Thursday, April 01, 2010

LAWATAN Y.B DATUK SERI NOH OMAR KE TAPAK PROJEK FASA PERTAMA JELAPANG PADI KOTA BELUD

KOTA BELUD 27/3/2010

Hari ini, Y.B Datuk Seri Noh Omar telah melawat ke Daerah kota Belud, untuk melihat sendiri perkembangan Pojek Jelapan Padi Kota Belud yang bermula di kg. Kegurahaan dan melibatkan kawasan kg. Kawang-Kawang, Kisapang dan Kimo-Kimo.

Beliau telah di beri taklimat oleh Pengarah Jabatan Pengairaan dan Saliran Sabah dan juga konsultan Projek tersebut. Beliau dimaklumkan bahawa setekat ini kerja-kerja fizikal telah siap sebanyak 35 peratus dan projek fasa pertama ini dijangka siap sepenuhnya pada januari 2011.

Selepas Takilmat kami melawat kawasan projek, sehingga ke kawasan bukit kisapang. Jalan Raya Ladang dan Saliran sedang dalam pembinaan dan Jambatan serta tapak rumah pam.

Jam 6.30 petang kami beredar dari kawasan tapak projek menuju kampung Pandasan melawat rumah keluarga OKU. Y.B Datuk Seri Noh Omar menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga OKU di kampung tersebut. Beginilah keprihatinan Pemimpin BN, dalam kesibukan merancang memajukan negara dan rakyat tidak lupa kepada orang yang kurang upaya.

Hadir sama dalam lawatan ini, Ahli Parlimen Kota Belud Y.B. Dato' Rahman Dahlan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia Dato’ Mohd. Mokhtar Bin Ismail dan Timbalannya Dato' Hasim, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah En M.C Ismail Salam, Pengarah JPS Sabah En. Ng Chee Hing, dan Pegawai Daerah Kota Belud.



Gambar di bawah berkunjung ke rumah keluarga OKU di Kg. Pandasan



0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP