Tuesday, March 09, 2010

LAPORAN KEMAJUAN PROJEK AGROPOLITAN KOTA BELUD

Kota Belud 8 mac 2010:
YB Datuk Dr. Ewon Ebin Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah telah melakukan lawatan rasmi ke Projek Agropolitan Kota Belud. Sebelum melawat tapak projek, Beliau telah diberi taklimat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Belud oleh PEGAWAI DAERAH KOTA BELUD, SEDIA, JPHPT, LIGS, dan LPPB berhubung dengan status terkini Projek Agropolitan Kota Belud di Kuala Pintasan dan Rosok/Surun di kawasan DUN Tempasuk.

Beliau dimaklumkan, Pembersihan kawasan kedua-dua tapak projek, Pemagaran, Penanaman Rumput dan pembinaan Jalan Raya telahpun ditender dan akan akan dilaksanakan sebaik saja kontraktor yang berjaya diketahui tidak lama lagi. Kerja-kerja yang ditelah di tender ini melibatkan kos sebanyak 25 juta, manakala Kos keseluruhan pembangunan projek Agropolitan ini adalah 190 juta dibawah program SABAH DEVELOPMENT CORRIDOR untuk tujuan pembasmian kemiskinan.

Antara komponen projek ini ialah pembinaan prasarana seperti Jalan Raya, Air, Letrik, Telefon, Pembinaan 550 buah rumah, bangunan pejabat, kerita, traktor dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan, Projek ekonomi seperti Penternakan Lembu Tenusu dan pedaging lengkap dengan bangunan kandang serta kemudahan pemerahan yang serba canggih dan juga Penanaman getah seluas 2,000 ekar. Aktiviti hiliran seperti kilang memporesis susu, daging, baja organik dan gas daripada tahi lembu akan dilakukan di kawasan ini. Tentunya banyak peluang pekerajaan dan perniagaan akan ujud melelui programe ini.

Selaku pemimpin di daerah ini, saya amat rasa bangga, kerana perjuangan kita untuk mengeluarkan rakyat kota belud daripada belenggu kemiskinan telah mendapat perhatian daripada kerajaan Barisan Nasional. Adalah diharapkan projek Lonjakan Megar Luar Bandar ini akan dapat mamacu ekonomi daerah Kota Belud dan sakali gus menyumbang terhadap pembangunan dan peningkatan ekonomi rakyat.

Gambar dibawah sewaktu taklimat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Belud



Gambar dibawah sewaktu Lawatan ke tapak kawasan Projek di Kuala Pintasan





3 comments:

Anonymous,  May 19, 2010 at 11:29 AM  

YB Datuk,
Agropolitan getah di rosok di 'KIV'? saya mendapat khabar angin bhw SEDIA ingin meng'KIV'kan projek ladang getah tersebut kerana kekurangan kawasan, hanya 800 hektar sahaja. menurut SEDIA, Agropolitan seharusnya mencapai 2,000 hektar. Mohon datuk dapat meneruskan projek ini. kerana, walaupun baru 800 hektar, dengan peruntukan lot kepada setiap peserta 2.5 hektar (pndptn sebulan RM1,500/.. - RM2,000/..), 320 KIRMT akan dapat dibantu. Lagi pun lebih baik ada walaupun kecil, daripada tiada apa-apa2. dan, sekiranya keluasan inilah yang menjadi persoalan, kenapa Agropolitan Gahai di Pahang berkeluasan tidak sampai 300 hektar boleh diistiharkan sebagai agropolitan?
Kemungkinan 24hb/5 (mesy. j/k pemandu focus group/SPKR)ini SEDIA akan memberi satu taklimat kemajuan agropolitan di bawah SDC kepada KM, kalau lah perkara ini dapat disuarakan mungkin lebih baik. Tn. DO akan sentiasa hadir dalam mesyuarat ini....tq

Anak Sama

Anonymous,  July 15, 2010 at 3:50 PM  

Anak SAMA,
untuk pengetahuan anak sama,anak dusun, anak iranun dan anak2 kota belud, SEDIA sebenarnya bukan sembarangan untuk mengKIV kan rancangan agropolitan di kg. Rosok.kejadian penyukatan sebanyak 800 ekar daripada 2,000 ekar itu adalah hasil daripada campurtangan anak2 kota belud juga yang tidak mahu tanah anak bangsa mereka diceroboh (disukat) dengan alasan tanah itu milik mereka.

Kedengaran juga desas desus yg anak2 KB (kawasan terbabit) tidak mahu projek agropolitan dilaksanakan di kawasan mereka walaupun kerajaan menanggung segala kos perbelanjaan yang menelan berjuta-juta ringgit untuk projek ini tanpa memungut sesenpun dari anak2 kb.

keluasan 800 ekar tu, sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung seramai 300 orang peserta kerana kemungkinan besar bukan hanya 2.5 ekar sahaja yg akan diberi tetapi 10 ekar..setiap seorang...malahan, dimana nak dibuat kawasan perumahan, kawasan permainan kanak-kanak, padang bola, sekolah dan kemudahan2 yang lain...jika 800 ekar sahaja...

tapi, anak sama jgn risau kerana masalah bantahan dari org kampung pasal penyukatan di rosok sudah diselesaikan dan tunggu..berita selanjutnya..daripada YB anda...

apa yang penting jangan hanya mendengar kabar angin yang tidak berasas tentang SEDIA..bukan sewenang2nya mereka berbuat demikian tetapi adalah disebabkan oleh faktor lain yang perlu difikirkan bagaimana untuk mengatasinya.

so, anak sama, keep in touch!
:)

Anak Sama,  August 17, 2010 at 6:29 AM  

TQ Datuk,... moga projek ini berjalan lancar untuk anak-anak Kb...

P/S: Tertunggu-tunggu cadangan projek MESEJ Datuk.....

Anak Sama

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP