejarah tidak harus dilupakan"..

rojokobog May 23, 2010 at 10:32 AM  

Salam YB Datuk,
Sepertimana yg Datuk sendiri sedia maklum bahawa sejarah perang Pandasan ini telah lama diketahui oleh masyarakat Kota Belud, dari dahulu sudah diwar-warkan tapi hanya dibibir saja, jadi sementara YB Datuk ada kesempatan menjadi ADUN N6 Tempasuk dan Datu 13 sebagai Pengarah Arkib Negeri Sabah, ambil lah kesempatan ini agar fakta bersejarah di Pandasan ini menjadi salah satu titik tolak " MEMORABLE HISTORY " bagi Daerah Kota Belud khasnya dan Sabah amnya, kemampuan masih berada dalam tangan kita ketika ini agar generasi akan datang tidak akan menyalahkan kita kelak.

Anonymous,  January 6, 2011 at 6:05 PM  

Salam Datuk YB (ADUN) Tempasuk,bagi saya perang Pandasan adalah satu trajis dimana yang menang adalah "tipuhela dan dayamuslihat sahaja". Tok Ali alim dan sentiasa jujur (jujur dengan diri dan seterunya).

Tahu macam mana dia tewas? dan bagai mana penderitaan pengikut pengikutnya selepas itu? Orang yang cukup arif tentang cerita sebenar adalah Allahy Hj Hussin bin Dassin.

Beliau tahu siapa pembelot dan siapa yang tertipu.

Percaya atau tidak,Guris Laksamana yang digunakan Tok Ali itu terlalu bisa sehinggakan rumput jadi kering dan aliran airpun terhenti.

Cahaya matahari jadi kemerah merahan.Sepoi Sikh banyak yang muntah darah. Atuk saya Randuan bin Rantian (Japar bin Abdullah yang pada masa itu jaga tahanan menyatakan bahawa orang orang Pandasan "mabuk darah" sehinggakan gayang mereka jadi terlalu tumpul kerana simbahan darah.

Tok Ali mati tertipu.


Ex Beret Hijau

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP