Thursday, January 28, 2010

TURUN PADANG MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB

Pada 23hb Januari yang lalu, saya mengambil kesempatan untuk melawat kawasan saya, untuk melihat sendiri kesan banjir dibeberapa buah kampung yang terlibat. Walaupun saya telah mengarahkan Pegawai Daerah, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan dan Unit PKR saya, melaporkan kemudahan asas yang terjejas atau rosak ekoran daripada bencana banjir yang telah melanda Kota Belud baru-baru ini, namun saya sendiri turun ke padang untuk menyeksikan sendiri kemudahan-kemudahan asas dibeberapa buah kampung yang rosak akibat banjir itu.


Gambar dibawah: Sebelum saya melawat kampung, saya berkesempatan menziarahi rumah arwah Jemun di kampung Taun Gusi yang telah kembali ke rahmatullah pada hari semalam dan dikebumikan pada hari ini. “Innalillahi wainna ilaihi rajiuu’n.... Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-nya jualah kita kembali.

Meninjau keadaan Saliran di kampung Pintasan

Gambar di bawah, sedang berbual dengan penduduk kampung Kotabungan kebetulan KK Maula Ketua Kampung Kotabungan dan Pegawai Kebajikan Masyarakat ada disitu.




Gambar di bawah adalah anak Jamatul di kampung Merabau yang terpaksa mengunakan perahu untuk menyeberang kerana jambatan lorong kaki ke rumah mereka telah dihanutkan air banjir.





4 comments:

Murai.KB January 29, 2010 at 3:28 PM  

slm datuk

terimah kasih sy ucapkn kerna prihatin rakyat di sekitar KB..pemimpin mcm ini lah yg rakyat impikn bg membela nasib rakyat KB dan sekitarnya..tahniah sy ucapkn kerna menjadi wakil rakyat yg bertangungjawab kpd amanah yg di amanahkan oleh kerjaan kpd datuk.

slm hormat dari murai.kb

Panglima Wakap Embo Wakap January 30, 2010 at 1:01 PM  

Salam perjuangan.

Terima kasih juga kerana melawat Kampung Wakap biarpun bukan dalam kawasan Datuk.

Unknown January 31, 2010 at 11:33 AM  

salam YB Datuk,

Kota Belud terutama DUN yang datuk wakili perlukan peruntukan yang banyak memulihkan prasarana rakyat yang musnah akibat banjir.

KPLB mesti memperuntukkan lebih daripada bajet yang ada.

salam MO

Mohd Amini February 1, 2010 at 12:51 AM  

Salam Datuk,Rakyat Tempasok menilai kepimpinan dan keperihatinan Datuk menangani masalah akibat banjir dapat pujian.Kepantasan Datuk melihat sendiri kerosakan sistem perparitan di kawasan sawah telah melegakan hati para petani dan memberi harapan baru kepada mereka meneruskan usaha menanam padi.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP